Wajah Fizo dan Wak Doyok selalu keluar dalam iklan tak berfaedah, sekali ini yang warganet minta pada mereka

artis

Sebut sahaja mengenai pelaburan tukaran mata wang asing, ramai mengetahui bahawa hukumnya adalah haram kerana ia melibatkan harta ribawi yang mempunyai unsur-unsur riba. Pun begitu, masih ramai di kalangan orang beragama Islam masih leka dan melibatkan diri dalam ‘dunia ini’, lebih-lebih lagi terdapat dua orang artis yang dilantik menjadi duta syarikat broker global, OctaFX iaitu Fizo Omar dan Wak Doyok. Terbaru, tular ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna yang dikenali Furqan Abdulla mempertikaikan bayaran yang diterima oleh dua orang figura tersebut sehingga sanggup mempromosikan sesuatu yang sememangnya salah disisi agama. Pada masa yang sama, Furqan meminta supaya dua orang selebriti untuk kembali ke pangkal jalan yang benar.

Wak Doyok & Fizo Omar, berapa OctaFX bayar kalian utk promosikan produk mereka? Dah terdesak sangat ke sampai tergamak ambil job iklan forex trading? Sebarang pendapatan/komisen yg kalian peroleh menerusi penglibatan dgn OctaFX adalah tak halal. Bertakwalah kpd Allah! Perkongsian itu bukan sahaja menerima kritikan di kalangan warganet terhadap dua orang figura tersebut, malah mereka turut meluahkan rasa menyampah apabila melihat iklan itu ‘muncul’ secara tiba-tiba di saluran Youtube. Pelakon Wak Doyok dan Fizo Omar menjadi duta broker global OctaFX. Menurut syarikat itu, kedua-dua pelakon berkenaan merancang untuk melancarkan beberapa projek kerjasama khusus berkaitan dengan pelaburan sepanjang tahun ini. Jelasnya, sepanjang kolaborasi tersebut, Wak Doyok dan Fizo akan berkongsi cara mereka menjadikan pelaburan sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan mempamerkan cara untuk melabur demi masa hadapan. “Bersama-sama… Sumber, bigonewzz

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.