Tampil padam rakaman rider tersebut, Nazrief Nazri dedah sepupunya tampil memohon maaf

Viral

Ekoran video pelakon Nazrief Nazri yang dis.rang sepasang pasangan bermotorsikal sambil menunjukkan isyarat lv.ch kelmarin, hari ini pelakon itu menerima satu mesej dari seorang individu memohon maaf di atas kejadian itu. Namun individu yang tampil bagi memohon maaf itu bukanlah pelaku yang sebenar, sebaliknya mendkwa dirinya ialah sepupu kepada pelaku tersebut.

“Assalamualaikum tuan, saya sepupu couple yang tuan viralkan tu, saya mohon maaf sangat-sangat di atas sikap mereka terhadap tuan. Tuan boleh ke tuan delete post tuan itu, ada apa-apa kerugian ke atas kenderaan tuan, saya boleh ganti, mohon maaf sekali lagi ya tuan,” tulis individu tersebut.

Menerima permohonan maaf itu secara terbuka, pelakon segak berusia 30 tahun itu turut bersetuju dengan permintaan indvidu berkenaan untuk memadamkan hantaran yang dimuat naiknya sebelum ini. Dalam masa yang sama, Nazrief turut berang dengan pelaku sebenar kerana beterusan memuat naik beberapa perkongsian di laman Instagram individu itu berhubung kejadian tempoh hari. Saya padam reels tu bukan sebab saya salah ye, tetapi ahli keluarga sams.3ng itu minta maaf elok-elok untuk saya padam. Jadi saya padam. Yang si pelaku dok update ig story buat cerita nak tegakkan benang yang basah, lantak kau lah. Not my level,” tulis Nazrief.

Terdahulu, satu kejadian pada Isnin sepasang pasangan menaiki motorsikal telah mengejar kenderaan aktor itu selepas tindakan Nazrief membunyikan hon sebanyak dua kali kerana mereka tidak perasan lampu isyarat sudah bertukar hijau gara-gara terlalu rancak berborak. Dalam kejadian yang sama lelaki terbabit telah menghampiri kenderaan Nazrief dan menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari hantu sebelum mengetuk cermin kenderaan Nazrief. Sumber, Gempak

Nazrief Nazri dapat anak lelaki

Sambutan Aidiladha pelakon Nazrief Nazri, 30, lebih bermakna apabila kini bergelar bapa selepas isterinya Aizatul Aqma, 27, selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 1.12 pagi, semalam. Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri berkata, dia sangat bersyukur urusan kelahiran itu dipermudahkan apalagi di kala situasi pandemik masih merisaukan.

“Alhamdulillah isteri saya selamat bersalin secara normal pada pukul 1.12 pagi, hari Arafah (Isnin). Dia berada dalam dewan bersalin pun tak lama, kurang empat jam. Sukar untuk menggambarkan perasaan saya saat melihat bayi kami dilahirkan. Tapi, memang rasa sangat luar biasa tak boleh nak ungkap. Macam tak percaya dah ada anak sendiri. Saya dapat teman isteri bersalin sebab sudah dapat suntikan vaksin serta jalani ujian calitan (CvdI9) dan keputusannya negatif. Saya tak gementar sangat tapi lebih kepada teruja,” katanya.

Pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta itu juga turut bersyukur apabila bayinya dilahirkan sihat. Bagaimanapun, Nazrief belum sedia berkongsi nama anaknya. “Syukur semuanya lancar. Saya melihat sendiri proses kelahiran itu dan memotong tali pusatnya. Saya juga sangat bersyukur bayi pun berada dalam keadaan sihat. Untuk nama pula, nama panggilan sudah ada tapi nama penuh belum kami tetapkan lagi. Sekarang saya nak fokus kepada proses isteri kembali kuat dan berpantang dulu,” katanya.

Pada Februari lalu, Nazrief berkongsi berkongsi berita gembira dia bakal bergelar bapa apabila isterinya Aizatul hamil empat bulan selepas lebih setahun berkahwin. Nazrief dan Aizatul mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019. Sumber, hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.