Tunggu masa yang sesuai, Zara Zya dedah tunggu masa untuk umumkan jejaka pilihannya yang bakal berkahwin

Viral

Pelakon Zara Zya mendedahkan bahawa kini dia hanya menunggu masa yang tepat untuk mengumumkan siapakah jejaka yang berjaya memikat hatinya dan bakal dikahwini.

Tunggu waktu yang tepat

Menurut pelakon berusia 37 ini, fasa perkahwinan adalah sasaran seterusnya setelah dia sudah berjaya dalam bidang seni dan perniagaan. Tunggu, sabar. Saya nak simpan dulu. Bila sudah tepat pada waktunya, keluar. Tak naklah macam sebelum ini. Orang keluarkan gosip, sampai sekarang orang berteka-teki dan mendoakan saya.

Ujarnya lagi, dia meluahkan rasa bersyukur kerana orang ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan sentiasa menunggu siapakah jejaka yang berjaya menambat hatinya itu. Alhamdullilah, orang mendoakan yang terbaik dan sentiasa menanti siapakah gerangannya. Jadi, biar orang tertunggu dulu, sampai masa saya terus umum.

Bukan lelaki yang digosipkan selama ini

Apabila ditanya sama ada jejaka berkenaan adalah orang dalam industri hiburan, pelakon Love You Mr Arrogant itu tidak mengiyakan mahupun menafikan pertanyaan tersebut. Difahamkan, lelaki terbabit adalah bukan sesiapa yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini. Siapakah dia, tunggu. Belum lagi kisahnya keluar di media sosial. Saya berjaya menyimpan mengenainya. Ramai orang petik yang orang itulah, inilah, tetapi tidak. Sumber, Harian Metro

Tular Video Mesra Zara Zya Dengan Shuib, Akhirnya Ini Pengakuan Dari Zara Zya

Ramai yang tertanya tentang posting antara dua selebriti terkenal iaitu Shuib Sepahtu dan juga Zara Zya. Shuib dilihat agak mesra dengan Zara Zya sehingga pertemuan mereka baru-baru ini, Shuib siap menghantar Zara Zya ke kereta lagi. Sebenarnya memang jarang sekali Shuib muatnaik sebarang posting tentang wanita lain, dan apabila gambar Zara Zya dimuatnaik, dah tentu ramai yang tertanya. Dilihat pada komen serta respon warganet, memang ramai yang menyokong dan seakan suka dengan hubungan antara dia selebriti yang berstatus single ini. Dikatakan mereka berdua ni secocok, sama popular dan mempunyai minat yang sama dalam bidang perniagaan. Menjawab komen dari warganet yang mahu tahu hubngan antara mereka berdua, akhirnya Zara tampil memberi kenyataan.

Zara Zya memberitahu dia dan Shuib Sepahtu hanyalah sahabat saja, dah lama berkawan. Perjumpaan antara dia dan Shuib tempoh hari adalah lebih kepada kerja. “Orang luar dan warganet ni memang champion la kalau bab nak jodohkan orang lain. Memang laju mereka ni buat kerja. Mana ada saya jalin hubngan dengan Shuib, tak de lah.” “Kami jumpa hari tu pun kerana kami ada urusan yang perlu dibincangkan. Kami bukan bercinta atau keluar dating ke apa.” Itu jawapan serta kenyataan dari Zara Zya tentang hubngannya dengan Shuib. Tidak diketahui apakah perbincangan kerja yang dibuat antara Shuib dan Zara Zya, dan ramai beranggap, ini mungkin bincang untuk buka outlet air minuman Shuib iaitu Bubble Bee. Diimbas kembali, sebelum ini ramai yang gembira dan setuju sekiranya Shuib dan Zara menjalin hubungan dan mengenali dengan lebih rapat. “Kalau mereka berdua ni, memang saya setuju. Kasi jadilah Shuib Sepahtu dengan Zara Zya ni, kami setuju. Kamu berdua nampak serasi dan secocok sangat dah ni.” Sumber, OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.