Tular video Abang Viva lamar temat wanita masa tengah buat live tiktok, sekali jawapan perempuan tu tarik perhatian ramai

artis

Sebut sahaja tentang bencana banjir yang melanda negara hujung tahun lalu pasti membuatkan kita teringat akan jasa bakti sukarelawan-sukarelawan dari pelbagai negeri yang bersatu hati hadir membantu sasaran bah. Salah seorang daripada mereka adalah Azwan Omar yang mendapat jolokan Abang Viva kerana datang dari Melaka menaiki kereta Produa Viva seorang diri ke kawasan banjir di Selangor semata-mata mahu menghulurkan bantuan.Selepas peristiwa itu, Abang Viva terus menjadi perhatian ramai dan telah mengumpul pengikutnya yang tersendiri di media sosial. Kisah peribadinya turut mendapat perhatian dengan yang terbaru dia dikatakan telah melamar teman wanitanya secara siaran lansung di aplikasi TikTok.

Teman wanita malu2 kata terima. Dalam video itu, Abang Viva dengan santai telah melamar teman wanitanya sambil menunjukan cincin di kamera secara tiba-tiba sehingga membuatkan wanita itu sedikit terkejut. Walau bagaimanapun, selepas beberapa kali lamarannya dianggap seperti ‘main-main’, pemuda tersebut terus memanggil nama penuh wanita itu yang dikenali sebagai Evanoza dan bertanyakan semula sama ada dia sudi menerima ataupun tidak. Lamaran ikut SOP ke bang? Betul jaga jarak. Menjengah ke ruangan komen rakaman video siaran langsung Abang Viva di TikTok yang dikongsikan semula oleh pengguna media sosial dikenali sebagai @arianaevee, ramai yang telah tinggalkan ucapan selamat pengantin baru kepada pemuda itu. Mereka juga mendoakan agar urusan Abang Viva terus dipermudahkan lebih-lebih lagi untuk mendirikan rumah tangga selepas lamarannya diterima oleh wanita tersebut Cepat2 lah kawin kalau macam ni. Kredit, ohmymedia

Abang Viva Umum Sesuatu Pada Live Buat Ramai Kecewa, Sekali Ada Yang Tampil Dedahkan Nama Gadis Tersebut. Nama abang Viva bukanlah bukanlah satu nama asing lagi di Malaysia ni. Ataupun nama sebenarnya Azwan Omar,30, tampil mendedahkan rupanya telahpun mempunyai calon isteri melalui sesi Facebook dan juga Tiktok live yang dibuat olehnya malam tadi. Abang Viva juga yang turut dikenali sebagai ‘Wira Banjir’ negara telahpun akui perkara tersebut setelah ditanya soalan yang sama banyak kali daripada pengikut wanita yang ditanyakan bila dia akan mula menamatkan zaman bujang. “Alamak bila nak kawen ek, InsyaAllah calon dah ada tapi belum dibuat betul-betul, diconfirmkan lagi. Calon dah ada tengah dalam proses ujian lagi,” katanya. Dalam sesi live tersebut yang dibuat dalam jam 8.50 malam, Azwan juga terkedu setelah salah seorang pengikutnya menyebut nama Emelda.

“Salam.. tak join Emelda ke malam ni gi makan,” tulis Aida Khalid. Azwan bagaimanapun membalas secara bergurau “Aik.. Aida Khalid, jangan buat kantoi,” katanya. Beberapa pengikut wanita kemudian dilihat tinggalkan komen berbaur kecewa dengan cuba mendapatkan kepastian sama ada jejaka kelahiran Melaka itu telahpun mempunyai kekasih hati atau sebaliknya. “Betul ke abang viva dah ada awek?,” tulis salah seorang daripadanya. “La kawen dah haha,” ujar Nurul Dini pula. “Bang kasi alamat penuh bang. Nak gi jumpe mak abang ni,” tambah Ieda Stellaszils. Dalam pada itu terdapat juga pengikut yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin. “Wah! dah ada calon, tahniah semoga berkekalan hingga ke jannah. Makan nasi minyak jangan lupa jemput yer,” kata Mimi Fazilah Hamzah. Sumber, KL Menjerit

Baru Je Sampai Terengganu Untuk Misi Bantuan Banjir. Terkejut Ini Pulak Yang Jadi Dekat Abang Viva Buat Ramai Yang Tak Sangka. Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan Abang Viva zwan Omar, dipercayai sudah memulakan usahanya secara peribadi membantu mereka yang terlibat dengan banjir di Terengganu. Satu tangkap layar yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Farah Rusdi, kira-kira enam jam yang lalu, menunjukkan perbualan Azwan, 30, dengan seorang pengguna media sosial, di mana sukarelawan itu memberitahu beliau sedang membuat persiapan untuk ke Pantai Timur. “Sudah baca, terima kasih atas maklumat mengenai banjir di Terengganu. Saya pun tengah bersiap untuk ke sana,” katanya. Pengguna media sosial itu kemudian membalas dengan ucapan terima kasih dan mendoakan keselamatan perjalanan Azwan bagi membantu mereka yang terlibat dengan banjir di negeri itu. “Sekarang Kampung Lubuk Pait di Kuala Berang, Terengganu, masih ramai terperangkap atas bumbung rumah. Mereka perlukan bot besar,” katanya. Sementara itu, Azwan menerusi perkongsian di Facebook miliknya kira-kira jam 7 malam, hanya memuat naik status ringkas tanpa sebarang gambar dengan menulis bismillah sekali gus memberi bayangan seolah-olah beliau sudah memulakan pergerakannya membantu mereka yang terlibat dengan banjir. Status dimuat naik sekitar jam 8 malam ini, mendapat hampir 8,000 reaksi reaksi dalam tempoh sejam, dengan ratusan pengguna media sosial mendoakan urusannya membantu banjir dipermudahkan.

Saya Doakan Dia Dapat Hidayah. “Saya doakan agar dia mendapat hidayah Allah,”. Itu reaksi ringkas hero yang selamatkan mereka yang terlibat dengan banjir, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 30, mengenai tindakan individu yang membuka akaun palsu di Facebook menggunakan gambarnya dipercayai bertujuan memperdaya orang ramai bagi meraih sumbangan sejak semalam. Dia yang baru tiba di Terengganu jam 4.50 pagi tadi mengakui sudah lali dengan kejadian sedemikian termasuk tindakan individu terbabit yang meminta dana ihsan orang ramai walaupun RM1 seorang kononnya bagi membantunya dalam menyelamat mngsaa bnjir di Terengganu. “Jujurnya perkara menyamar begini saya dah macam biasa hadapi sebab dulu pun masa awal-awal saya viral ada juga yang buat akaun palsu sebegini.

“Biarlah itu antara dia dengan Tuhan dan saya doakan dia mendapat hidayah Allah. Tidak ada kesan pun pada saya,” katanya dihubungi hari ini. Azwan berkata, dia tidak mahu perkara sedemikian mengganggu fokus untuk membantu mereka yang terlibat dengan banjir yang lebih utama dan penting untuk dibantu berbanding memikirkan kesan pada dirinya. Malah katanya, dia juga tidak bercadang membuat laporan polis kerana yakin masyarakat hari ini lebih bijak menilai ketulenan sesuatu akaun sebelum memberikan sumbangan. “Benda-benda menyamar macam ini tak ke mana pun. Biarlah tak lama lagi dia berhentilah tu,” katanya enggan memanjangkan perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.