Didkwa rancang kejadian yang melibatkan arwh isteri, kini suami Dnars tampil jawab

Viral

Selepas tiga tahun berdiam diri, suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad yang pergi buat selamanya pada 18 Mei 2019, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa memfitnahnya di media sosial.

Datuk Ahmad Shah Rizal Ibrahim dalam sidang media hari ini berkata keputusan itu diambil selepas berbincang dengan keluarganya kerana berasakan fitnah berkenaan terlampau berat dan ia sebagai cara terbaik menyelesaikan kemelut itu.

“Kata-kata tidak berasas serta tdvhan keras, kononnya saya telah merancang kejadian tersebut yang membabitkan arwh isteri saya (sehingga terkorban), memang tidak wajar sama sekali. Tdvhan bahawa kehilangan Allahyarhamah isteri saya dirancang adalah ftnah besar dan amat jelek sekali,” katanya. Menurut Ahmad Shah Rizal, selama ini beliau memilih untuk mendiamkan diri kerana berharap perkara ini dapat diselesaikan menerusi musyawarah keluarga dan menganggap perselisihan faham sebelum ini hanyalah bersifat sementara.

“Namun, kemelut itu berlanjutan dan menjadi semakin teruk, hari berganti hari dan keadaan ini memang tidak disangka dan saya amat terkilan dengan sikap sesetengah pihak seperti adanya udang di sebalik batu,” katanya. Menurutnya, pelbagai tdvhan dilemparkan itu tidak benar dan tidak berasas berikutan disimpulkan warganet selepas membaca artikel portal berkenaan pada 16 dan 17 Jun lalu.

“Antara komen-komen warganet yang berunsur ftnh adalah tdvhan kehilangan isteri saya adalah satu kejadian yang dirancang, rumah tangga saya sudah bermasalah ketika arwh masih hidup sehingga saya merancang pembn.vhan arwh melalui kejadian tersebut. Tdvhan saya menjalinkan hubungan di luar perkahwinan semasa arwh masih hidup sehingga saya merancang kejadian itu serta proses membawa balik arwh isteri dari Thailand ke Kelantan tidak dijalankan mengikut lunas undang-undang kerana saya seolah olah berusaha menyembunyikan sesuatu.

“Selain itu, pelbagai tdvhan berkenaan wang tunai, barang-barang milik arwh isteri, pertukaran saham syarikat dan sebagainya,” katanya. Katanya, dia hanya mengetahui pihak keluarga isterinya membuat laporan polis menerusi laporan media, namun hingga kini dia belum dipanggil pihak berkuasa untuk memberi apa-apa kenyataan. Jadi, saya mengambil tindakan ini bagi mempertahankan maruah, imej serta nama baik saya dan keluarga serta menjaga kepentingan dan keselamatan lima anak termasuk seorang daripadanya anak hasil perkongsian hidup bersama Allah yarham Faziani yang terkesan dari segi emosi dan mental selain memberi amaran kepada pihak berkaitan menghentikan fitnah mereka,” katanya.

Sementara itu, peguamnya, Nik Zarith Nik Moustpha berkata setakat ini mereka sudah mengenal pasti beberapa individu termasuk warganet yang menggunakan akaun sebenar yang membuat tdvhan terbabit. “Kita akan menghantar notis tuntutan termasuk menuntut permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh terdekat dan jika tidak kita akan teruskan saman malu dan ftnah,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan keluarga Allahyarham Faziani yang pergi buat selamanya pada 18 Mei 2019 membuat laporan polis menuntut siasatan lanjut dilakukan terhadap kehilangan mgsaaa yang disyaki terdapat unsur lain selain laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 21 Jun lalu, keluarga Allahyarham sekali lagi membuat laporan polis bagi memohon siasatan berhubung isu resolusi pertukaran pemilikan saham syarikat pengasas produk kecantikan itu. Sumber, bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published.