Kecoh pasal video Kak Km dan beberapa pengasas produk lain, sekali ini tindakan yang akan dikenakan pada mereka bertiga

artis

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok masing-masing. MCMC berkata, susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung tindakan individu berkenaan, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu terbabit di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, semalam. Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan. “Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau ditahan tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

“Sehubungan itu, orang ramai khususnya selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini. Pendakwah bebas, PU Amin menegur tindakan sekumpulan pengasas produk tempatan susulan tularnya video tepuk punggung baru-baru ini. Dalam hantaran video di TikTok, kata PU Amin, aksi itu seakan-akan tidak memikirkan soal maruah dan sensitiviti agama Islam. “Ingat balasan, ingat azb, ingat bla bencana Allah SWT. Bertepuk tampar punggung di khalayak awam. Ramai yang menantikan, ramai saksikan. Boleh jadi trend ka selepas ni. Ramai tengok, macam syok ja. Jangan sampai macam tu sekali.

“Yang buat ni bukan anak orang, tapi mak-mak orang yang buat perangai macam ni. Kadang-kadang tak fikir ka fasal maruah diri, tak fikir ka fasal sensitiviti agama dan tak fikir ka anak-anak kecil kita tengok video macam ni?” ujarnya. Video yang viral itu membabitkan empat usahawan tempatan popular iaitu Ifa Raziah, Datuk Seri Vida, Kak KM dan Cheta Pot Pet. Tambah PU Amin lagi, tindakan tanpa kawalan itu didorong oleh galakan dan sokongan masyarakat semasa terhadap mereka. “Kita pun kadang mungkin dibeli dengan kekayaan dia. Dia suka puji puja, kita sokong dia. Kita tak pernah rasa nak boikot dia. Sebab apa, sebab kita suka tengok kekayaan orang macam ni. “Tak boleh kita meniaga jual badan kita. Berhentilah dari perangai macam ni. Takut anak-anak kita pun ikut benda sama. Moga moga Allah pelihara kita. Jangan sebab benda macam ni turun pula bala bncna,” katanya. Sumber, Harian Metro/GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published.