Anak tak setuju bapa terburu buru nak kahwin, sekali ini pesanan ringkas anak Azri Iskandar buat Dr Azra

Viral

Pengakuan seorang wanita yang mend4kwa bercinta dengan Azri Iskandar selepas aktor itu berpisah dengan Ellie Suriaty turut mengejutkan anak pasangan itu, Azrell Omar. Ujar Azrel, 18, juga terkejut dengan pengakuan wanita dikenali sebagai ‘F’ yang mendkwa pernah pulang ke kampung bersama bapanya.

“Dalam tempoh 18 tahun ni rasanya saya tak tertinggal banyak sangat benda untuk tak tahu apa yang berlaku di sebalik perkahwinan mereka. Saya terkejut sebab masa ayah balik kampung hari tu dia kata balik seorang sahaja, tiba-tiba keluar berita macam ini. Pertama kenapa perlu tipu? Kedua benda ni terlalu tiba-tiba. sebagai anak saya faham tapi ada rasa kecewa dengan tindakan ayah,” katanya.

Wanita bernama F mendakwa bekas kekasih Azri Iskandar.

Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai ‘F’ membuat pendedahan secara eksklusif bahawa dia berasa dipermainkan apabila aktor itu membuat keputusan berkahwin dengan wanita lain. Wanita itu memberitahu dia sudah berjumpa dengan keluarga Azri sebelum mendapat tahu pelakon itu akan berkahwin dengan wanita bernama Azra. Dalam pada itu Azrell berkata dia dan adik-beradik yang lain berasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bapanya yang mengambil keputusan untuk berkahwin baharu ketika ibu mereka masih dalam tempoh edah. Dia juga memberi nasihat kepada Dr Azra untuk mempertimbangkan semula keputusan berkahwin dengan bapanya selepas timbul pelbagai isu yang melibatkan aktor tersebut.

Saya dan adik-beradik tak setuju apabila ayah buat keputusan untuk kahwin baharu sebab mereka baru sangat berpisah

“Saya dan adik-beradik tak setuju apabila ayah buat keputusan untuk kahwin baharu sebab mereka baru sangat berpisah. Lebih baik dia fokus kepada diri dan kerjaya dia. Saya tanya ayah betul ke? Kenapa cepat sangat? Dia kata hanya nak kenal-kenal dulu. Kepada Dr Azra mungkin dengan apa yang telah terjadi ini, anda boleh pertimbangkan kembali keputusan nak kahwin dengan bapa saya. Awak nilai la sendiri,” ujarnya.

Azrel tidak bersetuju ayahnya kahwin terburu-buru.

Ketika ditanya tentang keadaan ibunya selepas berpisah, Azrell berkata Ellie seorang wanita yang kuat kerana masih dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. “Ibu saya adalah seorang yang kuat sebab dalam benda macam ni terjadi dia masih teruskan kehidupan harian dia dengan bekerja. Dia pandai asingkan masalah dengan kerja, jadi tiada apa yang boleh menghalang dia. Saya nak minta maaf kalau ayah saya ada DM atau chat dengan mana-mana wanita dan berjanji apa-apa sebab dia baru berpisah… mungkin itu cara dia legakan hati,” ujarnya.

Pelakon P0ntianak Harum Sund4l Malam itu mengumumkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dalam masa terdekat. Untuk rekod, Azri dan Ellie Suriaty berpisah tlk satu di Mahk4mah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Sumber, Mstar

Azri Dedah Perasaan Setelah Berpisah Dengan Ellie Suriaty Dan Ini Respon Azri

Selepas 19 tahun hidup bersama pelakon Ellie Suriaty, aktor Azri Iskandar mengakui bukan sesuatu mudah untuk dia menyesuaikan diri apabila kembali bersendirian selepas bergelar duda pada Selasa lalu. Mengakui ia satu keputusan yang berat, pelakon berusia 54 tahun ini bagaimanapun tidak menolak jika satu hari nanti mereka ditakdirkan rujuk semula dengan Ellie sebagai suami isteri.

“Saya reda dengan takdir yang sudah tertulis. Sekarang ini saya masih dalam keadaan keliru betul ke dah berpisah… nak menyesuaikan diri. Azri masih anggap Ellie sebagai kawan baiknya. Nak kena terima hakikat dah kembali single. Jadi, saya pun tak tahu perasaan sekarang macam mana. Harap peminat doakan kebahagian saya dan Ellie Kalau satu hari nanti kami berbaik dan nak rujuk semula, tak ada siapa akan halang kecuali kalau kami dah berkahwin lain,” katanya.

Pasangan ini mengesahkan sudah berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur pada Selasa dengan talak satu. Menurut Ellie, 52, keputusan untuk dibuat kerana sudah tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan itu. Bagi saya, Ellie adalah individu yang banyak berjasa dalam hidup saya.

Dalam pada itu, Azri memberitahu hubungan dia dengan Elly masih baik malah menganggap bekas isterinya seperti kawan baik. Azri berkata, dia tetap berterima kasih kepada Ellie yang menjagannya ketika dia berdepan dengan masalah kemurungan yang teruk selepas dipecat dari filem Leftenan Adnan pada 2000.

“Hubungan kami masih baik… saya pun masih anggap Elly sebagai kawan baik dan ibu kepada anak-anak kami. Bagi saya, Ellie adalah individu yang banyak berjasa dalam hidup saya. Masa saya alami kem.rvngan teruk sampai macam nak gila disebabkan kena pecat dari filem Leftenan Adnan 22 tahun lalu, dia la yang menjaga saya,” ujarnya.

Anak bongsu tinggal bersama Ellie manakala anak lelaki dengan Azri. Untuk rekod, Azri Iskandar, 54, dan Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar mendirikan rumah tangga pada tahun 2003. Pasangan selebriti itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang meninggal dunia sebelum dilahirkan.

Sebelum Ellie, Azri pernah berkahwin dengan Roziana Salim pada 1992 namun berpisah pada 1999 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Sementara itu, pelakon drama Single Terlalu Lama ini memberitahu bekas isterinya berpindah di kawasan perumahan berdekatan bagi memudahkan anak-anak untuk berulang-alik ke rumah mereka. “Dia pun pindah di kawasan berdekatan juga. Anak bongsu tinggal bersama dia manakala anak lelaki dengan saya. Kalau mereka rindu boleh saja ulang alik,” katanya. Sumber, Limau Asam Boi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.