Minat sejak dari zaman belajar lagi, Nora Ariffin tampil bongkarkan keperibadian Lisa Surihani yang ramai tak tahu

artis

Pelakon Datin Lisa Surihani berkongsi kenangan lamanya saat pertemuan bersama rakan artis, Datuk Nora Ariffin baru-baru ini di sebuah majlis ilmu di kediaman bintang terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini. Rupa-rupanya, Lisa merupakan peminat setia Nora dan pernah menyanyikan lagu daripada penyanyi berkenaan di sebuah pertandingan nyanyian. “I was her fan especially during my days in high school. Sampai masuk friendly singing competition, nyanyi lagu Di Persimpangan Dilema tau (menang tempat ke2 ihihi) and then dalam bilik air ke tempat karoks ke, suka nyanyi (syok sendiri) Hanya Satu and Jentayu. “I remember the first time I met her a few years back, I was so star struck. Kak Nora plak ajak amik gambar masa tu. Rasa nak pengsan jap masa tu. For anak-anak pon I would pasangkan lagu on repeat Voices of UMMI, Erti Al Fatihah.

“Tak sangka semalam, lama tak berjumpa bersama halaqah Khadijah, dapat jumpa again, dapat peluk. MasyaAllah,” tulisnya. Di dalam hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menitipkan doa buat Nora. “Thank you akak, I respect you for so many reasons. Thank you for being so warm and lovely. “Lisa du’akan moga Kak Nora sekeluarga dikurniakan BarakahNya, KhayrNya, RahmahNya, kebaikan dan perlindungan di dunya dan di akhirah,” tulisnya. Perkongsian tersebut turut menarik minat ramai untuk sama-sama memberikan reaksi menerusi ruangan komen.

Komen warganet:

Malah, Nora turut sama berikan respon dan menyifatkan Lisa sebagai insan yang cantik luar dan dalam. “Allahukbar, my dear Datin Lisa. I really adore you. Dari dulu lagi…Honestly Datin Lisa memang seorang yang sangat baik, sincere person inside out. Memang setiap kali jumpa, always rasa sebak. “Kak Nora juga doakan Lisa sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Bahagia dunia akhirat,” respon Nora. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, mh. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.