Sampaikan keluar dating tutup pakai topi tak nak orang cam, akhirnya kini pasangan ni telah pun disatukan

Viral

Pelakon Harris Annuar meluahkan rasa syukur apabila hubungan dalam diamnya bersama isteri, aktres dan model Asha Mericam berakhir di jenjang pelamin. Menurut Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, 29, dia bertindak tidak mendedahkan jalinan cinta bersama Asha adalah atas faktor belum pasti dan takut tidak menjadi. Menceritakan detik perkenalan sehinggalah disatukan dalam sebuah majlis yang cukup indah, Harris mendedahkan dia sering mengenakan topi setiap kali keluar berjanji temu bagi mengelak dicam orang ramai.

“Sebenarnya kami dah empat tahun berkenalan. Dalam masa empat tahun tu ada turun naik tapi alhamdulillah disatukan. Sebenarnya dulu kalau saya keluar dating, saya akan pakai topi supaya orang tak cam. Kami juga bukan jenis yang hebahkan perhubungan, kalau kami share pun hanya di ‘close friends’ di Instagram. Bukanlah kata nak menyorok ke apa cuma benda tu kita tak tahu akan jadi ke tak kan, jadi lebih baik kita berdiam diri. Takut terlalu dedahkan nanti tiba-tiba tak jadi, jadi isu pula. Empat tahun kami diam, alhamdulillah menjadi akhirnya,” jelas Harris.

Harris dan asha ditemui selepas majlis resepsi mereka yang diadakan di Magica Event, Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam pada Ahad. Tambah Asha pula, dia mengambil masa yang agak lama untuk menerima kehadiran Harris sebagai suami kerana pada asalnya dia masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang. Tapi apabila melihat usaha dan kasih sayang yang tidak berbelah-bahagi Harris kepadanya, membuatkan Asha bersetuju untuk berkahwin.

“Harris ni seorang pemuda, anak yang sangat baik. Susah nak jumpa lelaki macam Harris. Sebenarnya niat nak berkahwin tu banyak kali Harris dah ajak. Tapi bila dia nampak bersungguh dan bersedia, datang kampung untuk jumpa keluarga saya, baru saya terima. Bulan madu Insya-Allah lepas habis segala penggambaran drama, ikutkan perancangan bulan Ogos ni kami nak menunaikan umrah terlebih dahulu. Bulan September baru kami akan berbulan madu di Switzerland,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Harris Annuar selamat bergelar suami kepada Asha dengan hanya satu lafaz pada jam 4 petang di lokasi yang sama. Pada majlis terbabit, Harris menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001 kepada Asha beserta lima dulang hantaran, manakala pihak Asha membalas dengan tujuh dulang. Sumber, Gempak

Calar sikit saja – Harris Annuar

Malang tidak berbau, pelakon meningkat naik, Harris Anuar ditimpa musibah Selasa lalu. Khabar duka itu dikongsikan menerusi akaun Instagramnya beserta gambar menunjukkan mata sebelah ditampal kain pembalut.

“Hari itu dah tebuan kali ini haihhh (keluhnya). Itulah orang cakap jangan main basikal waktu-waktu raya, degil. Tragedi malam raya kedua. Alhamdulillah tiada luka yang serius. Calar sikit sahaja,” luahnya ringkas.

Di ruangan komen, rata-rata rakan artis terkejut dengan keadaan pempengaruh media sosial berkenaan selain mendoakan kesembuhannya. “Ya Allah semoga cepat sembuh,” komen pereka fesyen, Hatta Dolmat. “Weh apa sudah jadi,” komen Ozlynn. “Harap mata awak okey ya Aboy,” komen Catriona Brian Ross. Dalam pada itu, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu kini sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. Sumber, Utusan.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.