Ramai yang luah rasa khuatir lihat kelakuan anak Azhar Sulaiman, sekali ini reaksi warganet

Viral

Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, anak gadis kepada pelakon Azhar Sulaiman sering menjadi perhatian kerana penampilannya yang agak s.3ksi sehingga mengundang rasa kurang senang warganet. Baru-baru ini, video dikongsikan Leona sekali lagi menjadi bualan ramai apabila memaparkan gadis itu menari dengan memakai baju mencolok mata.

Menerusi video itu, Leona dilihat memakai baju berwarna pink yang mendedahkan bahagian dadanya bersama skirt pendek. Seperti sudah dijangka, video itu menimbulkan rasa kurang senang melihat penampilannya itu yang dikatakan agak melampau.

Diruangan komen, ada warganet mengingatkan Leona supaya ingat tentang asal usul. Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa bimbang melihat gadis itu terloncat-loncat menari. Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat kepada Leona supaya muhasabah diri serta mendoakan agar gadis itu berubah ke arah lebih baik secara perlahan-lahan. Sumber, rotikaya

Tak Mudah Nak Tegur Anak, Kini Azhar Sulaiman Jelaskan Sesuatu Lepas Minta Tegur Kelakuan Anak

Video anak Azhar Sulaiman, Leona menari bersama rakannya mengundang kritikan. Apa saja yang dikongsikan oleh anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona di laman sosial pasti menarik perhatian warganet terutamanya penampilan yang dikatakan terlalu seksi. Sudah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan menegur kesilapan, Azhar berkata dia hanya mampu berdoa agar anaknya berubah menjadi lebih baik. Kata pelakon berusia 50 tahun ini, anak-anak yang sudah meningkat dewasa tidak sesuai lagi untuk dirotan dan perlu ditegur secara berhemah.

Penampilan Leona dikritik warganet.

“Saya macam Kaza dan Normah Damanhuri… kami adalah ibu bapa, anak-anak kita bukan kecil lagi. Macam anak mereka pun dah besar juga. Sebagai ibu dan bapa, sudah tentu kita beri teguran. Tetapi apa sahaja yang kita tegur itu, bukan mudah… kita mengharapkan anak-anak akan fikir lebih jauh mengenai impak terhadap keseluruhan bukan hanya pada diri mereka tapi keluarga dan ibu bapa. Sebagai bapa, saya ambil tanggungjawab untuk menegur apa yang tidak boleh dilakukan. Tapi kalau dia masih lakukan, saya hanya berdoa semoga dia akan cepat berubah. Kita tak boleh merotan atau menjerit kepada anak-anak sekarang… apatah lagi mereka sudah besar. Jadi kita doakan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.

Sebagai ibu bapa, sudah tentu kita beri teguran.

Azhar ditemui ketika majlis tayangan dan pelancaran filem terbaharu berjudul Rompak yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Sebelum ini, video Leona bersama rakannya sedang menari dengan memakai gaun ketat dan terdedah pada bahagian dada mengundang kritikan warganet.

Rata-rata warganet menegur gadis itu supaya mengingati agama dan tidak tampil dengan pakaian yang terlalu seksi. Berkongsi mengenai perkembangan tiga orang anaknya, Azhar memberitahu mereka tidak akan mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni. Menurut Azhar, anak-anaknya mempunyai pilihan kerjaya sendiri dan kejayaan mereka juga atas usaha keras isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin.

Anak-anak tidak ikut jejak Azhar masuk bidang seni.

“Saya tak rasa anak-anak akan ikut jejak langkah saya masuk industri… Leona bakal menjadi seorang peguam, apa yang dia lakukan sekarang kerana ikut trend semasa orang main TikTok. Leona pun akan sambung belajar dalam bidang perundangan. Kembar dia pun dah mula bekerja. Kakaknya pula dah habis belajar dan mahu jadi ahli politik. Tiada anak-anak yang akan ikut jejak langkah saya. Bagi saya, isteri antara punca utama kejayaan anak-anak kerana ini hasil usaha kerasnya,” ujarnya. Untuk rekod, Azhar dan Chempaka Emalin Pahamin mempunyai anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora. Sumber, Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.