Ada yang cakap Puterii Sarah berpisah dengan suami lepas pulang dari tanah suci, tapi ini pulak respon Puteri Sarah

artis

Kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dengan pengarah Syamsul Yusof masih belum menemui titik noktah. Terbaru, perkongsian Puteri Sarah di Instagram Stories pada Jumaat menarik perhatian warganet. Hantaran itu memaparkan tangkapan skrin perbualan Puteri Sarah dengan individu yang tidak diketahui identiti. Individu terbabit menyatakan pihak ketiga mendakwa pasangan ini akan berpisah selepas Puteri Sarah pulang dari menunaikan ibadah umrah pada Mei lalu. Ketika dihubungi OhBulan, Puteri Sarah, 37, menafikan dakwaan daripada pihak ketiga itu. Kata pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia masih memegang status isteri yang sah.

Status kami masih suami isteri. Sebenarnya, malas nak komen banyak tapi kalau ini rancangan pihak ketiga, semoga berjaya la. Memang dari dulu sakan dia bercerita itu ini. Tak taulah apa rancangan pihak sana bercerita menyampaikan dekat orang ramai. Sebelum ini, Puteri Sarah mengmuk kepada anak pelakon veteran Kazar iaitu Ira yang masih menganggu rumah tangganya sejak tahun 2019. Ditanya mengenai nafkah, pelakon drama Melastik Ke Hatimu memberitahu Syamsul masih melaksanakan tanggungjawabnya malah kerap berjumpa dengan anak-anak. Nafkah anak-anak macam biasa memang tak pernah abai. Syamsul ada datang jumpa selalu. Okey saja tak ada masalah. Dalam pada itu, Puteri Sarah menyatakan dia sudah melantik peguam, Datuk Akberdin dari Tetuan Akberdin & Co untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan kes tersebut. Saya dah proceed. Sekarang semuanya ada pada peguam saya. Bila dah dapat tarikh mahkamah, saya akan bagitahu. Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Sumber, ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.