Anak anak dah mula membesar, kini Datuk K minta isteri luangkan masa untuk anak anak

Viral

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K mengambil berat tentang urusan kerjaya dan rumah tangganya sebagai ibu dan isteri. Menurut Siti Nurhaliza, sebagai ibu bekerjaya Datuk K selalu memastikan agar pelantun lagu Aku Cinta Padamu itu mempunyai masa untuk diluangkan bersama anak-anak dan keluarga.

“Datuk K mengambil berat tentang jadual saya…Ye lah, anak-anak dah makin membesar pasti mahu tumpuan sebab itu Datuk K pun sama-sama berbincang dengan pihak pengurusan sama ada dalam bidang perniagaan atau hiburan supaya jadual saya tidak dibuat terlalu padat agar ada masa untuk bersama keluarga. Jika bulan ini saya sibuk menguruskan perniagaan, bulan seterusnya saya akan fokus pada nyanyian. Jadi saya dapat bahagi-bahagikan masa. Jadi dalam seminggu tu adalah dalam tiga hari saya di rumah dan tak sibuk dengan komitmen supaya dapat meluangkan masa bersama anak-anak,” katanya.

Siti Nurhaliza bercakap kepada Gempak dan media lain selepas selesai siding media Queen Of The Night di Menara Berkembar Petronas pada Rabu. Sementara itu, Siti turut tidak menafikan pernah terfikir untuk memperlahankan kerjaya seninya demi memberi tumpuan lebih kepada dua anaknya iaitau Siti Aafiyah, 4, dan Mohd Afwa yang baru berusia setahun.

“Saya pernah terdetik untuk memperlahankan kerjaya seni demi keluarga terutama anak-anak. Ada waktu saya perlu keluarga bekerja seawal Subuh dan balik waktu malam. Anak-anak pun sudah tidur. Saya rasa kasihan lebih-lebih lagi terhadap Afwa yang masih kecil. Afwa pun sudah pandai merajuk dan tidak mahu lepaskan saya. Jadi saya rasa bersalah. Tapi saya pun ada tanggungjawab terhadap pekerja-pekerja saya. Jadi saya akan cuba bahagikan masa sebaik mungkin.,” katanya. Sekadar info, Siti berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd. Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Sumber, Gempak

Makin Diam Makin Melampau, Sekali Ini Yang Buat Tokti Tak Puas Hati Sampaikan Tampil Beri Amaran

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak lagi berdiam diri malah terus memberi amaran kepada peniaga dalam talian supaya tidak menggunakan gambarnya untuk melariskan jualan. Kata Siti Nurhaliza, dia perlu bertegas kali ini kerana ia turut melibatkan foto bersama suaminya, Datuk Seri Mohd Khalid Jiwa.

“Bila saya diam, makin rancak mereka menyebarkan perniagaan yang tak melibatkan saya atau suami. Gambar saya dan suami dipaparkan dalam iklan perniagaan serta testimoni juga. Saya dah banyak kali hadapi perkara ini, pesan saya, berniagalah cara yang betul. Jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain,” katanya.

Pelantun lagu Percayalahitu berkongsi luah kemarahannya itu dalam sebuah entri Instagram hari ini. Menerusi hantaran sama, Siti memuat naik tangkap layar gambar dia bersama suami yang disalah guna peniaga yang menjual produk rambut. Pesan Siti lagi, semua peniaga harus jujur dalam perniagaan dan tidak sepatutnya menipu pelanggan dengan testimoni palsu.

“Kepada anda yang ada membaca, membeli atau terlihat iklan-iklan sebegini, saya ingin menjelaskan bahawa saya dan suami tidak ada kena mengena dengan produk mereka. Berniagalah untuk mencari keberkatan dan bukan untuk melariskan produk dengan menggunakan iklan palsu. Saya harap kita sebagai pengguna akan lebih peka dengan iklan-iklan seumpama ini,” jelasnya lagi.

Komen Warganet

Sumber, Gempak

Nak Ajar Anak Hargai Alam, Ini Yang Tokti Buat Pada Anak Anaknya Dan Ingin Anak Anak Berjiwa Anak Kampung

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa dua orang cahaya matanya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa pergi ke Taman KLCC sebagai usaha untuk menghargai alam. Menurutnya, dia mahukan anak-anaknya lasak sepertinya yang berjiwa anak kampung.

“Saya anak kampung yang biasa bergelumang dengan alam. Mandi sungai, panjat pokok, kutip siput sedut di sungai, masuk hutan, bermain di padang rumput, teman datuk menoreh getah, bercucuk tanam, masuk lumpur, masuk longkan tangkap berudu dll. Katalah apa aktiviti anak kampung (selain bersawah), semua saya lakukan. Sebab tu saya sangat hargai alam. Saya juga ingin anak saya lasak seperti saya. Hari ni saya mengajak Afwa dan Aafiyah bergambar di Taman KLCC. Nak mereka rasa nikmat dan indahnya menghargai alam. Marilah kita sama-sama hargai bumi, tempat tinggal kita. Jagalah bumi kita yang satu ni, cuma satu. Ciptaan Allah yang maha besar. Alhamdulillah,” tulisnya di dalam satu hantaran Instagram bersempena Hari Alam Sekitar sedua.

Dalam hantaran terbabit, Siti berkongsi beberapa keping foto berbaring bersama anak-anaknya di atas rumput taman sambil bergembira. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menumpukan perhatian pada kecomelan wajah Afwa yang menangis ketika fotonya diambil.

“Si Afwa dari gambar first reda je,” usik seorang wargamaya. “Sian adik kena gomol,” ujar seorang wargamaya. “Afwa kena buli, so cute,” puji seorang wargamaya. “Geramnya tengok gambar kedua hehe Afwa,” tulis seorang wargamaya. “Hahaha sian Afwa kena paksa cium dengan kakak dan ibu,” kata seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 40,000 tanda suka daripada pengikutnya. Sumber, Gempak & instagram @ctdk

Leave a Reply

Your email address will not be published.