Tampil bersuara isu harga ayam dan subsidi minyak, sekali ramai yang tampil komen perkongsian Sjt

Viral

Usahawan selebriti, Nur Sjt melahirkan rasa kecewa dan sedih apabila mendapat tahu bahawa harga ayam dijangka akan naik sementara subsidi minyak pula bakal dihapuskan di Malaysia. Sjt menerusi kemas kini Instagram berkata, sungguhpun tidak layak untuk memberi komen mengenai hal tersebut, namun, dia masih mempunyai keluarga, rakan-rakan dan pengikut di sini.

“Sedih mendengar bila ini terjadi pada mereka yang berada di Malaysia. Sjt sedar bukan Sjt layak untuk berkongsi hal-hal ini, mungkin ada yang akan cakap: ‘Sjt kenapa nak ambil peduli hal Malaysia, kau kan dah kat sana, jangan menyibuk‘. Mungkin ada betul yang komen seperti itu untuk Sjt, siapalah Sjt untuk berkata-kata, kerana Sjt pun dah kat Australia. Tetapi Sjt masih ada keluarga, sahabat, kawan-kawan, sedara-mara, dan follower-follower Sjt di sana. Setiap hari Sjt menerima DM message dari mereka di Malaysia yang mereka nak mengikuti Sjt! Sjt rasa tak perlulah Sjt cerita lebih lanjut. Mungkin kerana inilah mereka merayu pada Sjt nak berkerja atau mencari nafkah lebih jika di berikan peluang,” katanya.

Menerusi ruangan komen, terdapat seorang pengikut yang mengucapkan terima kasih kerana masih memberi perhatian kepada rakyat Malaysia sungguhpun dia kini sedang berada di luar negara. “Terima kasih kerana masih ingat kami di Malaysia… kenapa lah jadi macam ni ya Allah,” katanya. Dalam pada itu, seorang warganet turun menyatakan yang kos sara hidup di Australia juga kini semakin tinggi. Namun jawab Sjt: “Tetapi Australia bagi pertolongan pada rakyat, jika rakyat sini sakit, kena Cvd, kerajaan bagi AUS$750 (RM 2,286) setiap minggu,” katanya.

Terdahulu, menerusi laporan Astro Awani, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuh.kan bermula 1 Julai ini. Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee menjangkakan harga ayam mentah di pasaran akan mencecah sehingga RM11 sekilogram. Menurut beliau, senario itu dijangka berlaku susulan kerajaan tidak lagi menguatkuasakan pelaksanaan harga siling RM8.90 seperti yang diperkenalkan Februari lalu selain menarik balik pemberian subsidi RM1.40 yang diberi kepada penternak ayam dibawah Skim Kawalan Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM). Sumber, Gempak

Ingatkan Menunjuk Dah Dapat Passport Di Negara Lain, Sekali Warganet Perasan Rupanya Bukannya Passport Yang Sajat Dapat

Kelmarin, kecoh di laman sosial apabila usahawan kontroversi, Nur Sajat memberitahu yang bapanya kini sedang sakit tenat.Sungguhpun mengakui yang dia kini sudah menerima ‘pasport’ di Australia, namun Sajat berkata dia tidak boleh kembali ke Malaysia untuk melawat orang tuanya.

Apa yang mampu dilakukan adalah mengirimkan wang dan berhubung serta bertanya khabar menerusi panggilan video. Selain itu, Sajat juga mengakui tidak sabar untuk kembali terbang bagi menguruskan bisnesnya yang sedang mekar di bumi kangaru itu.Namun, keterujaan Sajat menarik perhatian netizen apabila ada yang mendakwa, dokumen yang diterima Sajat hanyalah sekadar pas pelarian, bukan pasport.“Boleh tengok di Google pasport awak tu ada palang-palang di tepi passport, itu hanyalah pas documents perjalanan untuk Status Refugee. Kalau passport citizens lain Jat, jangan lah nak perbodoh kan orang,” tulis seorang warganet.

Begitupun, ada seorang warganet mengesahkan yang Sajat memang seorang pelarian dan sama seperti Malaysia, pelarian di Australia juga dilayan dengan layanan yang sama.“Memang dia refugee pun. Sama juga macam orang orang luar yang dibantu Malaysia. Siap ada IC merah. Takda isu apa pun pasal kerakyatan ni,” katanya. Terdahulu, Sajat kini menetap di Australia sejak tahun lalu setelah didkwa mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa. Sumber, Gempak

Bapa Tengah Sakit Tnat Di Malaysia, Sajat Dedah Kenapa Dia Tak Boleh Balik Malaysia Dan Ini Yang Dia Minta

Bapa usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kini berada dalam keadaan tenat. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh adik Nur Sajat, Mustika menerusi perkongsian di Instagram Storynya hari ini. “Minta semua doakan ayah saya, ayah dah makin tenat,” tulisnya ringkas. Sementara itu, Nur Sajat dalam satu hantaran di Instagramnya mengesahkan bahawa kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lepas lagi.

“Minggu lepas lagi ayah tak sihat, Sajat kat sini ‘video call’ dan dapat kirimkan duit belanja untuk keluarga.“Apa-apa pun, Kak Long dan Mak selalu ‘update’ pasal hal ayah saya. Doakan baik-baik untuk keluarga saya. Harap semunya okey,” tambahnya. Dalam pada itu, dia memaklumkan tidak boleh balik ke Malaysia walaupun sudah menerima passport untuk terbang keluar daripada Australia. “Terima kasih kerajaan Australia. Akhirnya dapat passport saya. OMG gembira dapat terbang ke awan biru, now Sajat bolehlah terbang business trip dalam masa terdekat ni. Kalau nak balik Malaysia tu, memang tak boleh,” ujarnya. Terdahulu, Nur Sajat kini menetap di Australia sejak tahun lalu setelah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa. Sumber, Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.