Tampil luah rasa tak puas hati gara gara stok ayam, sekali wanita dedah berapa banyak yang pemuda ni ambil

Viral

Tak dinafikan, ramai luah gervn melihat peningkatan harga barangan yang naik mendadak. Bukan itu sahaja, segelintir rakyat juga kelihatannya sudah mulai terkesan dengan krisis bekalan makanan yang berlaku, terutamanya dalam kalangan peniaga apabila mengalami kesukaran untuk mendapatkan stok barang mentah.

Wanita luah kesal sikap pelanggan ‘over’

Mengambil pendekatan itu, mungkin dapat dilihat menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh portal majoriti. Seorang wanita luah luah kesal dengan sikap segelintir pelanggan di luar sana yang mementingkan diri. Demikian adalah kerana tidak berpada pada dalam mendapatkan stok mereka, baik untuk keperluan sendiri mahu pun untuk berniaga.

Borong lebih 40 ekor ayam

Menurut wa.nita itu, dia melihat seorang pelanggan pasa.raya mengambil lebih dari pada 40 ekor ayam tanpa memikirkan keperluan pelanggan lain. “Awal pagi tadi saya pergi pa.saraya, tapi seekor ayam pun tak dapat. Tengok dalam troli dia, ada lebih dari pada 40 ekor ayam…mungkin dia ada kedai dia beli banyak lepastu jual balik dengan harga tinggi.”

Pukul 8 dah habis?

Lebih membuatkan dia emosi apabila stok ayam telah habis, walhal ketika itu baru jam 8 pagi. Oleh yang demikian, dia sebagai pelanggan berharap agar setiap pasaraya mengambil iktibar daripada kejadian itu dengan sentiasa mengawal stok barangan, lebih lebih lagi ketika negara sedang berdepan krisis yang tiada siapa tahu akan penghujungnya. “Pukul 8 pagi ayam dah habis, macam mana pelanggan lain.” Sumber, Majoriti

Ayam Dah Ada Di Pasaran, Tapi Harga Dia Buat Ramai Yang Terkedu

Bekalan ayam di Lembah Klang dilihat semakin pulih apabila peniaga di Pasar Borong Selangor kembali menerima bahan mentah itu. Tinjauan Astro AWANI mendapati peniaga kembali berniaga seperti biasa sejak pagi ini dan tidak berlaku keadaan bersesak pembeli untuk membeli ayam. Seorang peniaga, Khairul Mat Kamarudin, 32, berkata, dia lega kerana dapat berniaga seperti biasa setelah peniaga di pasar itu kembali menerima bekalan ayam. “Alhamdulillah, sekarang bekalan pulih. Tidak seperti minggu-minggu lalu, bekalan amat perit dan getir. “Baru minggu ini okay, sebelum ini bekalan tidak mencukupi. Kalau kita minta (dari pembekal) 2,000 ekor, kita cuma dapat 300 hingga 400 ekor sahaja, Sekarang kalau order 2,000 ekor, kita dapat 2,000 ekor juga,” katanya ketika ditemui di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Nurul Shafieqkh Zamri, 26, berkata, ketika negara mendepani krisis bekalan itu dua minggu lepas, bekalan ayam habis seawal pukul 8 pagi. “Tapi sekarang, pukul 3 petang pun masih ada lagi. Orang pun dah tak buat pembelian panik seperti sebelum ini sebab mereka tahu bekalan mencukupi,” ujarnya. Dalam pada itu, seorang lagi peniaga ayam yang dikenali sebagai Nurul Shazila Eliana, 32, berkata, sejak Ramadan lalu, bekalan agar terhad dan terpaksa dihadkan kepada pembeli. “Sekarang keadaan dah kembali seperti sebelum ini, kalau nak katakan sepenuhnya belum lagi, tapi setakat ini bekalan okey,” jelasnya. Pun begitu, tinjauan mendapati harga ayam masih kekal pada RM11.40 sekilogram, sama seperti minggu lalu, walaupun bekalan itu sudah semakin pulih.

AYAM ADA STOCK TAPI HARGA MASIH TINGGI

(Dari kiri) Nurul Shafieqkh Zamri, Nurul Shazila Eliana dan Khairul Mat Kamarudin berkata, bekalan ayam semakin pulih. – Gambar Astro AWANI

“Harga yang dibeli melebihi harga siling, jadi kami tiada pilihan lain. Harga kami jual pada harga RM11.40 seperti minggu lalu. “Kami harga kerajaan akan mengambil inisiatif untuk mengurangkan harga ayam kerana ia memberi impak kepada pengguna,” katanya. Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pihaknya mendapati bekalan ayam di pasar raya seluruh negara stabil dan tidak berlaku kekurangan ketara sejak 10 hari lepas. Sumber, Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.