Baru je habis Gegarvaganza lama Adibah Noor mendiamkan diri, kini penampilan terbarunya buat ramai terkedu

Viral

Menerusi satu perkongsian terbaru di akaun Instagram, penampilan terkini penyanyi Adibah Noor menjadi perhatian ramai. Adibah yang dilihat memakai busana baju kurung oren dalam foto berkenaan dilihat lebih langsing berbanding imejnya sebelum ini.

Difahamkan, gambar itu memaparkan Adibah sedang menjalankan tugas sebagai hos untuk sebuah majlis. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang memuji Adibah semakin langsing dan cantik. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Adibah diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan. Sumber, Rotikaya

Semakin kurus! Adibah Noor amalkan 6 suap setiap kali makan… Jaga kesihatan kerana faktor usia

Adibah berjaya turunkan berat badan dengan amalan diet sendiri. Penampilan terbaharu penyanyi Adibah Noor yang dilihat semakin kurus berbanding sebelum ini mencuri tumpuan ramai. Adibah, 52, yang berkongsi foto terkini di Instagram pada petang Rabu menerima pelbagai respons warganet yang kagum dengan imej baharunya itu.

Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar bagaimanapun enggan mendedahkan berapa berat badannya sekarang ini termasuk jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan mengamalkan cara tersebut. “Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia. Kalau dahulu boleh makan nasi lemak tiga bungkus sekarang hanya satu sahaja. Mula-mula memang susah nak amalkan, namun sekarang sudah biasa.

Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia

“Saya juga amalkan senaman ringan berjalan-jalan sekitar kawasan rumah sahaja,” ujarnya. Berkongsi amalan permakanannya, Adibah berkata, dia hanya mengambil enam suapan setiap kali makan untuk mendapatkan bentuk badannya seperti sekarang ini. “Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan makan enam suap sahaja setiap kali makan.

Adibah elak mengambil makanan diproses.

“Selain itu saya tidak mengambil makanan yang diproses. Sebagai contoh kalau beli burger di tepi jalan, saya akan cari gerai yang membuat dagingnya sendiri dan bukan telah diproses. Saya akan cari makanan yang dimasak segar dan tidak menggunakan makanan yang diproses atau dalam tin,” katanya. Sumber, Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.