Berang rambut anak dijadikan bahan tawa warganet, Sharifah Sakinah tampil bersuara

Viral

Pelakon Sharifah Sakinah meluahkan rasa kesal apabila penampilan anak perempuannya, Anais Adha menjadi bahan tawa di media sosial gara-gara memiliki rambut afro.

Kenapa kritik rambut anak saya?

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Sakinah, 34, menyifatkan individu yang bermulut lahar itu sebagai ‘sakit.’ “Kamu semua sakit!” Pemilik nama lengkap Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired turut memuat naik tangkapan skrin (screenshot) sebuah portal yang membuat laporan berita dengan ‘headline’; ‘Rambut anak Sharifah Sakinah kena ejek.’ Dalam hantaran berbeza, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ingin tahu kenapa segelintir warganet suka mengejek rambut anaknya yang berumur lima tahun.

Pengikut puji rambut cantik

Di ruangan komen, rakan artis dan peminat meminta agar Sakinah mengabaikan komen-komen berbaur negatif. Ada yang menyatakan rambut alfo itu sangat unik dan tidak seburuk seperti yang diperkatakan. Sebelum ini, di TikTok , ada warganet yang mengkritik penampilan gaya rambut Anais lalu menyamakan dengan mi. Sumber, Oh Bulan

Banyak Kena Fikir Sebelum Tambah Zuriat, Sharifah Sakinah Tampil Beri Penjelasan Tentang Tambah Cahaya Mata

Sharifah Sakinah dan suami mahu fokus pendidikan anak terlebih dahulu. Pelakon Sharifah Sakinah mengakui sering menerima pertanyaan mengenai perancangan untuk menambah cahaya mata selepas berkahwin dengan jejaka Sweden, Michael Hansen. Menghormati pertanyaan berhubung soal zuriat itu, Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, berkata dia dan suaminya sudah mempunyai perancangan tersendiri sebelum menambah anak.

Sharifah Sakinah mempunyai seorang anak perempuan.

“Saya sering ditanya tiada perancangan tambah anak ke? Kalau ada anak nanti pasti comel dan cantik. Adakah anak kami yang sedia ada ini tidak cantik atau comel? Dia juga ada kecantikan tersendiri. Jadi, saya sekadar tersenyum apabila ada yang bertanya mengenai perancangan zuriat kerana saya memahami dan menghormati budaya kita. Jadi sudah tentu saya dan suami ada merancang sebelum menambah anak,” kata Sakinah.

Adakah anak kami yang sedia ada ini tidak cantik atau comel?

Tambahnya, perancangan untuk menambah zuriat bukan sekadar menghasilkan anak kacukan semata-mata sebaliknya perlu meneliti pelbagai aspek lain. Sekitar Februari lalu, Sakinah mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasih ‘mat salih’ pilihannya namun enggan berkongsi lanjut mengenai perkahwinannya itu atas faktor peribadi. Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020.

Sharifah Sakinah berjauhan dengan suaminya.

Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia lima tahun. Menjalani perkahwinan jarak jarah, Sakinah memberitahu fokusnya kini adalah untuk membesarkan cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu berbanding menambah zuriat. “Apatah lagi, saya dan suami tinggal berjauhan dan fokus ketika ini adalah pendidikan anak. Banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum membuatkan keputusan menambah cahaya mata,” ujarnya. Sumber, Mstar

Ramai sangka suami tak tukar agama, Sharifah Sakinah tunjuk bukti kad perakuan peluk Islam MAIS

Sakinah menunjukkan bukti suaminya sudah memeluk agama Islam. Selepas mengumumkan sudah berkahwin dengan jejaka mat saleh bernama Michael Hansen, pelakon Sharifah Sakinah diminta pula menunjukkan bukti bahawa suaminya kini beragama Islam. Menurut Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, bukti menunjukkan pertukaran agama suaminya itu boleh merosakkan hubungan keluarga mentua. Tegas pelakon berusia 32 tahun itu, sepatutnya tiada pihak yang mempersoalkan status suaminya selepas dia mendedahkan mereka sudah berkahwin.

Sakinah kemudian memadam perkongsiannya di Instagram.

“Kami tak post bukti sebab tak nak mengharu-birukan keluarga mentua ya. Cuba anak awak tiba-tiba kena convert Hindu, mahu mak awak melenting tak? Nak sangat bukti swipe la. Terima kasih la sebab mengharu-birukan keadaan. Kalau dah cakap, dah la, dah la tak payah buruk sangka. Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk, nak jaga hati keluarga sana,” kata Sakinah.

Adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah itu turut memuat naik foto memaparkan kad suaminya yang memeluk agama Islam. Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu bagaimanapun memadam perkongsian tersebut daripada Instagram miliknya beberapa jam kemudian.

Terima kasih la sebab mengharu-birukan keadaan.

Berdasarkan perkongsian berkenaan, kad perakuan tersebut dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Pada Jumaat lalu, Sakinah mengumumkan dia sudah berkahwin dengan Michael atau nama Islamnya Mikael Hansen dan terpaksa merahsiakannya atas faktor peribadi. Sharifah Shahira ini bagaimanapun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan jejaka berasal dari Sweden itu. Dalam pada itu, Sakinah turut berkongsi komen warganet yang mengatakan ftnah tersebut timbul disebabkan kehidupan mereka tidak menggambarkan seorang muslim.

“Mana taknya jadi fitnah bila dilihat dengan mata kasar, kehidupan sebagai muslim itu tak ada… maaf cakap,” tulis individu tersebut. Membalas semula komen tersebut, Sakinah menegaskan individu tersebut tidak sepatutnya memburuk sangka terhadapnya. “Sebab itu pentingnya kena sangka baik ya kak,” balas Sakinah. Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas berpisah pada Mei 2020. Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.