Dikatakan hubungannya dengan Fazura sedang bermasalah, sekali Rizman Ruzaini tampil beri respon

Viral

Rizman dan Ruzaini sentiasa doakan kejayaan Fazura. Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini menjawab desas-desus kononnya hubungan baik mereka dengan pelakon Fazura kini bermasalah dan tidak lagi seperti dahulu. Menafikan sebarang persengketaan berlaku, kata Rizman komitmen kerja membuat mereka sudah jarang meluangkan masa bersama.

Rizman (kanan) dan Ruzaini kini lebih fokus kepada keluarga dan perniagaan.

“Dahulu kami belum berkahwin dan tidak ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi memang selalu luangkan masa bersama. Sekarang ini semua sudah berkeluarga dan komitmen kami sangat sibuk dengan kerja. Memang tiada ada masalah antara kami. Tiada istilah bergaduh. Cuma kekangan masa sahaja menyebabkan kami jarang berjumpa,” katanya.

Rizman dan rakannya Ruzaini ditemui ketika majlis ulang tahun pertama Mono Scarves yang berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu. Menerusi beberapa portal gosip sebelum ini, warganet mendakwa persahabatan antara Fazura, Rizman dan Ruzaini semakin renggang kerana dilihat meluangkan masa bersama seperti kebiasaan sebelum ini. Melihatkan perkembangan Fazura yang kini semakin maju dalam perniagaan, kata Rizman dia dan rakannya Ruzaini amat gembira dengan usaha dilakukan pelakon tersebut dan sentiasa mendoakan kejayaannya.

Dalam masa sama, Rizman juga enggan ambil serius dengan komen-komen warganet yang bercakap perkara tidak benar tentang hubungan mereka. “Fazura kini telah kembangkan sayap sebagai seorang usahawan. Kami gembira melihat kejayaannya dan sentiasa mendoakan dari jauh.

Tiada istilah bergaduh. Cuma kekangan masa sahaja menyebabkan kami jarang berjumpa

“Memang ada yang katakan hubungan kami tidak baik, tetapi saya jarang baca komen dan tidak ambil peduli dengan hal tersebut. Fokus kami sekarang adalah dalam perniagaan,” ujarnya. Sementara itu bercakap tentang koleksi tudung yang mula dilancarkan sejak tahun lalu, jenama Rizman Ruzaini kini melantik tujuh orang rakan artis sebagai wajah mempromosikan rekaan tersebut. Mensasarkan nilai jualan RM10 juta setiap bulan, kerjasama dengan nama-nama popular seperti Ziana Zain, Izara Aishah, Amyra Rosli, Aina Abdul, Kilafairy dan Hawa Rizwana adalah satu langkah terbaik untuk mencapai kelompok peminat berbeza.

Antara selebriti yang menjadi wajah Mono Scarves Rizman Ruzaini.

“Kami selesa bekerjasama dengan selebriti kerana mereka memberi impak baik terhadap jenama Rizman Ruzaini. Pemilihan mereka sangat tepat untuk mewakili jenama kami supaya kekal relevan dalam industri fesyen. Setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat berbeza. Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama ini sampai diterima setiap golongan,” ujarnya. Sumber, Mstar

Beri Kejutan Pada Hari Jadi Pemaisuri Selangor, Sekali Ini Luahan Gembira Fazura

Bagai bulan jatuh ke riba, begitulah pepatah yang sesuai menggambarkan pengalaman pelakon popular, Fazura apabila dipilih menjadi antara hadiah kejutan pada majlis ulang tahun kelahiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman baru-baru ini. Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 38, mengakui sangat teruja apabila dia dan suami, Fattah Amin diamanahkan sebagai pembawa kek pada hari bersejarah tersebut.

Lebih manis, bukan hanya kehadiran mereka memberikan kejutan manis buat Tengku Permaisuri, bahkan Fazura sendiri berdepan kejutan dengan senyuman dan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Permaisuri Selangor itu kepada mereka berdua.

“Saya dan Fattah telah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk Tengku Permaisuri yang bertemakan Bollywood, sangat meriah. Kami adalah antara hadiah dengan misi membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri.  Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian Happy Birthday, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua,” katanya.

Katanya yang terkenal menerusi drama Hero Seorang Cinderella itu, perasaannya semakin teruja apabila melihat kegembiraan yang jelas terpancar pada wajah Tengku Permaisuri Norashikin. “Sungguh dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami serta Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua. Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan,” katanya.

Paling tidak boleh dilupakan, Fazura yang kini menyerlah sebagai usahawan tudung berjaya turut terinspirasi dengan kerendahan hati dan sikap romantis pasangan diraja itu, “Yang paling tersemat di hati ialah baginda Tuanku berdua merupakan pasangan yang sangat merendah diri dan romantis. Sangat kagum dan menjadi contoh kepada kami,” ujarnya. Terdahulu, Fazura juga pernah menerima beberapa barangan istimewa kiriman Permaisuri Selangor sebelum ini seperti syiling emas dan naskhah al-Quran. Sumber, K!Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.