Kecoh pasal Ameera tak pakai tudung, tak boleh berdiam sekali Noor Kartini tampil bersuara

artis

Ibu kepada personaliti media soi1al, Nur Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed tidak melenting, sebaliknya hanya tersenyum apabila diasak persoalan anaknya yang kini tampil tidak berhijab. Noor Kartini berkata, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan bukan berhijab secara sempurna dan masih dalam proses memperbaiki diri. “Jika tengok Ameera, dia bukan bertudung penuh. Dia masih pakai topi, ikat rambut dan sebagainya. Maksudnya, Ameera masih dalam fasa melatih dirinya. “Jadi, saya rasa lebih kita mendoakan yang baik-baik sebab perkara baik akan berbalik kepada kita juga, insya-Allah,” katanya kepada BH Online. Noor Kartini ditemui pada majlis Gold Rally Winner Celebration di Colony, Mutiara Damansara, petang tadi. Meskipun berhadapan pertanyaan mahupun kata negatif warganet mengenai anak-anaknya, Kartini berkata, dia tidak sesekali tertekan.

Malah, ibu kepada lapan orang itu bersyukur anak-anaknya tidak melakukan perkara tidak elok. “Saya bersyukur, boleh dikatakan tiada satu pun anak-anak saya orang nampak berada di kelab, minum, mabk dan merokok. Semuanya tiada.“Kalau ikutkan dengan cara kehidupan di ibu kota ini, banyak benda lebih teruk. Tetapi, Alhamdulillah, kita duduk di sekeliling keluarga. “Ameera lebih banyak keluar dengan adik-beradiknya, kecuali acara membabitkan jenama besar yang menjemputnya hadir seorang diri. “Mungkin keluarga kami dikenali, jadi benda kecil pun orang nampak besar. Sedangkan, mereka sendiri mungkin menghdapi isu lebih besar, tetapi secara tertutup,” katanya. Justeru, Noor Kartini berkata, dia tidak rimas terkena tempias populariti anak-anaknya, malah, percaya semuanya akan berjalan lancar apabila sentiasa berfikiran positif dan mendoakan yang baik-baik. Dia juga tidak melatah sebaliknya sedar bahawa keluarganya agak dikenali dan sering menjadi perhatian ramai sekali gus akan dikritik sekiranya melakukan kesalahan kecil sekalipun.

Tambahnya, dia perlu kuat apabila berdepan situasi itu selain mengambil pendekatan tidak mengambil kisah mengenai komen negatif dilemparkan warganet. “Saya kena kuat menghadapinya dengan baik. Saya tidak tertekan sebab kami sekeluarga tidak mengambil tahu mengenai komen negatif. Jika orang beritahu pun, kami gelak sahaja. “Sebab ramai menghantar mesej langsung kepada kami dan minta maaf kerana pernah mengata. Saya hanya ucapkan Alhamdulillah, Allah bukakan hati mereka. “Manusia tiada yang sempurna, jadi apabila mendoakan perkara baik-baik, baik juga kita akan dapat,” katanya. Sumber, BH Online

Leave a Reply

Your email address will not be published.