Lofaa kongsikan cara buat air sampai masuk fyp tiktok, tapi benda lain pulak yang jadi tumpuan warganet

artis

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa nampaknya sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila salah satu video terbaharu dikongsikannya di aplikasi TikTok menjadi tular sekali gus dengan cepat masuk keruangan fyp atau for your page. Ini kerana dalam video Neelofa yang merasa ragu-ragu jika sama ada akan menjadi perhatian ramai atau tidak ini mencetuskan content di akaun TikTok miliknya jadi tumpuan ribuan pengguna dan peminat. Neelofa dilihat berkongsikan video resepi istimewa air yang dihidangkannya buat suami, Haris Ismail yang mana hanya ringkas disediakan. Resepi air Neelofa ini bagaimanapun menarik perhatian pengguna air Ribena yang ingin mencuba langkah-langkah mudah yang dicampurkan dua jenis perisa iaitu strawberry dan blackcurrant.

Klik sini untuk lihat video. Perkongsian Neelofa dengan kapsyen, “Fyp ke tak ni? Adui,” menyebabkan ruangan komen juga meriah ditinggalkan ratusan reaksi dengan resepi air dikongsikannya itu selain bahan-bahan digunakan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menerima komen seloroh ramai. “Bila tengok Ribena, ohh affordable lagi sampai ke botol evian tu, dahlaa” Sumber, HCL

Ramai Terkejut Pasangan Ni Nak Berhijrah Tinggalkan Malaysia, Neelofa Dedah Nak Besarkan Anak Dengan Suami. Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa meluahkan hasrat untuk berhijrah ke tanah Arab mengikut suaminya Haris Ismail yang mahu menyambung pelajaran di sana. Selain mendedahkan anaknya dengan persekitaran di sana, Neelofa, 33, juga mahu belajar bahasa Arab dengan lebih mendalam. “Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar di sana. Dalam masa sama kami mahu dedahkan anak kepada persekitaran di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.

Ibu kepada Muhammad Bilal ini meluahkan hasrat tersebut ketika menjadi tetamu dalam rancangan bual bicara Nona di TV3 pada Ahad. Neelofa yang juga merupakan bekas pengacara rancangan tersebut dijemput menjadi tetamu sempena sambutan ulang tahun ke-38 stesen berkenaan. Dalam rancangan tersebut, Neelofa turut memberi gambaran wajah anaknya yang selama ini tidak pernah didedahkan kepada peminat. “Awalnya macam muka ayah dia, kemudian tiba tiba macam muka saya pula,” ujarnya. Sementara itu, Neelofa juga turut meluahkan hajat untuk mendalami al Quran dan berharap ia boleh menjadi kebaikan buatnya sebagai bekalan saham akhirat.

“Satu lagi impian saya adalah untuk mendalami al Quran. Walaupun suara saya tak sesedap mana ketika membaca al-Quran, tetapi saya sudah lama ingin mempelajarinya. Kalau boleh mahu turunkan ilmu itu supaya dapat dijadikan saham akhirat kelak,” jelasnya. Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka menyambut kelahiran anak pertama pada 31 Januari lalu. Sumber, Mstar Kejayaan pengacara dan usahawan popular, Neelofa banyak menjadi inspirasi buat semua peminat serta pengikut laman sosialnya. Rata-ratanya kagum dengan cara Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, dalam membangunkan empayar perniagaannya sendiri. Baru-baru ini menerusi sesi perkongsian IG Live bersama ibunya, Neelofa mendedahkan cerita restu ibu, Datin Noor Kartini Mohamed paling penting dalam kehidupannya malah dia sangat mengagumi ibunya yang dijadikan sebagai inspirasi untuknya berjaya dunia akhirat.

Menceritakan pengalamannya, Neelofa berkata dia pernah menghadiahkan ibunya sebuah sejadah berharga RM2,500 ketika pertama kali mengerjakan ibadah umrah pada tahun 2012. “Masa itu umur saya 23 tahun, pada tahun 2012. Saya pergi umrah untuk kali pertama. Masa itu berlakon drama tak banyak lagi. Sejadah itu berharga RM2,500 dan sangat berat. Gigih nak bawa balik untuk mama, saya hand carry. Lagi berharga sebab masa itu saya tak ada duit, RM2,500 rasa mahal sangat. Tapi saya fikir kalau bagi pada mama, nanti pahala mama sembahyang, dapat pada saya (seloroh Neelofa). Sampai ke hari ini, mama masih guna… masih ada dalam bilik tidur,” katanya dalam perkongsian IG Live itu.

Berkongsikan lagi mengenai peribadi ibunya yang juga merupakan seorang usahawan, Neelofa berkata sepanjang dirinya membesar, ibunya langsung tidak pernah memukul anak-anak dalam mendidik mereka. “Selama ini, Neelofa tak pernah nampak mama pukul mana-mana anak. Saya pun tak pernah dipukul oleh mama walau macam mana situasi pun. Mama sangat menitikberatkan pelajaran. Bagi tuisyen, bagi perhatian, suruh buat homework dan tanya perkembangan sekolah,” kata Neelofa lagi. Memulakan kerjaya seni selepas memenangi gelaran Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa berjaya menempatkan dirinya sebaris pelakon dan pengacara popular lain. Setelah mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, PU Riz pada 27 Mac 2021, Neelofa mengambil pendekatan memperlahankan kerjaya seni dan lebih menumpukan kepada perniagaan yang diusahakannya. Hasil perkahwinan dengan PU Riz, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu. Sumber, Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.