Rossa Sera tampil dedah pasal rumah, rupanya ini yang Shuk buat sampaikan buat dia sendiri terkejut

Viral

Hubungan antara pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossa Sera masih menjadi bualan hangat. Ramai yang tertanya-tanya dan keliru dengan status hubungan mereka sehingga kini. Diminta mengulas status terkini rumah tangga mereka, kata Rossa Sera mereka sebenarnya masih dalam fasa perbincangan dan hanya akan bertemu atas urusan keluarga semata-mata.

“Saya dan Shuk kami masih dalam perbincangan oleh kedua-dua pihak, jadi saya tak boleh nak ulas lanjut. Namun yang pasti kami akan cari jalan yang terbaik untuk kami berdua. Anak-anak kerap sahaja berjumpa ayah mereka, cuma saya yang jarang sangat berjumpa. Kali terakhir saya berjumpa dengan dia 7 atau 8 bulan yang lalu. Selain itu berkenaan urusan anak-anak kami akan berhubung melalui WhatsApp sahaja. Anak-anak memang selalu tanya pasal ayah dia dekat mana, macam sekarang Shuk bekerja di Penang, tapi setiap kali dia datang ke Kuala Lumpur pasti dia akan berjumpa anak-anak,” ujarnya kepada Gempak. Sera ditemui selepas siaran langsung program popular MeleTOP di Studio 1, Astro Bukit Jalil pada Selasa.

Tak tahu rumah itu dijual

Sementara itu, diminta mengulas mengenai kediaman bernilai RM1.2 juta yang telah dijual oleh Shuk, Sera akui terkilan apabila dirinya tidak dimaklumkan tentang hal (penjualan rumah) terbabit. “Sejujurnya berkenaan rumah itu, saya tidak tahu apa-apa dan tak berani untuk memberi komen. Sebabnya, sejak tahun lalu selepas saya keluar dari rumah itu saya langsung tidak pernah kembali semula ke rumah itu. Perasaan ni sangat sedih.

“Sejak saya keluar dari rumah itu, saya tidak sanggup untuk melihat rumah itu dan tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke situ. Terlalu banyak kenangan bersama anak-anak di situ, kami juga pernah memasang impian bersama ketika tinggal di sana, terutamanya tentang anak-anak,” kata Sera sebak. Difahamkan Sera sebelum ini pernah memfailkan perceraian terhadap Shuk pada November 2021.
Sera dan Shuk telah berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2. Sumber, Gempak

Masih Berkawan Macam Biasa, Rossa Sera Tampil Beri Penjelasan Hubungannya Dengan Shuk Sahar

Isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menerusi satu hantaran di laman Instagram menjelaskan dia masih ‘berkawan’ dengan suaminya.

Shuk hantar mesej

Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi tangkap layar perbualan bersama suaminya yang ketika itu bertanyakan mengenai baju raya bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri. Membalas kepada mesej tersebut, Rossa menjelaskan dua warna yang dipilih dan akan digayakan oleh mereka anak-beranak.

Dalam pada itu, usahawan ini turut memberikan penjelasan kepada orang ramai yang masih beranggapan mereka masih gaduh dan dia sempat meminta suaminya itu untuk ‘menjaga diri’. Kami tetap kawan macam biasa ba. Walaupun tak dapat raya bersama, Sera tetap kasi sedondon bajunya sama budak-budak. Doa yang baik-baik ya. Take care Shukri. Terdahulu, perkongsian foto seorang diri Shuk Sahar di laman Instagram menarik perhatian ramai dan warganet sempat mengusiknya. Sebagai rekod, Shuk mendirikan rumah tangga bersama Rossa pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Insta story penuh,

Sumber: Rossa.Sera

Rossa Sera Muat Naik Rakaman Luahkan Sesuatu, Sera Siap Dedahkan Apa Sebenarnya Yang Dia Mahukan

Kemelut rumah tangga pelawak dan pengacara kontroversi iaitu Shuk Sahar dan Rossa Sera masih belum menemui noktah. Malah sebelum ini juga, Sera pernah memuat naik satu video di media sosial memaparkan anak perempuannya yang meluahkan rasa rindu terhadap bapanya, Shuk Sahar.

‘Aku lah ibu dan aku lah bapa’

Terbaru, pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi satu video di Instagram memaklumkan bahawa dia mahukan yang terbaik buat anak-anaknya meskipun apa yang dilakukannya selama ini disalah tafsir oleh warganet. Jelas Rossa Sera lagi, dia sangat berharap agar anak-anaknya mendapat hak dan kasih sayang yang sepatutnya. Selama ini orang cakap aku meroyan, tak move on, tak terima takdir. Tapi orang tak tahu aku buat semua ini untuk anak-anak. Aku cuma nak mereka dapat hak dan kasih sayang yang sepatutnya.

Peng.0rbanan aku selama ini hanya seorang diri. Aku lah ibu dan aku lah bapa. Aku hanya harapkan kesedaran itu wujud buat dia. Sementara di ruangan komen, ada di antara rakan artis dan warganet memberi kata-kata semangat buat Sera agar sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Mereka turut menitipkan doa agar segala urusan Sera dipermudahkan selain dapat menemui kebahagiaan kelak. Sebelum ini, Rossa Sera mendedahkan bahawa dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Shuk dan berada dalam proses untuk failkan perpisahan. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 3.

Komen warganet

Sumber: Rossa Sera

Leave a Reply

Your email address will not be published.