Kecoh pasal Shahir nak kahwin tak lama lagi, akhirnya Erra Fazira tampil luahkan sesuatu

artis

Pelakon Erra Fazira mendedahkan yang dia berasa gembira apabila mendapat tahu bahawa lelaki yang sering dikaitkan dengan dirinya sebelum ini, penyanyi Shahir Zawawi bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Erra berkata, dia melihat Shahir sudah pun bersedia untuk bergelar suami dan berharap agar perkahwinan itu nanti merupakan satu ikatan yang akan berkekalan sehingga ke jannah. “Alhamdulillah, gembira mendengar perkhabaran tersebut. Apabila mendapat tahu yang dia mahu berkahwin, saya terus hantar mesej dan mengucapkan tahniah. Dia pun tak sorok daripada saya. “Tambahan pula, saya rasa dia dah sangat bersedia untuk bergelar suami. Jadi, saya berharap agar perkahwinan tersebut bakal menjadi perkahwinan pertama dan terakhir buatnya, dan berkekalan hingga ke jannah,” katanya kepada Gempak.

Ditanya adakah perkhabaran tersebut menutup segala spekulasinya dengan juara Akademi Fantasia 8 itu, Erra berkata, dia dah Shahir sudah lama tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama. “Sebenarnya, saya dan dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Orang sahaja yang asyik bertanya dan saya sudah terangkan hal yang sebenar sebelum ini. “Apa yang pasti, saya masih berkawan dan baik dengannya,” katanya lagi. Ditanya adakah Shahir ada berkongsi mengenai bakal suri hatinya bersama Erra, pelakon filem Maria Mariana itu berkata: “Saya tidak kenal siapakah wanita itu, tetapi dia ada berkongsi. Apa pun, saya gembira untuknya,” tutup Erra. Untuk rekod, Erra dan Shahir dikatakan pernah menjalinkan hubungan istimewa. Begitupun, hubungan mereka terputus di tengah jalan pada 2019. Apa Pendapat Anda, Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, Gempak

Kenal Belum Sampai 2 Bulan Lagi, Tak Nak Tunggu Lama Shahir Ajak Kekasih Bertunang. Sekitar awal tahun ini, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia belum terbuka hati untuk bercinta kerana ingin memberikan laluan pada kerjaya seninya terlebih dahulu. Memetik laporan Kosmo! Online, Shahir bagaimanapun mengesahkan bakal bertunang dengan usahawan produk berusia 30 tahun pada pertengahan bulan hadapan selepas dua bulan kedua-dua mereka saling mengenali hati budi. Kata Shahir, keserasian serta budi pekerti wanita yang berjaya ambil hatinya itu menyebabkan dia tidak mahu menunggu lama untuk membawa hubungan mereka fasa seterusnya iaitu sebagai suami isteri.

“Jodoh itu ketentuan Allah. Tidak timbul soal cepat atau lambat. Apabila masing-masing ikhlas, kami serius melangkah ke fasa seterusnya menuju alam perkahwinan dengan berjumpa keluarga masing-masing. “Walaupun belum sampai dua bulan kami berkenalan, saya yakin dia calon paling tepat selepas melihat sikapnya dan paling penting keserasian kami. Usia saya dan dia juga sama-sama sudah mencecah 30-an. Buat apa tunggu lama-lama,” katanya yang memilih untuk merahsiakan identiti buah hatinya sehinggalah pada hari pertunangan nanti. Ketika awal perkenalan mereka, Shahir mendedahkan dia sudah melihat banyak ciri yang baik ada pada wanita itu yang menyifatkan kekasihnya individu yang pandai melayan orang dan sentiasa berfikiran positif.

Ditanyakan mengenai perancangan perkahwinannya, kata Shahir, dia masih mencari lokasi sesuai di ibu negara untuk meraikan hari bahagia itu namun belum pasti sama ada pernikahan itu akan dijalankan pada tahun ini atau tahun hadapan. “Insya-Allah, ikutkan kami memang ingin percepatkan perkara baik ini. Keluarga akan berbincang tarikh pernikahan pada hari bertunang nanti. Kalau boleh nak segerakan tetapi kena tengok tempat dulu sebab banyak lokasi acara sudah ditempat awal.

“Sekarang kami buat persiapan dan penuhi permintaan keluarga untuk ikut adat dimulakan dengan merisik dan meminang. Kalau tiada halangan, kami akan bertunang pada Julai hadapan dan harapnya majlis pernikahan dapat dilangsungkan pada tahun ini juga,” katanya. Terdahulu, Shahir pernah disgosipkan bercinta dengan selebriti popular, Erra Fazira. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.