Percaya Sharnaaz tak bersalah dan ini bukan kerjanya, Noor Nabila tampil dedah sesuatu

Viral

Nabila percaya Sharnaaz tak bersalah. Susulan kes pukul di sebuah kondominium, bekas isteri Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila percaya aktor itu tidak bersalah. Menurut Nabila, dia juga sudah tahu perkara sebenar yang terjadi namun tidak dapat membuka mulut kerana perkara tersebut membabitkan pihak polis dan peguam.

Sharnaaz menangis jumpa anak selepas tiga hari direman.

“Mula-mula saya terkejut juga bila tahu berita itu, tapi saya terus bertanya pada Sharnaaz. Saya tahu apa yang jadi dan cerita sebenar saya. Apa yang diberitakan banyak yang telah ditokok tambah. Sebagai bapa kepada Jayden, saya sokong dia dan tetap berada di belakang… saya berpihak pada dia. Saya bagitahu dia untuk terus pandang ke hadapan dan menyatakan saya sentiasa akan menyokong dia,” kata Nabila.

Nabila berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran koleksi tudung baharu Naelofar yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada Rabu. Selain itu, Nabila juga berkata, Sharnaaz seorang yang bertanggungjawab dan selama ini telah menjaga anak mereka, Jebat Jayden, dengan baik dan penuh kasih sayang.

“Sharnaaz bukan macam itu. Dia bertanggungjawab dan sayangkan anak. Selepas keluar reman, saya berada di Phuket sedang bercuti. Dia ada berjumpa dengan Jayden dan menghantar video kepada saya. Menitik air mata dia bila dapat jumpa Jayden selepas tiga hari,” ujarnya.

Apa yang diberitakan banyak yang telah ditokok tambah

Pada Sabtu, media melaporkan mengenai seorang pelakon iaitu Sharnaaz direman selama tiga hari oleh polis di kondominium di Segambut, Kuala Lumpur menjadi tanda tanya warganet. Sharnaaz dir.3man selama tiga hari sehingga Isnin selepas didkwa menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium. Untuk rekod, Sharnaaz mendirikan rumah tangga Nabila pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020. Sumber, Mstar

Terkejut Bila Tahu Dah Berbadan Dua, Usahawan Popular Ini Dedah Alat Ujian Kehamilan Buat Ramai Teruja

Memang tak asing lagi kita dengan selebriti popular Malaysia ini. Kalini usahawan dan selebriti popular, Neelofa teruja berkongsi momen sewaktu mengetahui dirinya hamil cahaya mata sulung Muhammad Bilal yang kini berusia tiga bulan. Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor memuat naik satu video di aplikasi TikTok memaparkan dia memegang alat ujian kehamilan yang menunjukkan perkataan ‘hamil 3+’. Menerusi rakaman berdurasi 31 saat itu, kedengaran suara Neelofa dalam nada terkejut seolah-olah tidak percaya bahawa dirinya sedang berbadan dua sebelum terdiam seketika. Banyak kali dikatakan “OMG” ,“Bila pertama kali tengok the word pregnant di test kit,” tulis bekas pengacara MeleTOP itu di ruangan kapsyen posting tersebut. Selebriti berusia 33 tahun itu berkata, dia tidak merancang tentang kehamilan selain mengambil keputusan bagi melakukan pemeriksaan kerana lewat jangkaan haid. Katanya lagi, “Masa ni terkejut bila tahu hamil, sebab tak rancang pun. Lepas tu macam ‘blur’ kejap sebab dah tiga minggu lebih. Buat ujian sebab haid dah lewat,” katanya. Video, Klik link

Daripada perkongsian tersebut, video berkenaan meraih sebanyak 750,000 tontonan dan hampir 300 komen warganet turut teruja melihat momen berharga selebriti itu yang bakal dikurniakan zuriat. Malah, ada juga segelintir individu membuat permintaan sekiranya terdapat video menunjukkan reaksi suaminya Haris Ismail berhubung kehamilan tersebut yang pasti membuatkan ramai tersenyum. Anatar komen warganet lagi “Ni bukan adik Bilal tau”, “Kita pun teruja padahal dah lahir”, “Nak tengok reaksi Haris”,”Saya pun macam ni dulu”. Untuk rekod, Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah bebas mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu namun belum mendedahkan wajah bayi mereka. Sumber, Rose merah

Leave a Reply

Your email address will not be published.