Tegar baru sahkan dah berpisah dengan isteri, terkejut bila tiba tiba bekas isteri bongkarkan sesuatu pasal Tegar

artis

Berita perpisahan penyanyi Indonesia, Tegar Septian siang tadi agak mengejvtkan ramai kerana dia amat dikenali di Malaysia. Berpisah selepas 2 tahun bernikah. Perkahwinan yang baru sahaja berusia 2 tahun nampaknya tidak bertahan lama selepas penyanyi berkenaan memaklumkan yang dirinya sudah berpisah dengan isteri, Sarah Sheilka di Insta Story. Menurutnya, dia mengalami tekanan perasaan sehingga badannya menjadi kurus disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi. Dia juga seperti memberi bayangan bahawa masalah kewangan menjadi salah satu punca perpisahan tersebut di samping menjelaskan setiap gambar romantik di Instagram tidak sama seperti hakikat perkahwinan mereka. Bekas isteri dedah Tegar kerap pinjam duit.

Menjengah ke Instagram bekas isteri kepada Tegar yang juga merupakan instafamous di Indonesia, wanita muda itu turut berkongsi kenyataan di Insta Story miliknya siang tadi. Dalam perkongsian tersebut, Sarah Sheilka seakan mendedahkan yang bekas suaminya kerap meminjam wang daripada orang terdekat melihat daripada direct message (DM) di Instagramnya sebelum ini. Dia juga sekaan menggunakan nama ‘anak dan isteri’ setiap kali meminjam wang padahal mereka sekeluarga tidak mengalami masalah kewangan serta mempunyai tabungan yang cukup untuk makan setiap hari. Disebabkan kondisi mereka yang sudah berpisah, jadi tabungan tersebut telah dibahagi sama rata dan Sarah memaklumkan yang sudah tidak mahu bertanggungjawab lagi jika ada sesiapa yang bertanya perihal Tegar selepas ini.

Tambahnya, jika Tegar menggunakan alasan untuk membayar rumah yang telah dibeli untuk isteri dan anak, dia meminta agar perkara tersebut dipertanyakan semula kerana mereka sudah membatali hasrat tersebut disebabkan perpisahan yang berlaku. Pendedahan yang dibuat Sarah itu dilakukan sejurus selepas Tegar memaklumkan bahawa mereka sudah berpisah.Dalam kenyataan yang dibuat bekas peserta Big Stage 2022 itu, dia menyatakan berasa pen4t sekali dalam mengharungi pelbagai masalah yang melanda perkahwinan mereka. Untuk makluman, Sarah dan Tegar telah bernikah sekitar Mac 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 2 tahun.

Tegar mengaku sudah berpisah… tertekan, badan jadi kurus fikir masalah rumah tangga. SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Tegar Septian mendedahkan sudah berpisah dengan isterinya, Sarah Sheilka. Tidak mendedahkan sebab sebenar perpisahan itu, Tegar, 22, bagaimanapun memberitahu terlalu banyak masalah dilaluinya dan sukar untuk dijelaskan satu persatu. “Fakta bahawa saya sudah berpisah adalah benar, sekarang saya mahu teruskan soal kerjaya. Tegar sebelum ini pernah berjauhan dengan keluarga untuk menyertai Big Stage 2022 di Kuala Lumpur.

“Banyak mas4lah yang terjadi sebelum ini dan terlalu panjang jika mahu diceritakan,” katanya. Menerusi perkongsian di IG Story, bekas peserta program Big Stage 2022 ini secara merendah diri memberitahu dia bukanlah seorang manusia yang sempurna dan sudah penat dengan cabaran terpaksa dilalui sebelum ini. perpisahan itu dilihat berpunca daripada masalah kewangan selain faktor Tegar tidak mempunyai pekerjaan sehingga badannya menjadi kurus akibat tekanan. “Saya terlalu penat dan tidak mahu mengulanginya lagi. Saya bukan manusia sempurna, pening kepala dan stress fikirkan banyak perkara. Di Instagram memang romantik tetapi sebaliknya anda tidak tahu. “Saya memilih untuk memulakan hidup baru, bermula dari kosong. Saya hanya duduk di rumah sahaja sehingga badan jadi kurvs sebab terlalu banyak berfikir.

Di Instagram memang romantik tetapi sebaliknya anda tidak tahu. “Wang juga susah nak cari, saya jadi tertekan,” katanya. Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.