Tular foto Ismail Sabri pakai baju harga cecah empat angka, rupanya ini harga baju yang dia pakai tu

artis

Di media sosial seperti Twitter umpamanya, ramai yang bercakap mengenai gaya pemakaian Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri ketika dia berkunjung ke sebuah karnival yang diadakan pada hujung minggu lalu. Kali ini, warganet memperkatakan mengenai baju merah berjenama Burberry yang didakwa berharga lebih kurang RM6,900 sehelai. Dalam ‘footage’ video memaparkan Ismail Sabri beramah mesra dengan rakyat di karnival itu, beliau dilihat segak bergaya dengan baju berjenama mewah tersebut. Namun begitu, warganet di media sosial memberikan reaksi yang kebanyakan negatif apabila mereka membandingkan harga sehelai baju yang dipakai itu dengan tangga gaji kebanyakan rakyat pada ketika ini. Ramai yang tinggalkan komen bahawa rakyat kini tersepit dengan keadaan ekonomi negara yang semakin meruncing. Tapi, Perdana Menteri siap bergaya dengan baju mewah, malah dikatakan harganya mahal seperti tiga bulan gaji rakyat Malaysia.

Ada juga yang mempersoalkan maksud ‘Keluarga Malaysia’ yang sering dilaungkan di kaca TV. Namun tidak menyalurkan bantuan sepatutnya kepada golongan yang memerlukan. Namun ada juga yang memuji Ismail Sabri dan berharap agar beliau dapat meneruskan perjuangan bagi memakmurkan negara. PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sumber, http://www.viralkamipress.dnqj.my/

Ismail Sabri Tampil Lihat Harga Barang Di Pasaraya, Sekali Ini Yang Dia Nampak Sampai Minta Pekerja Panggil Tauke. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, melakukan tinjauan mengejut buat pertama kali berkaitan situasi harga barangan di sebuah pasar raya di ibu negara. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ismail Sabri berkata, beliau tidak menafikan terdapat kenaikan harga ayam dan barangan mentah lain sebelum tarikh kuat kuasa penamatan subsidi bagi produk terbabit.

“Ayam misalnya, kita masih beri subsidi hari ini sampai 30 Jun. Saya tidak faham kenapa pemborong jual pada harga RM8.90. Sebelum 30 Jun, masih lagi harga yang disubsidi oleh kerajaan, tidak sepatutnya sampai RM8.90 daripada pemborong kepada peruncit sepatutnya (harga ayam daripada pemborong) perlu lebih rendah sebab peruncit juga perlu mengambil keuntungan,” katanya di Quill City Mall di sini.

Perdana Menteri juga berkata, beliau akan melakukan lebih banyak tinjauan sama selepas ini bagi memastikan tiada pencatutan harga barang oleh peniaga sebelum tarikh penamatan subsidi ayam dan beberapa barangan lain pada 1 Julai. Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan mesyuarat khas dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) esok berhubung isu bekalan serta harga siling baharu ayam di pasaran.

Perdana Menteri berkata pada mesyuarat itu, beliau akan memaklumkan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bahawa harga barangan tidak seperti yang diumumkan sebelum ini termasuk kenaikan beberapa produk lain seperti ikan. “Saya harap MAFI boleh ambil tindakan dan KPDNHEP juga boleh mengenakan tindakan tegas kalau ada pencatutan yang melampau,” katanya.

“Panggil Tauke – Ismail Sabri”. Ketika sedang melihat sayur sayuran, PM Ismail Sabri agak terkejut dengan harga harga barang di dalam pasaraya tersebut. Dia mahu tahu kenapa ianya jadi begitu dan kebetulan seorang pekerja telah datang untuk berjumpa dengan beliau. PM Ismail Sabri menyuruh pekerja tersebut untuk panggil Tauke pasaraya tersebut datang terus jumpa dia. Ketika tinjauan itu, beliau turut meluangkan masa mendengar suara dan keluhan rakyat yang membeli-belah di pasar raya berkenaan. Katanya, rata-rata rakyat yang ditemui mengadu mengenai kenaikan harga barangan ketika ini. Sumber, BERNAMA

Terpaksa Putih Mata, Duit Simpanan Dalam Akaun Idzham Ismail Lesap RM7k Sekelip Mata Dan Ini Yang Dia Dedahkan. Pelakon Idzham Ismail terpaksa berputih mata apabila kehilangan RM7,000 dalam akaun bank miliknya gara-gara perbuatan penggodam yang tidak diketahui. Menurut Idzham, 34, wang dalam akaun tersebut merupakan simpanan untuk tujuan kecemasan dan mula sedar kehilangan apabila mahu menggunakannya pada 30 April lalu.

“Saya mula sedar duit hilang apabila mahu membuat pembayaran ketika berbuka puasa di sebuah restoran hujung Ramadan lalu. Tiba-tiba sahaja kad dari akaun tersebut tidak boleh digunakan. Apabila saya hubungi pihak bank mereka maklumkan kad bank itu bukan milik saya. Kad itu saya punya tapi jarang digunakan kerana kami buat sebagai simpanan waktu kecemasan. Selepas membuat laporan polis dan kepada pihak bank, barulah dapat tahu saya kehilangan hampir RM7,000 melalui pelbagai transaksi dalam masa satu hari,” katanya. Terkejut dengan kejadian tersebut, Idzham bagaimanapun reda dan menyerahkan semuanya kepada pihak bank untuk siasatan lanjut dan tindakan seterusnya.

Pelik dan terkejut dengan kejadian seperti ini sebab memang saya tidak pernah berikan sebarang maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Dalam masa sama, Idzham juga mengambil langkah selamat untuk menukar semua kata laluan perbankan secara atas talian miliknya. “Pelik dan terkejut dengan kejadian seperti ini sebab memang saya tidak pernah berikan sebarang maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Saya serahkan semuanya kepada pihak bank untuk tindakan lanjut. Memanglah mahu dapatkan kembali wang tersebut, tetapi tidak mahu meletakkan harap tinggi kerana banyak kes seumpama ini terjadi. Pihak bank juga telah nasihatkan supaya kami sekat dahulu akuan tersebut dan saya sendiri telah tukar semua maklumat kata laluan untuk akaun perbankan lain,” jelasnya.

Walaupun bersedih dengan situasi ini, Idzham masih meraikan kemeriahan sambutan Hari Aidilfitri bersama keluarga. Baginya, apa yang terjadi adalah ketentuan Allah dan satu peringatan supaya mengambil langkah lebih berhati-hati. “Syukurlah masih ada duit simpanan lain untuk buat belanja hari raya. Walaupun sedih, raya kena sambut juga bersama keluarga yang lain. Ini adalah jalan yang telah ditentukan Allah. Kalau ada rezeki saya pasti akan dapat semula duit itu nanti,” ujarnya. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.