Ramai yang cakap Iqbal terlalu yakin, Iqbal dedah nak ganti Justin Bieber menyanyi di konsert

Viral

Baru-baru ini, kecoh di laman sosial mengenai perkhabaran sedih yang disampaikan oleh penyanyi antarabangsa, Justin Bieber yang mengakui kini sedang menghidap s1ndrom Ramsay Hunt. Merupakan sindrom yang mengakibatkan lvmpuh sebelah wajah, Justin kemudian mengambil keputusan untuk menunda konsert jelajahnya di beberapa buah bandar dan hal itu sekaligus mengejutkan ramai peminat di Malaysia.

Begitupun, lain pula ceritanya selebriti media sosial dan penyanyi kontroversi, Iqbal Zulkefli. Menerusi ruangan komen di akaun Facebook sebuah portal hiburan, Iqbal secara sukarela memberitahu yang dia sedia untuk menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia.

“Tak apa, saya ada boleh ganti. Nak dengar lagu apa? Tulis siap-siap jangan last minutes baru nak bagi list ya,” tulis Iqbal. Hal tersebut bagaimanapun menimbulkan cemvhan dalam kalangan warganet yang rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan ‘berani m.ti’ itu. “Konfiden itu penting, tapi kesedaran dalam diri pun penting.” “Saya nak booking awak untuk upacara panggil hujan. Tempat saya kemarau, tanaman semua tak menjadi. Kot-kot dengan nyanyian merdu awak boleh menyebabkan ribvt p3tir kat sini.” “Takut takda orang hadir ke konsert Iqbal.” “Sebenarnya Iqbal ni ada bakat yang sangat terpend4m, saya syorkan Iqbal pendam je bakat yang sangat terpendam tu.”

Untuk makluman, Sindr0m R4msay Hunt (herpes zoster oticus) berlaku apabila wabak kayap menjejaskan saraf muka berhampiran salah satu telinga anda. Selain ruam kayap yang menyakitkan, sindrom Ramsay Hunt boleh menyebabkan lumpuh muka dan kehilangan pendengaran pada telinga yang terjejas. Sindrom Ramsay Hunt disebabkan oleh virvs yang sama yang menyebabkan cac4r air. Selepas cacar air hilang, virvs itu masih hidup dalam sar4f anda. Beberapa tahun kemudian, ia mungkin diaktifkan semula dan apabila ia berlaku, ia boleh menjejaskan saraf muka anda. Sumber, Gempak

Dedah Ingin Habiskan Duit Raya Puluhan Ribuan Ringgit, Sekali Iqbal Tampil Beri Pesanan

Iqbal turut menceritakan bahawa dirinya menghabiskan puluhan ribu ringgit disebabkan ramai orang yang datang bertemu dengannya.  Usahawan kontroversi dan penyanyi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas terdapat segelintir pihak yang mempertikai nilai duit raya yang diberi olehnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2 baru-baru ini.

Usah Pertikai Nilai Duit Raya Yang Diberi

Menerusi hantaran di Instagram, Iqbal meminta pihak terlibat untuk tidak mempertikai nilai duit raya yang diberi olehnya yang harus memberikan duit raya kepada ramai orang. “Janganlah pertikai berapa nilai duit raya saya bagi, kepada siapa. Inikan raya. Saya perlu bagi kepada ramai orang. Satu tempat saya bagi beratus orang terima.”-Iqbal

Menghabiskan Puluhan Ribu Ringgit

Tambahnya lagi, Iqbal turut menceritakan bahawa dirinya menghabiskan puluhan ribu ringgit disebabkan ramai orang yang datang bertemu dengannya. “Langkah kaki keluar sahaja rumah, saya akan habiskan puluhan ribu ringgit kerana sangat ramai yang datang”-Iqbal Zulkefli

Tidak Jadikan Duit Raya Sebagai Syarat Untuk Beraya

Usahawan kontroversi turut menitipkan pesanan buat pihak terlibat untuk tidak menjadikan duit raya sebagai syarat untuk beraya. “Jangan minta RM1000, kasihan ramai lagi orang lain. Jika nak ikutkan orang susah, RM10,000 seorang pun tidak cukup. Jangan jadikan duit raya sebagai syarat beraya. Raikan silaturrahim bersama. Bersyukur.”-Iqbal Zulkefli

Terdahulu, media melaporkan Iqbal Zulkefli yang telah ditdvh melakukan pemerdagangan manusia selepas mengambil seorang anak angkat lelaki baru-baru ini. Malah, Iqbal turut menasihati warganet agar berhenti mengeluarkan perkataan yang tidak baik kepada anak angkatnya itu. Sumber, Murai.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.