Dikatakan tiada bukti kukuh nak saman Ira Kazar, kali ni Puteri Sarah tampil beri jawapan

Viral

Pelakon, Puteri Sarah Liyana tampil menjawab soalan peminat mengenai tindakan undang-undang yang diambil terhadap  Ira Kaza yang menjadi punca rumah tangganya bersama pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof yang sedang dilanda badai sewaktu berkongsi pautan Ask Me A Question di Instagram. Dalam soalan itu, ada yang bertanyakan adakah Puteri Sarah menangguhkan proses saman terhadap Ira Kaza disebabkan tidak mempunyai bukti yang cukup.

Jangan Dengar Cerita Yang Tidak Sahih

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin kemudian menitipkan pesanan agar tidak mendengar berita yang tidak sahih dan mengakui proses mengambil peguam sememangnya memerlukan masa. “Jangan dengar cerita yang tak sahih. Yang cerita tu lawyer atau  makcik bawang?

Tidak Akan Saman Jika Tiada Bukti Yang Cukup

Tambahnya lagi, dia turut menjelaskan bahawa jika dia tidak mempunyai bukti, untuk apa dia sibuk mahu menyaman wanita yang telah mengganggu rumah tangganya itu. “If takde bukti buat apa lah i sibuk nak saman.” Kata Puteri Sarah. Sekadar info, nama Puteri Sarah Liyana menjadi perhatian selepas mendedahkan identiti wanita yang telah menjadi ‘penghancur’ sehingga menyebabkan rumah tangganya bersama Syamsul Yusof bergolak. Selain itu, Puteri Sarah mendedahkan bahawa wanita itu telah menganggu kesihatan mentalnya sejak 2019 dan menyebabkan dia dan suami sudah tidak lagi tinggal sebumbung. Sumber, murai.my

Ira Kazar Kantoi Masuk Live Puteri Sarah, Sekali Tak Boleh Berdiam Diri Ini Respon Puteri Sarah

Kontroversi yang melibatkan rumah tangga aktres Puteri Sarah Liyana dengan pengarah filem Syamsul Yusof masih menjadi tumpuan warganet di media sosial.

Kecoh masa ‘live’

Terbaru, ‘Instagram Live’ Puteri Sarah tetiba menjadi kecoh selepas warganet mendkwa anak kepada pelakon veteran Kazar Suisi, Ira turut sama sertai pada malam Jumaat. Ketika itu, aktres berumur 37 tahun sedang berkongsi keadaan kesihatan anak lelakinya, Syaikhul Islam, 5, yang terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan disebabkan mengalami demam akibat jangkitan virus di bahagian tekak.

Hasil pemerhatian media, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai respon dari warganet yang rata-ratanya terkejut dengan kehadiran Ira. “Ira Kazar masuk live. Weh betul ke Ira Kazar masuk live? Ira Kazar menyibuk masuk live. Namun, selang beberapa minit, pengikut pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberitahu Ira sudah ‘left.’

Bagi reaksi

Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu juga memberi respon selepas membaca komen-komen yang ditulis. Nak stalk I ke? Nak stalk I ke? I busy. Sebelum ini, media melaporkan Syamsul dan Ira didakwa bakal berkahwin malah pelakon lelaki itu juga sudah bertemu dengan bapa mentuanya untuk berbincang hal pernikahan mereka. Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Sumber, Oh bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.