Terpaksa batalkan konsert yang bakal berlangsung dalam masa terdekat ni, sekali rupanya ini yang jadi pada Justin Bieber

Viral

Dunia industri hiburan antarabangsa dikejutkan dengan satu khabar berita mengenai bintang pop terkemuka, Justin Bieber mengalami lumpuh separuh wajah akibat diserang virus Ramsay Hunt Syndrome.

Justin alami lumpuh separuh wajah

Berita berkenaan dikongsikan sendiri oleh Justin di Instagram (IG) dengan keadaan matanya yang tidak dapat berkelip dengan normal dan sukar untuk senyum. Virus tersebut telah srang saraf di telinga saya dan saraf muka sehingga menyebabkan separuh muka saya jadi lumpuh. Seperti yang anda lihat sekarang, mata saya tidak berkelip dan saya tak boleh tersenyum dari sisi muka saya. Lubang hidung saya tak bergerak jadi terdapat kelumpuhan penuh di bahagian muka. Bimbang masalah kesihatannya akan menjadi semakin serius, penyanyi berusia 28 tahun ini mengambil keputusan untuk berehat sehingga keadaannya pulih.

Terpaksa batalkan konsert

Dalam pada itu, dia turut memohon maaf kepada para peminat kerana terpaksa membatalkan konsertnya yang bakal berlangsung dalam masa terdekat. Ini agak serius seperti yang anda lihat. Saya harap sakit ini tidak berlaku tapi badan saya memberitahu supaya saya perlu perlahankan kerja saya. Saya harap semua faham dan saya akan menggunakan masa ini untuk berehat dan akan kembali sihat 100 peratus. Saya percaya semua ada sebabnya. Saya tak pasti apa yang betul tapi kini saya akan berehat. Sumber, Oh bulan

MK K Clique Minta Peminat Bukakan Rantai, Sekali Ada Yang Kaitkan Dengan Konsert Justin Bieber

Siapa tak kenal dengan rapper terkenal Malaysia ini, baru-baru ini penyanyi MK K-Clique menjadi perhatian apabila tular sebuah video di media sosial penampilan dirinya dengan rantai. Bukan aksesori itu yang menjadi topik ramai tetapi momen manis MK bersama seorang peminat wanita. Menerusi perkongsian video di TikTok, MK telah membuat hati peminat berdebar selepas meminta pertolongan dari seorang wanita bertuah untuk menanggalkan rantai yang dipakainya. “Tolong buka,” kata MK. Dalam keadaan menggigil, wanita bertudung itu berjaya menanggalkan dan rantai itu diberikan kepadanya. Malah, dia juga sempat berswafoto dengan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan. MK berbuat demikian ketika di acara Absolut Food Festival 2022 yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Dimana ustaz dan ustazah kata warganet

Rakaman itu mendapat pelbagai reaksi dan respon daripada warganet. Ada segelintir yang bertindak mengaitkan dengan konsert penyanyi antarabangsa Justin Bieber yang sebelum ini pernah dijadikan isu oleh penceramah bebas, Iddin Ramli. Selain itu, warganet juga menegur dari aspek adab pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam syariat Islam. Bagaimanapun, ada juga pengikut pelakon drama The Hotel yang cemburu dan kecewa selepas melihat momen bahagia itu. Sebelum ini, penceramah bebas itu mendakwa tiket penyanyi kelahiran Kanada itu pasti akan habis dijual walaupun harganya mencecah RM2,088. Tindakan penceramah itu melakukan perbandingan antara konsert Justin Bieber dan kelas agama yang dianjurkan olehnya sepanjang Ramadan telah menerima kritikan ramai. Sumber, TikTok @sakinahaili

Kekasih tak lagi belajar agama, Ini jawapan MK K-Clique. Sering kali diasak pertanyaan tentang teman wanita, penyanyi dan pelakon, MK K-Clique mempunyai alasan tersendiri mengapa perihal tersebut tidak diuar-uarkan kepada umum. MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, tiada sebab buat untuk sorok kisah kekasih namun banyak hati yang perlu dijaga demi kepentingan bersama. “Sekarang ini, saya bekerjasama dengan banyak pihak. Jadi, saya perlu mengawal kelakuan bagi menjaga imej. “Setakat ini, saya akan kongsi sahaja kalau ada apa-apa yang perlu dikongsi. Cuma sekarang, saya nak menunjukkan imej yang baik. Menjadi contoh yang baik buat orang ramai, itu sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online.

Anggota kumpulan hip hop, K-Clique itu ditemui pada majlis pra pelancaran telefilem Rompak di ibu negara yang turut dibintangi pelakon hebat lakon seperti Zizan Razak, Tony Eusoff dan Daiyan Trisha. Ditanya sama ada dirinya sudah berpunya atau belum, jawab MK: “Saya belum (berpunya), insya-Allah belum. Kena selidik jauh-jauh sikit. “Saya sedang dalam proses memperbaiki diri dan menyayangi orang-orang yang ada di sekeliling. Mereka yang berada di belakang saya sekarang. “Ibu di kampung pun tiada paksaan (tentang jodoh). Target untuk berumah tangga belum ada tapi insya-Allah tengok rezeki macam mana, kalau ada,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ditanya tentang proses mendekatkan diri ke jalan agama, pelakon drama rantaian The Hotel itu memaklumkan, perjalanan rohani tetap berjalan namun dia takut untuk berkongsi dalam sosial media. “Masih (belajar agama) tapi cuma jarang kongsi dalam sosial media. Bukan apa, saya takut orang label saya riak dan menunjuk-nunjuk. “Insya-Allah, masih lagi mendekatkan diri (kepada agama) dan terus memperbaiki diri menjadi orang lebih baik. Sebab saya sedar, sekarang ramai yang jadikan kita sebagai ‘role model’. Dari golongan kanak-kanak dan orang dewasa, menjadi tugas saya tunjukkan contoh yang baik,” ujarnya.

Untuk rekod, MK tidak pernah berkongsi terperinci tentang teman wanitanya kepada umum. Teka-teki mengenai siapa ‘buah hati’nya hampir terjawab tahun lalu apabila dia memeluk erat seorang wanita yang akhirnya didedahkan sebagai kakak kandungnya. Sekitar pertengahan tahun lalu, lelaki berusia 26 tahun itu turut mengejutkan orang ramai apabila mengikuti kelas agama bersama jemaah tabligh di Jerantut, Pahang. MK juga perlahan-lahan berubah dari segi imej, terutama tidak lagi menggayakan fesyen berantai ala mafia atau samseng menerusi kebanyakan hantaran status dalam perkongsian media sosial terutama Instagram. Sumber, kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published.