Tak boleh nak mengalah cuma rehat sekejap kalau penat, Ustaz Kazim tampil cuba sampaikan sesuatu

Viral

Pendakwah bebas terkenal, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias sebelum ini, mendedahkan beliau sudah menjalani rawatan di salah sebuah hospital di Serdang dengan mendapatkan kerjasama dari Institut Penyelidikan Peny.kit (IMR) berhubung sakit misteri yang dialami. Bagaimanapun, laporan yang dikelurkan oleh IMR mendapati Ustaz Mohd Kazim tidak mengalami sebarang jangkitan kvman atau virus yang dijalankan terhadap sampel kulitnya.

Perkongsian foto cetus tanda tanya

Sekeping foto yang dikongsi Ustaz Mohd Kazim sebentar tadi di laman Facebook, menarik perhatian ramai. Foto tersebut memaparkan pendakwah terkenal ini kelihatan seperti berada dalam keadaan kepenatan, duduk di atas katil. Dapat disaksikan juga kesan luka pada tangan dan kaki Ustaz Kazim.

Tak boleh mengalah, kalau penat, rehat sekejap lepas itu on balik.

Namun, ketika artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh pendakwah terkenal ini. Terdahulu, Ustaz Kazim berkongsi secara terbuka penderitaan yang dialaminya sejak lapan bulan lalu, menyebabkan luka di seluruh badan termasuk muka dan ada yang mendkwa ianya angkara shr.

Respon warganet

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan wargamaya turut mendoakan supaya Ustaz Kazim Elias kembali sembuh seperti sedia kala dan dipermudahkan segala urusan. Sumber, Rose Merah

Akui Dah Lama Tak Rasa Tidur Yang Lena, Kali Ni Ustaz Kazim Elias Tampil Luah Sesuatu

Umum mengetahui kisah penceramah bebas Datuk Mohd. Kazim Elias yang sakit akibat dishr sehingga meraih perhatian ramai dengan pelbagai penderitaan yang dihadapinya. Pada Rabu, Ustaz Kazim meluahkan rasa rindu untuk menikmati bermimpi dan tidur lena yang telah lama hilang dari hidupnya. Menerusi laman sosial Facebook, beliau berkongsi luahan tersebut untuk tatapan umum.

“Lama dah tak bermimpi, lama juga tidak menikmati lena, kesakitan kepedihan miang, tidak pernah berpisah. Mungkin ini akan dirasai sampai akhirnya, yang tidak merasai akan mempertikai, aku cuma berdoa agar mereka tidak mendapatkannya,” tulisnya di dalam satu hantaran. Tambah Ustaz Kazim, beliau juga berharap agar dirinya diberikan kesabaran yang tinggi dan akan sentiasa reda dengan ujian hidupnya.

“Hanya sabar dan reda mengubat jiwa, dakwah itu menyegarkan, semoga dosaku terhapus dengan ujian kecil ini,” ujarnya. Sementara itu di ruangan komen, luahan tersebut dihujani dengan doa dan kata-kata positif buat Ustaz Kazim agar dia segera diberikan kesembuhan oleh Maha Pencipta.

“Semoga diberikan kesembuhan buat ustaz dan semoga ustaz terus kuat aamiin,” komen seorang wargamaya. Syafakallah ustaz, Aamiin Allahumma Aamiin ya Rabbal Alamin.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,” kata seorang wargamaya. Semuga Ustaz di beri kekuatan, ketabahan dan kesabaran ..Semuga cepat sembuh dari segala sakit.. InshaAllah ..Alhamdulillah,” doa seorang wargamaya lagi. Sehingga kini beliau masih berusaha dan mencuba segala rawatan bagi mencari penawar sakitnya. Perkongsian Tersebut telah meraih hampir 85,000 tanda suka dan 14,000 komen daripada warga Facebook. Sumber, Gempak

Kongsi Kisah Derita Dishr Sampaikan Mandi Keluar Jarum, Sekali Ini Penjelasan Ustaz Kazim Elias

Kazim dedah sudah terkena shr sejak berpuluh tahun. Berpuluh tahun menderita sakit misteri akibat dishr, pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias berkata dia sudah ikhtiar dengan pelbagai kaedah perubatan termasuk bertemu pakar kulit. Jelas Kazim, doktor bagaimanapun tidak dapat mengesan masalah kulit dialaminya dan hanya menganggap ia penyakit biasa yang sering dialami oleh orang tua.

“Sebelum datang sini pagi tadi saya dah jumpa dua pakar dan mereka kata saya tiada sakit apa. Mereka kata saya dah tua dan ini sakit orang tua. Sebab itu saya kata tolong bantu saya sebab saya dah guna pelbagai usaha. Saya dah buat lima operasi dan saya masuk MRI lebih dari lima kali untuk tengok sakit saya. Ramai yang tolong saya pun surrender tak boleh buat. Mungkin keadaan saya teruk sebab itu saya orang yang betul-betul boleh bantu dan sama-sama dengan yang lain doakan saya,” ujarnya.

Sakit yang dialami tidak sekat usaha dakwah Kazim.

Kazim berkongsi kisahnya itu ketika diitemu bual program Meletop pada Selasa malam. Berkongsi lebih lanjut tentang hal itu, Kazim yang mengalami sakit misteri sejak 1997 berkata, apa yang dilalui menyebabkan dia berasa tertekan.

Bagaimanapun dia tidak pernah berhenti dalam usaha berdakwah dan terpaksa menggunakan solekan apabila berjumpa orang ramai. “Selama ini saya terpaksa memakai solekan yang tebal apabila hendak keluar rumah. Saya rasa malu untuk berjumpa orang dan keadaan itu membuatkan saya jadi tertekan.

Jika sakit ini menjadi penyebab kehilangan, saya reda

“Walau dalam keadaan sakit saya tetap teruskan kerja-kerja berdakwah. Saya tidak mahu mengalah. Kesibukan juga membuatkan saya lupa seketika tentang sakit yang dialami. Bertahun-tahun saya tidak boleh tidur malam. Saya hanya boleh tidur dalam kereta. Syukur Tuhan masih berikan saya kekuatan dan tidak merasa letih,” ujarnya.

Dalam program tersebut juga, Kazim mendedahkan wajah sebenar beliau tanpa solekan terdapat kesan parut hitam akibat luka yang berlaku secara tiba-tiba. Selain itu, beliau turut memberitahu pendedahan yang dilakukan bukan bertujuan untuk marketing termasuk sengaja mahu mempromosikan filem terbaharu lakonannya berjudul Zim Zim Ala Kazim.

Kazim bersama Mawi selaku pengarah filem Zim Zim Ala Kazim.

“Pernah sebelum ini saya mandi menggunakan air yang dibaca dengan ayat suci al Quran dan jarum keluar dari bahagian tubuh saya. Itulah perbuatan shr… benda yang menyalahi ada dan kebiasaan kita. Saya dedahkan semua ini bukan untuk tujuan marketing kerana saya tidak perlukan semua itu,” jelas beliau. Sementara itu, Kazim turut berkongsi amalan yang sering dilakukan sebagai pelindung dirinya. Beliau juga reda jika sakit yang dialami ini menjadi punca kematiannya satu hari nanti.

“Selepas menunaikan solat saya amalkan bacaan ayat Kursi dan juga ayat 56 surah Hud. Itu antara amalan yang membuatkan saya bertahan. Jika sakit ini menjadi penyebab kehilangan, saya reda. Apa yang penting saya mahu pergi buat selamanya dalam keadaan terus menyampaikan dakwah,” kata beliau. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.