Dikatakan punca pasangan ni berpisah, kali ni Azra Diera tampil jelaskan

Viral

Menyifatkan segala yang berlaku ketentuan Tuhan, pertemuan Azri Iskandar, 54, dengan penulis, Azra Diera Abdul Hamid yang did.akwa pelakon itu terjadi selepas 12 hari dia berpisah dengan bekas isteri, Ellie Suriaty, bulan lalu, membuka lembaran baharu.

Biarpun dikritik dek belum cukup sebulan berpisah dengan Ellie, namun, sudah mula mencari pengganti, Azri tidak dapat menepis aura Azra dengan kebolehannya bermain mata pena dan kejelitaan wanita berusia 43 tahun itu. Terpikat dengan segala yang dimiliki Azra, Azri tidak menunggu lama untuk melamarnya sebagai suri hidup.

Peminat yang terkejut dengan keputusan Azri untuk berkahwin, tertanya-tanya apa yang mendo.rong aktor ini bernikah sekali lagi, tidak kurang membuat spekulasi konon Azra punca runtuhnya mahligai dibina dengan Ellie hampir dua dekad. Saya jumpa Azra 12 hari selepas berpisah dengan Ellie. Azra adalah penulis skrip untuk drama yang saya lakonkan. Jadi, dkwaan saya ada perempuan lain tidak benar.

Bukan Azra punca perpisahan kami. Saya dan Ellie berpisah pada 17 Mei lalu. Saya jumpa Azra pada 29 Mei. Bagi saya keputusan untuk bernikah semula bukanlah terburu-buru. Usia saya bukan lagi muda, begitu juga Azra. Tidak sesuai kami bercinta seperti lagak orang muda. Selain itu, kami ingin mengelak ma.ksiat jika bercinta atau bertunang lama-lama,” d.akwanya.

Justeru, Azri yang bakal bertemu keluarga Azra di Perlis, dua minggu lagi berharap spekulasi konon Azra jadi punca perpisahannya dengan Ellie tidak menjejaskan hubungannya dengan keluarga bakal isteri. Ditanya apa keistimewaan dimiliki Azra sehingga dia nekad berkahwin dengan wanita itu, Azri menganggap semuanya ketentuan Allah. Azri bagaimanapun mengaku suka wanita yang pandai menulis dan terpikat dengan kecantikan Azra.

Azra terlalu istimewa. Saya cair kerana dia pandai menulis dan cantik. Lagipun, Azra percayakan saya. Dia cakap kalau saya serius dengan perhubungan kami, dia minta saya berjumpa orang tuanya. Jadi, saya penuhi permintaannya. Kebetulan bapanya ingin berkenalan dengan saya. Sebaik ada waktu berikutan saya sedang shooting, saya akan ke Perlis untuk mengunjungi keluarga Azra, katanya. Selepas pertemuan itu, Azri merancang menghantar ibu saudaranya untuk meminang Azra.

“Kami tidak mahu tunggu lama, kalau boleh saya ingin bernikah dahulu. Seminggu dua selepas itu barulah saya merancang mengadakan majlis persandingan,” katanya. Ditanya bagaimana penerimaan anak-anak, Azri berkata, mereka merestui perhubungannya kerana melihat dia gembira. Azri juga tidak mempedulikan kata-kata warganet dengan keputusannya berkahwin.

Tambah Azri, rata-rata yang tidak menyokongnya adalah golongan muda terutama pelajar sekolah. Namun, kelompok berusia tidak menunjukkan reaksi n.egatif. “Terpulanglah orang hendak kata apa sahaja. Ada yang kata saya ingin mempermainkan Azra dan begitu juga sebaliknya. Sebenarnya, tidak tidak terlintas langsung soal itu,” katanya.

Akhirnya Tampil Beri Penjelasan

Selepas pelbagai spekulasi timbul mengenai ke.melut rumah tangga pelakon, Azri Iskandar dan Ellie Suriaty, kali ini kekasih baru pelakon itu pula tampil memberikan respons mengenai kritikan dan ftnah yang dilemparkan terhadapnya. Azra Diera Abdul Hamid, 42, tidak menyangka menerima ftnah dan tohmahan yang dilemparkan sehingga ada yang melabelnya sebagai orang ketiga dan menurutnya, ia tidak tepat sama sekali.

Memetik laporan, Azra menyifatkan dia bukanlah penyebab kepada perc.eraian pasangan pelakon itu kerana dia hanya mengenali Azri pada 29 Mei lalu atas urusan kerja bagi sebuah projek drama sahaja. Saya cuma mengenali Azri pada 29 Mei lalu atas urusan kerja sebuah projek drama. Sebelum ini, saya cuma letak nama di dalam proposal dan skrip yang saya tulis sahaja itu pun atas cadangan produser.

“Waktu itu, saya tengah b.usy siapkan p.roposal untuk pihak RTM. Saya kena pastikan semua pelakon yang dipilih sesuai dengan watak yang saya tulis,” katanya. Malah, kesibukannya terhadap kerja melibatkan kerja belakang tabir menyebabkan dia tidak mengetahui langsung mengenai k.es perpisahan Azri. Sehinggalah pada 29 Mei lalu ketika beliau perlu berjumpa dan berbincang berkenaan watak yang perlu dibawakan dan isu skrip. “Perbincangan kami juga langsung tidak menyentuh tentang hal-hal peribadi. C.elah mana pula, saya ini jadi orang ketiga?,” jelasnya. Sumber, Online Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.