Adibah Noor pergi buat selamanya buat ramai terkejut, tapi ini status terakhir arwh di media sosial

Viral

Selebriti terkenal Adibah Noor disahkan pergi buat selamanya sekitar pukul 8.15 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Berita sedih itu disahkan oleh rakan selebriti yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida. Bagaimanapun, Emylia ketika dihubungi media enggan berkongsi lebih lanjut maklumat mengenai kehilangan Adibah Noor.

“Ya… memang betul Adibah Noor sudah pergi buat selamanya di hospital. Saya dapat maklumat daripada isteri Datuk Zainal Abidin. Sebab kami sama-sama rapat dengan arwh. Arwh pergi buat selamanya sekitar pukul 8.15 malam tadi. Saya dan suami dalam perjalanan ke hospital. Ikutkan kami tahu punca dia pergi tapi tak berani nak kongsi,” katanya

Dalam pada itu, status dan gambar terakhir di kongsi oleh arwh di IG tarik perhatian ramai. Tiada apa-apa tanda yang menujukkan arwh sakit, wajah Adibah yang tersenyum ketika melancarkan sebuah majlis buat ramai peminat terkejut dengan berita kehilangan arwh.

“Bismillahirrahmanirrahim.Kerja kerja kerja jomz!!”

Di dalam posting arwhh ketika dimuatnaik gambar yang sudah turun berat badan, ramai juga rakan rakan artis dan peminat bertanya keadaan kesihatan arwhh.

Biodata Arwahh Adibah Noor

Bagi yang nak kenal siapa adibah Noor, korang boleh baca biodata adibah noor ini di bawah ya. Pemilik Nama penuh Adibah Noor binti Mohamed Omar ini dilahirkan pada 3 September 1970. Pada tahun 2021, Dia dikenali sebagai seorang penyanyi, pelakon, pengacara majlis, pengisi suara dan bakat iklan yang terkenal di Malaysia. Adibah Noor berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris tau. Dia juga lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada tahun 1994, Adibah Noor menyertai pertandingan nyanyian buat pertama kalinya dalam pertandingan Suara 90-an Nescafe. Rezekinya apabila dia berjaya menjuarai pertandingan tersebut. Pada tahun 2006, Namanya melonjak naik dengan lagu terlalu istimewa yang dibuat khas sebagai solidariti kepada kes rgl dan pembnvhan ng3ri seorang gadis berusia 12 tahun di Johor bahru. Hasilnya, lagu tersebut masih terngiang-ngiang dan masih diputar di stesyen radio tanah air sehingga kini.

Adibah Noor pernah mengeluarkan album yang mengandungi lapan lagu, termasuk kolaborasi dengan penyanyi hebat lain seperti Misha Omar, Anuar Zain, Amir Jahari, Nassier Wahab, Dina Nadzir dan Sam Innuendo Hebat betul adibah noor ni kan. Selalunya kita tengok dia banyak berlakon terutamanya dalam drama atau rancangan komedi sahaja. Tetapi sebenarnya dia merupakan seorang penyanyi yang sangat berbakat. Kalau tidak macam mana boleh menang AJL kan. Itu sahaja ringkasan biodata adibah noor, untuk sambungannya korang boleh sambung baca di bawah ini.

Senarai Filem, Telefilem, Drama dan Lagu dalam Biodata adibah Noor. Tahun 2004, Adibah berlakon dalam filem legend iaitu filem Sepet dengan membawa watak sebagai Kak Yam. Kemudian pada tahun 2006, Adibah berlakon dalam filem Bvli Balik dan juga Gubra. Pada tahun 2007, Filem lakonan Adibah Noor ada Mukhsin Mukhsin Kak Yam.

Antara filem lain yang dilakonkan oleh adibah adalah Talentine (2009) dan membawa watak sebagai cikgu Adibah. Filem Magika (2010) sebagai Mak Cik Halia, Filem Hooperz sebagai coach d, filem crayon sebagai mak engku dan filem aku tak bodoh sebagai Mak Jah. Pada tahun 2011, filem yang dilakokan oleh adibah adalah Nasi lemak2.0 sebagai Nor. Kemudian tahun 2015 pula berlakon dalam filem fundamentally happy sebagai habiba.

Tahun 2017 pula, berlakon dalam filem mencari rahmat sebagai datin azizah dan pada tahun 2021 pula adibah berlakon dalam filem selamat hari X Jadi sebagai Dekan. Kemudian dalam filem Chomel sebagai Hakim Zulaikha dan terbaru dalam Filem Hantu Ke Lim sebagai Puan Sri Zaleha. Drama Lakonan. Antara drama lakonan Adibah Noor pula adalah drama pua chukang (2009) Small Mission enterprise (2012), Oh MY English (2012,2013 dan 2017).

Kemudian drama jadikan aku yang kedua (2017,Drama lafazkan kalimah cintaku (2018), drama plan cinta (2019) drama kampung people 2 dan rumah dara pada tahun 2020. Tahun 2021 pula drama covid oh covid menjadi karya terbaru lakonan adibah noor. Untuk telemovie pula, pada tahun 2014, telemovie Nostalgia, pada tahun 2017 cupid dan bisik pada allah dan terakhir pada 2019 iaiu telefilem pendoa yang ikhlas.

Selain berlakon, Adibah Noor juga terkenal dengan suaranya yang sedap dan telah mengeluarkan beberapa buah lagu. Antaranya adalah Terlalu Istimewa pada tahun 2005, kemudian lagu TEMAN pada tahun 2010 dan Jiwa Sentuh Jiwa pada tahun 2017. Antara lagu lain yang turut dinyanyikan oleh Adibah Noor adalah Zapin Cinta SMS duet dengan Senario, Happy Thoughts ft Doul.

Lagu Hujan iaitu lagu tema filem mukhsin dan lagu Bahasa Rindu berduet dengan Nizam. Anugerah yang pernah di menangi. Dalam Biodata Adibah noor ini, kami nak bagitahu yang Adibah Noor pernah tercalon dalam Anugerah Juara Lagu 2006 dalam bebearapa kategori iaitu, Vokal Terbaik, Kategori Balada dan juga Lagu terbaik. Kemudian dia juga pernah di nobatkan Juara Hits 1 Akhir pada tahun 2007 untuk lagu terlalu istimewa dan juga Persembahan terbaik untuk lagu yang sama. Semoga arwh ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Sumber,  Mstar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.