Tular wanita akui dilamar Azri Iskandar lepas 2 hari mereka berpisah, siap bawa jumpa keluarga dan ini respon wanita tersebut

Viral

Baru sahaja mengumumkan bakal berkahwin dengan penulis skrip bernama Dr Azra Diera, muncul pula seorang wanita yang mendakwa dipermainkan pelakon Azri Iskandar. Wanita yang mahu dikenali sebagai F mendakwa aktor itu pernah berjanji untuk bernikah dan sudah berjumpa keluarga Azri di kampung. Berkongsi lanjut perkenalan dengan pelakon itu, F berkata, dia mengenali Azri sejak lima tahun lalu namun berhubung semula dua hari selepas Azri berpisah dengan pelakon Elly Suriaty.

“Saya dah kenal dia dalam lima tahun, dah lama lost contact. Tapi apabila dapat tahu dia pisah saya just contact tanya khabar dan tanya kenapa pisah selepas 19 tahun. Hubungan tu jadi rapat balik. Dia ajak jumpa selepas dua hari pisah tu. Tapi saya taknak sebab saya tak mahu dikatakan punca keretakan rumah tangga mereka,” katanya.

F membuat pendedahan kepada mStar.

Namun kata F, dia kemudiannya bersetuju untuk bertemu Azri. “Ketika perjumpaan itu, Azri ada memberitahu niatnya untuk bernikah dengan saya dan membawa saya untuk pulang ke kampung halamannya berjumpa dengan makcik dan ahli keluarga lain,” katanya. Kata F, dia agak terkejut dengan pelawaan tersebut dan menganggap ia terlalu cepat bagi seorang lelaki membuat keputusan untuk berkahwin selepas berpisah.

Apabila jumpa tu tiba-tiba dia ajak nikah dan jumpa keluarganya kat kampung. Dia cakap nak nikah kat mana, buat kat masjid ke kat rumah.

“Apabila jumpa tu tiba-tiba dia ajak nikah dan jumpa keluarganya kat kampung. Dia cakap nak nikah kat mana, buat kat masjid ke kat rumah. Saya pun tak habis fikir lagi. Tapi saya kata benda ni baru lagi kenapa nak nikah. Apabila dia ajak balik kampung saya ikut je la, tujuan dia untuk ziarah pusara. Saya jumpa dengan keluarga dia dan ahli keluarga dia… semua baik,” ujarnya. Bagaimanapun F mengakui terkejut dan rasa dipermainkan selepas membaca berita bahawa pelakon tersebut bakal berkahwin dengan wanita lain dalam masa terdekat.

Azri dan Elly sah berpisah.

“Dia ada tunjuk perubahan sikit lepas balik dari kampung tu, lepas tu saya perasan dia rapat dengan perempuan nama Ara. Saya tanya siapa perempuan ini, dia kata hanya kawan. Saya undurkan diri. Sebenarnya saya terkilan juga tapi nak buat macam mana, apabila saya fikir balik itu adalah jodoh dia,” ujarnya. Untuk rekod, Azri dan Ellie Suriaty berpisah tlk satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 17 Mei lalu. Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim mengumumkan bakal berkahwin dengan Dr Azra Diera dalam masa terdekat. Sumber, Mstar

Ada Yang Cakap Berpisah Sebab Beza Pandangan Politik, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Pengakuan Dari Azri

Selama 19 tahun melayari bahtera rumah tangga, pelakon Azri Iskandar akhirnya mengakui dia terpaksa merelakan perpisahan yang acap kali dipinta oleh Ellie Suriati Omar sebelum ini. Pun begitu, Azri menolak alasan tidak sehaluan dalam politik menyebabkan pengarah, pelakon dan jurulatih lakonan berkenaan membuat permohonan berpisah pada 22 April lalu. Malah Azri yang juga pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu turut menafikan sekiranya isu penerimaan vaksin menjadi punca retaknya rumah tangga mereka. “Sejujurnya, saya tak mahukan perpisahan kerana saya rasa gembira dalam rumah tangga kami. Tapi saya mengalah kali ni sebab selama 19 tahun kami berkahwin, Ellie sebenarnya dah beberapa kali meminta dilepaskan.

“Cuma saya tak rasa sebab isu saya pergi mendapatkan vaksin senyap-senyap mahupun falsafah politik tak sehaluan membuat Ellie tawar hati,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini. Azri, 53, berkata dengan keadaan yang dialaminya itu adalah lebih baik mereka berpisah dan pada masa sama membesarkan kedua-dua anak mereka secara bersama daripada meneruskan hubungan yang tidak ikhlas. “Bagi saya, lebih baik Ellie minta pisah daripada dia menjalani satu kehidupan yang tak ikhlas bersama saya. “Tak apalah… dah ditakdirkan dia akan menjadi kawan saya serta ibu yang masih menjalankan tanggungjawab yang baik kepada anak-anak kami.

“Rumah tangga mana yang tak dilanda badai? Tapi normallah sekiranya dilanda taufan dan kami berbaik semula lepas tu,” tambahnya. Terdahulu, Malaysiakini melaporkan Azri melafazkan pisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 17 Mei lalu. Dia dan Ellie berkahwin pada 2003 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 13. Sebelum Ellie, Azri pernah mendirikan rumah tangga dengan Roziana Salim pada 1992. Mereka berpisah pada 1999. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata. Ditanya sekiranya dia menyedari sebarang perubahan ketara sikap dipamerkan pelakon Spinning Gasing itu sebelum berpisah, Azri menjawab: “Tidak”. “Selama dua bulan dia menjalani penggambaran filem Telaga Suriram arahan oleh Osman Ali, kami buat video call setiap malam.

“Tapi kemudian bila penggambaran terhenti sebelum bersambung di Perak, dia beri borang dan maklumkan nak berpisah tiba-tiba,” katanya. Diminta mengulas ruang untuk rujuk kembali suatu hari nanti, Azri, berkata, situasi perpisahan itu masih baru dan dia lebih selesa untuk tidak mengulas lebih lanjut. “Saya tak reti nak cakap soal rujuk. Saya masih bersedih, tipulah kalau tak sedih. Saya juga masih kecewa sebab rasa sayang. “Kami berpisah bukan disebabkan ada wanita lain atau brblah,” katanya yang bakal menggalas watak utama sebagai Tan Sri Elyas Omar pada pementasan 1 Jun ini di Panggung Bandaraya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sumber: Malaysia Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published.