Tampil bersama peguam di Mhkamah, Shuk Sahar seolah olah beri bayangan rumah tangga berakhir

Viral

Shuk muat naik video dia berada di mahkamah pada Jumaat. Pelawak Shuk Sahar menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memuat naik video berada di sebuah mahkamah bersama seorang peguam di laman sosial Tiktok miliknya pada pagi Jumaat. Mengenakan kemeja hitam dan bersongkok, video itu seolah-olah memberi bayangan terkini tentang status rumah tangganya dengan isteri, Rossa Sera yang sedang bergolak.

“Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya,” tulis Shuk pada kapsyen video tersebut. Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Shuk mahupun isterinya, Rossa gagal apabila kedua-duanya tidak memberi respon terhadap mesej yang dihantar.

Shuk bersama seorang lelaki yang dipercayai peguamnya.

Sementara itu, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih melihat perjalanan hidup pasangan itu namun berharap pelawak itu mengambil pengajaran atas apa yang berlaku. “Moga menjadi pengajaran hidup bro dan segala yang berlaku ada sebabnya. Allah itu maha adil, tidak ada yang berlaku dengan sia-sia tanpa kehendaknya.

Aku bukan jodohnya. Aku titipkan dia, lanjutkan perjuanganku, semoga dipermudahkan segalanya.

“Macam sedih pula tengok kau dik. Sayangnya isteri dia cantik. Jodoh, ajal ketentuan ilahi. Semoga kau akan menjadi insan yang lebih baik dik. Bersyukur la dengan setiap nikmat rezeki yang Allah bagi. Bila dia nak ambil semula sekelip mata saja semua boleh hilang. Terus kuat dan belajar dari kesilapan,” komen beberapa warganet. Pada Selasa lalu, Rossa muncul menerusi program MeleTOP menjelaskan hubungan mereka sudah menemui noktah dan sudah mengambil keputusan terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Sera menganggap dirinya tidak dapat bahagiakan Shuk.

“Sampai satu tahap saya rasa tidak boleh maafkan dia lagi kerana itu hanya akan menyakiti diri sendiri. Bagaimana saya hendak bahagiakan orang lain kalau saya sendiri disakiti. Kami masih berhubung tetapi hanya kerana anak-anak sahaja. Kami juga sudah berbincang untuk mengambil keputusan terbaik untuk masa depan. Cukuplah sampai di situ sahaja, mungkin saya tidak mampu bahagiakan dia,” katanya.

Untuk rekod, Sera atau Rossalennah Natassyiah Asshaferah sebelum ini pernah mendedahkan sudah memfailkan pisah terhadap Shuk pada November tahun lalu. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2 tahun. Sumber, Mstar

Tampil Luahkan Apa Sebenarnya Yang Berlaku Pada Dirinya, Sekali Ini Yang Paknil Cakap Buat Shuk Sahar Terkedu

Industri hiburan negara kita memang tak asing lagi dengan kontroversi rumah tangga melibatkan pelawak dan juga usahawan Shuk Sahar dengan isterinya, Rossalenna Natassyiah Asshaferah ataupun lebih dikenali sebagai Sera. Terbaru, Shuk dilaporkan telah menjual rumahnya di Denai Alam dan kini memulakan kehidupan baru di Pulau Pinang gara-gara kurang mendapat tawaran dalam industri berikutan kontroversi yang menimpanya itu.

Dia juga dijemput untuk berkongsi perkembangannya yang terkini dalam program Hard To Heart yang dihoskan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi. Dalam program tersebut, Shuk berkata dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya dan masih belum ke mahkamah untuk proses selanjutnya. Sera juga menurut Shuk sudah enggan lagi mempertahankan rumah tangga mereka berikutan kesalahan menduakan yang dilakukannya berulang-ulangkali sejak empat tahun yang lalu.

Menganggap apa yang terjadi adalah tidak berbaloi, kata Shuk dia kini kehilangan isteri, anak-anak dan juga rakan-rakan yang mula menjauh akibat perbuatannya itu. Ketika dalam program tersebut, pertanyaan ‘panas’ Pak Nil berkaitan tindakan untuk menduakan bersama wanita bernama Fara dilihat cukup membuatkan pelawak itu berasa kelu dan malu.

Kata Shuk, dia mengaku dirinya kini berasa kosong kerana tiada lagi kehadiran isteri dan anak-anak yang sebelum ini menghiasi hari-harinya setelah pulang bekerja. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut menzahirkan perasaan kecewa sama seperti yang ditonjolkan Pak Nil terhadap sikap pelawak berkenaan. Namun begitu, ramai juga yang mendoakan agar Shuk Sahar dapat berubah menjadi lebih baik dan sentiasa kuat menjalani dugaan hidup ini. “Ini dugaan dia, Allah uji dia dengan harta dan wanita. Dia sedang jalani dan tempuhi. Moga kau kuat. Kita belum tau lagi apa ujian Allah pada kita. Doa yang baik-baik saja” komen seorang warganet. Sumber, Online Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.