Ada sesuatu yang buat Dynas terkilan, rupanya ada sesuatu yang Dynas tak sempat nak tunaikan salah satu permintaannya

Viral

Pernah bekerjasama dalam satu telemovie, Dynas Mokhtar antara yang hadir ke rumah waris untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Adibah Noor malam tadi. Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar akui dirinya masih terkejut dan tidak percaya dengan perkhabaran perginya anak seni serba boleh itu.

“Kami mula rapat masa pengambaran sebuah telemovie dulu, waktu tu PKP dan menjadikan kami semakin akrab. Arwh ni sangat-sangat baik, dia selalu belanja dekat set pengambaran, pantang rehat sekejap mesti akan belanja makanan. Saya langsung tidak tahu dia sakit, kami sangat-sangat terkejut, even sehingga kini masih tekejut bila tahu Kak Dib dah tiada,” katanya.

Tambah pemilik restoran wanracafe itu, dirinya sedikit terkilan kerana tidak sempat memenuhi permintaan arwah untuk singgah ke restoran barunya. “Cumanya ada satu perkara yang tak sempat nak saya nak buat bersamanya. Sebenarnya hari tu dia ada tanya berkenaan restoran saya, sebab dia ternampak posting abang Azhan Rani dekat Instagram. Dia tanya bila nak ajak dia pulak, jadi itu lah yang buat saya sedih dan terkilan sebab tak dapat nak tunaikan permintaan arwh,” tambah Dynas. Allahyarham Adibah Noor telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Sabtu lalu sekitar pukul 7:40 malam di Hospital Gleaneagles akibat menghidap brh ov.4.ri tahap empat. Sumber, Mstar

Tular Kehilangan Artis Terkenal Adibah Noor Gara Gara Satu Sakit Ni, Kali Ni Ani Mayuni Tampil Dedah Sesuatu Pesan Arwh

“Maaf kami terpaksa rahsiakan sebab sebelum ini Kak Dib (Adibah) ada beritahu saya dan beberapa rakan dalam Gegar Vaganza,” kata penyanyi Ani Maiyuni mengulas kehilangan penyanyi dan pelakon Adibah Noor petang tadi.

Menurutnya, dia perlu memegang amanah Allahyarham agar tidak menghebohkan perkara ini kepada orang lain.

“Saya tak boleh bercerita kepada semua orang berkenaan penderitaan arwh. Dia sakit selepas habis GV dan semasa kita nak shooting GV Raya, selepas itu dia mula demam on and off. Selepas itu lama dia warded dan kenapa dia tak keluar-keluar kita ingatkan Cvd. Bila saya tanya dia secara peribadi baru dia beritahu yang dia dapat tahu yang dia ada kan ser dan baru lepas pembedahan masa itu,” katanya.

Ani Maiyuni berkata, Adibah juga kena berpantang dan kena rehat serta tidak mahu menerima mana-mana tetamu lagi. “Yang orang nampak dia kurus adalah show pertama selepas rehat,” katanya. Finalis Gegar Vaganza musim kelapan itu meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Ampang petang tadi akibat brh ova ri tahap empat. Sumber, Hmetro Online

Adibah Noor Pergi Buat Selamanya Buat Ramai Terkejut, Tapi Ini Status Terakhir Arwh Di Media Sosial

Selebriti terkenal Adibah Noor disahkan pergi buat selamanya sekitar pukul 8.15 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Berita sedih itu disahkan oleh rakan selebriti yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida. Bagaimanapun, Emylia ketika dihubungi media enggan berkongsi lebih lanjut maklumat mengenai kehilangan Adibah Noor.

“Ya… memang betul Adibah Noor sudah pergi buat selamanya di hospital. Saya dapat maklumat daripada isteri Datuk Zainal Abidin. Sebab kami sama-sama rapat dengan arwh. Arwh pergi buat selamanya sekitar pukul 8.15 malam tadi. Saya dan suami dalam perjalanan ke hospital. Ikutkan kami tahu punca dia pergi tapi tak berani nak kongsi,” katanya

Dalam pada itu, status dan gambar terakhir di kongsi oleh arwh di IG tarik perhatian ramai. Tiada apa-apa tanda yang menujukkan arwh sakit, wajah Adibah yang tersenyum ketika melancarkan sebuah majlis buat ramai peminat terkejut dengan berita kehilangan arwh.

“Bismillahirrahmanirrahim.Kerja kerja kerja jomz!!”

Di dalam posting arwhh ketika dimuatnaik gambar yang sudah turun berat badan, ramai juga rakan rakan artis dan peminat bertanya keadaan kesihatan arwhh. Sumber, Awatt Syeikh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published.