PU Riz tampil beri teguran pada orang ramai, tapi kalini Siti Kassim pulak tampil sound PU Riz buat ramai tak setuju

Viral

Kehilangan penyanyi Allahyarham Adibah Noor pada Sabtu lalu akibat brh ov.4.ri tahap empat sememangnya mengejutkan ramai. Di media sosial, ramai yang mengucapkan takziah serta memuat naik gambar Allahyarham yang tidak menutup aurat.

Susulan itu, Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau PU Riz menegur orang ramai supaya tidak berkongsikan foto penyanyi itu yang tidak menutup aurat. Bagaimanapun, teguran PU Riz itu seolah tidak disenangi peguam dan aktivis, Siti Kassim. Menerusi perkongsian di Twitter, peguam itu menyelar PU Riz serta menasihati pendakwah itu agar menjaga tepi kain sendiri sahaja.

Siti Kassim sound PU Riz

Perkongsian Siti Kassim itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang tidak bersetuju dengan peguam tersebut. Tidak kurang juga ada yang menyindir PU Riz tidak layak memberi nasihat berhubung isu berkenaan serta meminta untuk menjaga isteri sendiri sahaja. Dalam pada itu, ada yang mengatakan benar apa yang ditegur oleh PU Riz itu kerana ianya pesanan yang baik. Sumber, Cari Forum via Gulapop

Minta Hentikan Kongsi Gambar Arwh Adibah Noor Yang Tak Tutup Aurat, Kali Ni PU Riz Tampil Beri Teguran

Khabar pemergian penyanyi dan pengacara, Allahyarham Adibah Noor pada malam Sabtu mengejutkan ramai orang.

Jangan sebar perkara tak perlu

Pendkwah bebas dan selebriti PU Riz memohon jasa baik orang ramai untuk tidak berkongsi foto arwh Adibah yang terdedah aurat di media sosial. Kata pemilik nama Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail, cukup sekadar sedekahkan al-Fatihah.

Bersifat mungkar

Dalam pada itu, suami kepada selebriti Neelofa turut berkongsi sebuah dalil untuk dijadikan sebagai rujukan. Allahyarhamah Adibah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu, di Hospital Gleaneagles akibat kanser ovari tahap empat. Difahamkan, jasad Allahyarhamah diuruskan di Tempat Persemadian Islam Tanah Keramat Permai sebelum solat Zohor (Ahad). Sumber, Oh Bulan

PU Riz Dedah Nak Kongsi Rezeki RM700, Sekali Kalini Ini Golongan Pelajar Yang Dia Khususkan

Tahun lalu pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagaimanapun tahun ini, PU Riz, 27, ikhlas hati menggandakan jumlah berkenaan menjadi RM700. Imbuhan tersebut ditawarkan khusus kepada pelajar yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan atau B40 dan orang kelainan upaya. PU Riz berkata, dia mendapat banyak mesej peribadi (DM) menerusi Instagram daripada pelajar lepasan SPM yang diumumkan kelmarin berkenaan kesusahan dialami.

“Diakui banyak kesusahan dilalui sepanjang pandemik berlaku ekoran penularan CVDI9 dalam negara. Tidak terkecuali ia turut memberi kesan pada sistem pendidikan terutama dalam mengendalikan peperiksaan besar macam SPM termasuk cabaran dihadapi pelajar. Jadi, inisiatif ini ingin diberikan kepada mereka yang berjaya menyelesaikan dan mengharungi cabaran ini hingga mendapat keputusan cemerlang hasil ketekunan dalam pelajaran. Selain itu, sudah tentu kita nak melihat kesusahan dihadapi mereka. Sebab ada juga yang DM saya cakap yang ibu pergi buat selamanya akibat virus berkenaan tapi kena teruskan persekolahan dan banyak lagi cerita sedih. Jadi, kriteria sebegini yang kita cuba utamakan. Jika bukan dalam kalangan B40 dan Orang Kurang Upaya, kita tawarkan pada yang mendapat keputusan cemerlang 7A,” katanya.

Suami kepada usahawan selebriti Neelofa ini menambah, tawaran itu juga sekali gus mahu diharap dapat memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang. “Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini. Bukan nilai jadi ukuran, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh biarpun berdepan pelbagai cabaran dan musibah,” katanya lagi. Sumber, Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.