Lawat ibu tak sihat, sekali dengar MK mengaji buat ramai tampil puji

Viral

Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique mendapat perhatian warganet apabila video yang merakamkan dirinya mengaji menjadi imam tular di media sosial. Difahamkan video tersebut dikongsi oleh kakaknya di akaun TikTok dengan id @wawa.evs pada Sabtu. Video tersebut merakamkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sedang mengaji bersama-sama dengan keluarga dan menjadi imam.

Selain itu, MK juga mengetuai bacaan zikir namun tidak segan meminta bantuan ibunya untuk memperbetulkan sebutan dan bacaannya. Sehingga kini ruangan komen TikTok itu masih dipenuhi dengan kata-kata pujian selain mengagumi MK. Disebabkan itu juga yang memberikan komen dengan menyatakan jangan menilai seseorang hanya berdasarkan penampilan luarannya. Selain itu, warganet juga turut mendoakan agar ibu MK diberikan kesembuhan dan sihat seperti sediakala. Sumber, Gempak

Nafi Sudahpun Berkahwin, MK K Clique Kini Tampil Mohon Maaf Buat Peminat Yang Telah Pun Broken

Sebelum ini, penyanyi MK K-Clique seolah sedang menggambarkan bahawa hatinya kini sudah dimiliki setelah memuat naik foto dengan seorang gadis istimewa beserta kapsyen romantis.

Teman wanita?

MK ditanya adakah wanita yang dikenali dengan nama Hajaar Siti itu teman wanitanya. Tidak mengiyakan atau menafikan, MK, 26, berkata gadis berhijab itu merupakan individu yang dia hargai. Orang boleh cakap appreciation post (sambil senyum). Saya kongsi sebagai tanda hargai seseorang. Saya kongsi personal life sebab media sosial dah penuh sangat dengan kerja. Sedikit sebanyak para peminat ingin tau, jadi saya buat. Saya nak peminat anggap wanita tersebut sebagai orang yang saya hargai. Itu sahaja. MK berkata demikian ketika majlis pratonton filem Rompak yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumput, pada Sabtu.

Masih perbaiki diri

Kemesraan antara pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan dengan gadis itu juga telah menimbulkan dakwaan yang mereka sudah berkahwin. Namun, katanya lagi, itu hanya spekulasi semata kerana dia masih dalam proses memperbaiki diri sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Saya belum berkahwin. Saya masih di fasa memperbaiki dan mengenali diri. Adakah saya mampu untuk menuju ke fasa tersebut? Adakah mampu untuk membina keluarga? Saya masih dalam proses itu.

Seperti yang korang tau saya macam mana sebelum ini. Tapi..alhamdulillah selepas pandemik membawa banyak kesan positif. Dalam pada itu, pelakon drama The Hotel turut memohon maaf kepada peminat yang patah hati dengan menyatakan dia langsung tidak berniat untuk mengecewakan hati mana-mana pihak. Pertama kali saya minta maaf. Saya tidak berniat untuk mengusik hati sesiapa. Saya tidak berniat untuk mengecewakan sesiapa. Sebab saya hargai setiap individu yang ada di belakang untuk memberi sokongan. Saya sangat hargai peminat.. tanpa mereka siapa la saya. Sumber, Instagram @hairiwhuut

Peminat Kecewa, MK K Clique Kini Dedahkan Seorang Wanita Buat Ramai Terkedu

Rata-rata warganet dan rakan artis turut meluahkan rasa teruja, malah ada yang kecewa dan cemburu melihat foto-foto yang dikongsi oleh MK. Penyanyi dan pelakon MK K-Clique telah menarik perhatian warganet di media sosial selepas berkongsi foto romantis bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Hajaar Siti.

“Minta Maaf Atas Semua Sayang”

Menerusi hantaran di Instagram, MK dilihat memuatnaik beberapa keping foto bersama Hajaar berserta kapsyen ‘sweet’ terhadap wanita yang digelar ‘sayang’ itu. “Minta maaf atas semua sayang. Terima kasih sebab masih sabar dengan saya. Saya sayang awak!”-MK K-Clique

Pelbagai Reaksi Warganet & Rakan Artis 

Di ruangan komen, rata-rata warganet termasuklah rakan artis turut meluahkan rasa teruja, malah ada yang kecewa dan cemburu melihat foto-foto yang dikongsi oleh Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK K-Clique itu. “TUNG AH.”-Sufian Suhaimi “Bukan bishe-bishe ini orang.”-Alif Hadi. “Kenduri saya jaga catering.”-Zynakal. “Saya kiciwaaa.”-Warganet “Nangis wak nangis.”-Warganet Sebagai info, selain MK K-Clique dibarisi oleh 7 penyanyi yang lain iaitu Tuju, Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan Nasty Nas yang kesemuanya berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah. Sumber, Murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.