Masih dalam pemantauan doktor, anak dedah ini keadaan terkini Pak Hamid

artis

Pelawak legenda Hamid Gurkha, 87, kini dalam keadaan stabil walaupun masih menjalani rawatan di wad pemantauan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sejak khamis lalu. Beliau yang mesra disapa Pak Hamid itu ditahan di wad berkenaan akibat masalah kesihatan paru-paru yang dialaminya.Perkara itu disahkan anaknya Nor Ashita, 47, selain turut menegaskan bapanya kini bukanlah dalam keadaan bahaya. Katanya, tahap kesihatan bapanya itu masih memerlukan pemantauan daripada doktor sebelum ditukarkan ke wad biasa. “Keadaan Pak Hamid sekarang ini stabil, dia bukan dalam keadaan bahaya tapi masih lagi di bawah pemantauan doktor. “Dia sekarang ditahan dalam wad pemantauan (isolation ward) dan memang tak dibenarkan untuk melawat. Keluarga pun kena dapat kebenaran daripada doktor, itupun dalam lima ke 10 minit saja yang mereka bagi. 

“Doktor akan pantau dalam satu ke dua hari lagi. Kalau bacaan oksigen baik atau keadaan dia kekal stabil barulah dia akan dipindahkan ke wad biasa,” katanya ketika dihubungi hari ini. Tambahnya, pihak keluarga mengharapkan proses pertukaran ke wad biasa itu berjalan hari ini supaya dia dapat segera di bawa pulang ke rumah. “Kami harapkan dia dapat ditukar ke wad biasa hari ini, jadi doakanlah agar dia dapat tukar dalam hari ini juga. Sebab selepas itu baru boleh balik ke rumah. “Sekarang ini kami tengah tunggu juga pemakluman daripada doktor sebab sekarang ini masih belum ada apa-apa lagi. Sebelum ini, Hamid dilaporkan sakit dan hanya terlantar di rumahnya akibat dijangkiti covid19 sebelum dimasukkan ke wad berikutan masalah kesihatan paru-paru. Sumber, Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published.