Bangga dengan kemenangan Harimau Malaya, kini Syifa Melvin tampil ucap tahniah

Viral

Pelakon merangkap kekasih pemain bola pasukan Malaysia, Safawi Rasid, Syifa Melvin menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan Skuad Harimau Malaya yang berjaya menamatkan kemarau 43 tahun untuk layak ke pentas Piala Asia 2023. Syifa atau nama sebenarnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 28, menerusi satu entri dalam Instagram menulis: “So proud! (sangat bangga), alhamdulillah, syukur.”

Difahamkan, Syifa dan Safawi yang juga pemain sayap kelab Johor Darul Takzim FC (JDT) sudah menjalin hubungan istimewa sejak beberapa tahun lalu. Dua tahun lalu, hali perniagaan kosmetik itu antara yang dilihat sayu dan menangis sebak saat bersama keluarga dan penyokong mengiringi penghijrahan Safawi ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC.

Malam tadi, pada perlawanan penting skuad negara menentang Bangladesh di Stadium Nasional Bukit Jalil, aksi Safawi tidak mengecewakan kerana berjaya menyumbang satu gol menerusi sepakan penalti. Pada aksi tersebut, Malaysia menang besar 4-1 sekali gus menamatkan ‘badi’ 43 tahun untuk layak beraksi ke Piala Asia, tahun depan di bawah kelolaan jurulatih, Kim Pan-gon.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad negara menamatkan kemarau 15 tahun selepas kali terakhir beraksi dalam kancah bola sepak terbesar benua Asia itu pada 2007 selaku tuan rumah. Lebih manis, ini adalah kali pertama skuad negara layak secara merit dalam tempoh 43 tahun selepas edisi 1980. Sumber, K! ONLINE

Masuk Hospital Balik Setelah 4 Hari Bersalin, Syatilla Melvin Dedah Apa Yang Berlaku Dan Ini Keadaan Terkininya

Empat hari selepas melahirkan anak ketiga melalui kaedah operasi, pelakon Syatilla Melvin kembali dimasukkan ke sebuah pusat perubatan kerana mengalami masalah sakit kepala dan tulang belakang. Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh isteri kepada Shaheizy Sam itu dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya. “Hari keempat selepas operasi, tumpas lagi ke pangkuan hospital. Kena serangan spinal headache yang sangat teruk. Tidak boleh bangun dan susukan bayi,” ujarnya.

Hari keempat selepas operasi, tumpas lagi ke pangkuan hospital

Menerusi ruangan komen, Syatilla dilihat sempat berbalas gurauan dengan adiknya iaitu Syifa Melvin yang meragui kakaknya itu serik untuk kembali hamil. “Bagilah ruang anak aku jadi cucu bongsu lama sikit,” jawab Syatilla.

Syatilla selamat melahirkan anak ketiga pada Isnin.

Syatilla selamat melahirkan bayi perempuan pada Isnin lalu bersamaan 8 Syawal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Anak ketiga pasangan ini diberi nama Salama Samheizy. Untuk rekod, Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 2. Sumber, Mstar

Syatilla Melvin Bakal Lahirkan Anak Ketiganya, Kini Suami Tampil Pohon Doa Dan Dedah Keadaan Terkini Isterinya

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin terkenang zaman awal percintaannya bersama suami yang juga aktor, Shaheizy Sam kira-kira sembilan tahun lalu. Pantas masa berlalu, Syatilla yang mesra disapa Tilla kini sedang menanti detik bers.alin anak ketiga mereka. Ya Allah bila tengok gambar ni, tesedaq yang anak nak masuk 3 orang dah rupanya. Alhamdulillah rezeki Allah. Teringat masa zaman-zaman rancak bercinta, 2013 macam tu Sam buat s.uprise muncul sorang-sorang depan rumah Tilla kat Penang raya kedua. “Ntah pasti kawin ntah tidak masa tu!. Ya Allah sekarang ni anak besepah dah. Percaturan Allah sangat hebat!,” tulisnya di Instagram.

Berdebar Tak Tahu Nak Kata

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin malam tadi berkongsi perkembangannya sebelum melahirkan anak ketiganya, hari ini. Menerusi Insta Stories, isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu memuat naik video ke yang sudah pun tiba di h.ospital kira-kira jam 1 pagi. “Sekarang pukul 1 pagi. Nak p.otong perut pukul 7 ke 7.30 pagi. Pukul 1 pagi baru datang ke h.ospital. Rasa macam mana?,” seloroh Tilla. Menerusi perkongsian seterusnya, peserta Dewi Remaja sezaman Neelofa ini turut berkongsikan suasana biliknya.

“Inilah bilik daripada anak fi.rst, s.econd sampai anak yang nombor tiga di bilik yang sama. Berdebarlah tak boleh nak kata. Ya Allah doakan Tilla. Sam sentiasa ada dekat belakang ibu,” katanya lagi. Sementara itu, Tilla turut meminta doa yang baik-baik daripada semua yang berjanji untuk berkongsikan wajah permata hati bongsunya buat tatapan peminat. “Mai tunjuk muka sat, malam satgi nak kena a.dmit dahhhh. Esok pagi nak bok keluaq baby dah!. Ya Allah tak sabaq. Esok kami u.pdate muka baby teroih na. doakan Tilla,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sam Beritahu Keadaan Terkini

Tengah tunggu dekat w.aiting area, tilla dah dekat dalam ot, h.opefully semuanya ok lah, doakan yang terbaik. Syatilla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy. Sumber, Online Malaya

Hampir Sebulan Kena Banned, Sekali Ini Tindakan Yang Syatilla Melvin Buat Pada Akaun Miliknya Dan Berjaya

Syatilla seronok dapat balik akaun TikTok. Selepas sebulan akaun TikTok digantung tanpa sebab, pelakon Syatilla tidak menyangka tindakannya membuat aduan dalam loghat utara membuahkan hasil. Menurut Syatilla, dia bersyukur akaun yang mempunyai lebih 300,000 pengikut itu akhirnya aktif semula. “Weh TikTok aku dah sebulan kena banned. Dapat email beritahu kena banned permenantly. Tapi tadi tergerak hati nk buat report! So aku ni tulis la report dalam bahasa Melayu utara sebab lagi confident tulis Melayu. Selepas berapa jam terus dapat balik akaun Tiktok aku” ujarnya.

Tapi tadi tergerak hati nk buat report! So aku ni tulis la report dalam bahasa Melayu utara sebab lagi confident tulis Melayu.

Menerusi aduan yang dibuat itu, Syatilla memberitahu kandungan yang dimuat naik dalam akaun tersebut hanyalah berkaitan kehidupannya sendiri. “Saya ni buat content jadi diri sendiri. Saya tak tau pasaipa (kenapa) orang pakat report TikTok saya. Tolong sat buat apa yang patut, saya ketaq kepala dah nak buat content ni” ujarnya dalam aduan berkenaan.

Syatilla bersama suaminya Shaheizy Sam.

Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian isteri kepada Shaheizy Sam itu dan menganggap pengendali aplikasi tersebut faham dengan dialek utara tersebut. “Lepas ni tulis bahasa Melayu saja la, jenuh nak tulis bahasa Inggeris. Cakap utara baru depa faham eh? Pengasas TikTok orang Kokdiang weh” tulis beberapa warganet. Namun ada juga yang memberitahu aplikasi tersebut mempunyai pejabat di Malaysia dan kakitangan berbangsa Melayu. “Office TikTok memang ada kat Malaysia, staf dia ada yang Melayu, sepatutnya memang tiada masalah kot” tulis warganet. Sumber, Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.