Tular wanita tampil suarakan cara layanan klinik kerajaan pada pesakit, sekali ramai tampil luah rasa setuju

Viral

Tular baru-baru ini, di mana salah seorang pengguna di laman TikTok menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap servis yang diterimanya semasa mendapatkan rawatan di sebuah klinik kerajaan. Video pendek yang dikongsikan oleh pemilik TikTok yang dikenali sebagai Sri Idrina ini, menarik perhatian ramai warganet sejak kelmarin sehingga tular isu tersebut di media sosial.

Doktor Sibuk Menaip?

Dalam video pertama yang dikongsikan, wanita ini mendedahkan bahawa doktor yang dijumpai memberi respon dan layanan sambil lewa. Menurut Idrina, doktor tersebut sibuk menaip daripada fokus mendengar masalah dan sakit yang dialaminya. Menerusi video kedua yang dimuatnaiknya pula, Idrina berkongsi bahawa dirinya mendapat banyak komen-komen dari petugas kesihatan yang marah dengan video pertama yang dikongsikannya.

“Ya, doktor-doktor. I faham kenapa you marah. Let me explain. Ok, I cakap “tukar semua, tukar semua doktor-doktor klinik kesihatan” jadi you marah lah kan. Doktor-doktor semua rasa marah lah kan. Kalau bukan semua, tukarlah yang jenis buat muka seringgit. Tahu tak muka seringgit tu apa? Muka seringgit tu adalah bila kita masuk .. Pastu baru cakap sakit bahu, dia dah taip.. Dia tak dengar dulu. Dia tak dengar langsung.” Ujarnya

Warganet Dan Segelintir Petugas Kesihatan Setuju

Melihat video kedua yang dikongsikan wanita ini, ramai warganet yang memberi komen bahawa mereka juga turut bersetuju dengan apa yang dikatakannya. Malah petugas kesihatan juga turut berkongsi komen pandangan yang serupa.

“Walaupun saya jururawat, saya setuju pasal video awak kak”

“Saya seorang doktor dan saya setuju dengan awak pasal ni. Saya pun kena juga sebab bila saya pergi klinik kesihatan, saya tak cakap saya doktor dan saya terima layanan seperti ini juga. Saya lihat video awak. Ya, ianya mengenai cara konsultasi yang dijalankan dan dilakukan.” Komen mereka

“Memang betul doktor perangai seringgit memang perangai macam tu. Saya banyak kali terkena. Kita tak harap pun orang nak layan kita macam VIP sangat, tapi sekurangnya layanlah baik-baik sebab kita tak cari pasal pun dan kadang kita tak tahu apa-apa. Saya setuju dengan akak!” Komen mereka lagi.

MA ‘Sound’ Di Media Sosial

Menjengah ke video terkini Idrina pula, wanita ini berkongsi tangkap layar hantaran milik seorang penolong pegawai kesihatan (MA) di laman Facebook yang mengkritik dirinya menerusi coretan yang dimuatnaik petugas kesihatan berkenaan.

“Masa datang klinik depan doktor kau angguk, kau diam, kau tak cakap sepatah haram pun. Dapat ubat, balik.. Bila balik rumah biasalah perempuan atas bawah nak bercakap, bebel panjang buat lenggok-lenggok bdoh manjanya tu.

Sakit bahu je pun, bukan sakit nak mampus. Masa bercakap elok pula tayang dada dan bahu tu tak nampak pula deformity, swelling, redness pun. Nampak ROM tu normal je. Orang macam ni bila datang klinik elok je dicucukkan ubat tahan sakit dengan water for injection, lepas tu xray dari kepala sampai kaki, baru dia tahu.” Coret penolong pegawai kesihatan. Mengintip di laman Facebook milik penolong pegawai kesihatan tersebut, mendapati bahawa muatnaik tersebut telah dipadam.

Mahu KJ Dan KKM Ambil Tindakan

Melihat video terkini Idrina, ramai warganet berharap agar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia memantau penolong pegawai kesihatan tersebut dan mengenakan tindakan yang sewajarnya. “Harap KKM ambil tindakan dekat Azrul tu. @Khairykj tengok anak buah anda, saya fikir dia terlalu biadap sebagai penjawat awam. @Khairykj tuan tolong tengok staf ni, siap cakap nak mampus dekat pesakit. Nak cucuk air.. Allahu. Ya Allah janganlah aku jumpa MA macam ni masa aku sakit.. Kita tak berduit..” Pinta mereka. Sumber, Murai.my & tiktok Sri Idrina

Leave a Reply

Your email address will not be published.