Anak tanya mana bapa, sekali Rihana Oksana dedah ini yang dia jawab pada anaknya siap tunjuk Malaysia dalam peta

Viral

Sempena Hari Bapa, bekas ratu cantik Rusia iaitu Rihana Oksana Petra memberitahu dia menerima soalan yang paling tidak terduga daripada anaknya iaitu Ismail Leon. Menurut Rihana, semuanya bermula apabila sekolah anaknya mengadakan sambutan Hari Bapa.

Mana bapa?

Ujar Rihana, seluruh masyarakat di United Kingdom menyambut Hari Bapa semalam. Berikutan daripada itu, Leon dan kanak-kanak lain diminta untuk menyediakan hadiah buat bapa mereka. Memandangkan Rihana menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada Leon, dia turut menerima hadiah tersebut. Selain menerima hadiah, Rihana turut menerima soalan yang paling sukar untuk dijawab. Jelas Rihana, Leon mula bertanya dimanakah bapanya selama ini. Sebagai ibu tunggal, Rihana merasakan soalan tersebut sangat sukar untuk dijawab.

Saya cuba lari untuk menjawab soalan tersebut. Saya cuba berfikir nak bagi jawapan yang seimbang kepada Leon. Ini kerana, dia seorang sahaja kanak-kanak yang tidak mempunyai bapa di sekolah tersebut. Tidak mahu melihat Leon bersedih, Rihana menunjukkan sebuah peta kepada anaknya. Menerusi peta tersebut, Rihana menunjukkan jarak di antara London dengan Malaysia. Saya beritahu bapa dia tinggal jauh di Malaysia. Bapa dia tak boleh datang.

Kenapa bapa tidak telefon?

Perbualan di antara ibu dan anak tidak berakhir di situ. Leon mula menyoal soalan seterusnya iaitu kenapa bapanya tidak menghubungi selama ini. Untuk soalan ini, saya terpaksa memberitahu Leon bahawa di Malaysia tidak mempunyai capaian 5G. Oleh sebab itu, mereka tidak boleh berhubung di antara satu sama lain. Kalau korang nak tahu, Leon tahu apa itu 5G. Tambah Rihana, perbualan tersebut ada sedikit kebenaran kerana sebelum dia berpisah dengan bekas suami, mereka ada berbincang mengenai rangkaian 5G di Malaysia. Di akhir posting, Rihana menjelaskan kepada pengikutnya bahawa seorang anak perlu berkomunikasi dengan bapanya walau apa jua sekalipun demi kebaikan. Sumber, Rose Merah

Rihana Oksana Bandingkan Wajah Anak Dengan Kerabat Sultan Kelantan

Sebelum ini, bekas ratu cantik Rusia iaitu Rihanna Oksana Petra mendedahkan wajah anak lelakinya iaitu Ismail Leon di laman media sosial sehingga mendapat perhatian ramai. Bekas ratu cantik itu telah berkahwin dengan Sultan Muhammad V dan dilaporkan sah berpisah dengan tlk tiga apabila peguam sultan mengantar surat tersebut kepada peguam Rihana pada Julai 2019. Terbaru, Rihana Petra memuatnaik foto anak sulungnya itu di IG Story dengan membandingkan wajah Ismail Leon bersama beberapa wajah kerabat diraja Kelantan. 

Mirip ‘grandparents

Rihana Petra membuat perbandingan wajah Ismail Leon dengan dua wajah kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan bekas Raja Permaisuri, Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Perbandingan wajah itu juga diletakkannya kapsyen ringkas iaitu ‘grandparents‘.

Mirip ‘atuk dan ayah’

Selain itu, Rihana juga memuatnaik foto membandingkan wajah Ismail Leon dengan wajah Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Sultan Muhammad V. Perbandingan tersebut hanya diletakkan kapsyen ‘Like grandpa’ sahaja. Sehingga kini, masih belum ada apa-apa kenyataan lanjut dari Rihana Petra mengenai status kekeluargaan yang berkaitan dengan anak lelakinya itu. Sumber, Rihana Petra

Leave a Reply

Your email address will not be published.