Kecoh Laudya Cynthia Bella bakal langsungkan perkahwinan dengan kerabat Dubai, kali ni kawan baik tampil buka mulut

Viral

Laudya belum sedia berkahwin semula. PerkongsianĀ gambar pelakon Laudya Cynthia Bella berada di Dubai baru-baru ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat sehingga timbul khabar angin mendkwa dia bakal berkahwin dengan seorang kerabat raja di sana.

Menjelaskan hal tersebut, rakan baik kepada Laudya iaitu Zaskia Sungkar memberitahu tujuannya ke negara berkenaan hanyalah untuk membeli pakaian dan jubah. Seperti laporanĀ KapanLagi, Zaskia juga memaklumkan Laudya belum membuat perancangan untuk kembali mendirikan rumah tangga meskipun sering dijodohkan dengan beberapa lelaki. Dalam masa sama, Laudya dikatakan sedang memberi fokus untuk belajar mengaji.

Untuk rekod, Laudya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli usahawan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur. Hubungan mereka bagaimanapun tidak bertahan lama dan berpisah pada Julai 2020. Sumber, Mstar

Laudya Cynthia Bella tak mahu lagi bercinta

Jakarta: Pelakon popular, Laudya Cynthia Bella yang pernah mengalami kegagalan rumah tangga bersama Engku Emran memaklumkan tidak mahu lagi menjalin percintaan dengan mana-mana lelaki sebelum berkahwin semula. Bella berkata, dia mahu teliti memilih seseorang yang betul-betul menepati kehendaknya agar boleh dijadikan sebagai suami.

“Saya tidak mahu lagi bercinta dan berpegangan tangan seperti pasangan kekasih. Perbuatan itu seperti mengulangi menjadi diri saya yang sebelum ini. Saya sekarang tidak bercinta dengan sesiapa pun. Saya hanya mahu mengenali seseorang dan jika kedua-duanya serasi untuk bernikah, maka itu akan diteruskan,” katanya. Bella sebelum ini pernah dikaitkan dengan ramai lelaki antaranya pelakon Dimas Beck. Bella berkahwin dengan Engku Emran pada September 2017 di Kuala Lumpur dan bercerai pada Julai 2020. Sumber, Hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.