Kakak tunjuk pakai kereta mewah, sekali tak pasal pasal dikatakan guna duit adik beli kereta dan ini jawapan kakak Asif

Viral

Sebut saja nama Asif Suhaimi sudah semestinya ramai mengenali bakat YouTube itu yang sering muncul dalam drama spontan Syahmi Sazli. Malah, Asif juga turut memenangi Anugerah Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 tahun lalu.

Bagaimanapun, beberapa hari ini timbul dkwaan tak sedap didengari mengenai kakak kepada Asif iaitu Nurul Atina Suhaimi yang dikatakan menggunakan duit remaja istimewa tersebut untuk membeli kereta mewah. Hasil tinjauan, Atina menggunakan kereta mewah jenis BMW berwarna putih. Atina yang juga merupakan seorang usahawan tudung kesal dengan dkwaan warganet yang kononnya dia menumpang populariti adiknya. Tidak berdiam diri, menerusi satu video di muat naik di aplikasi TkTok, Atina tampil menafikan dkwaan tersebut. Ujarnya lagi, individu yang mendvhnya itu tidaklah mengenali dirinya.

“Kakak dia ni tumpang populariti adik dia je. Kakak pakai kereta mewah makan duit adik dia tu. Wahai manusia kau sembang macam kau kenal aku, duit aku pun tak habis makan tiada makna aku tumpang duit adik aku,” katanya. Diruangan komen, rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan tdvhan yang dilemparkan kepada kakak Asif itu serta meminta Atina tidak pedulikan kata-kata negatif tersebut. Tidak kurang juga, ada warganet mengatakan mereka baru tahu Asif mempunyai seorang kakak. Sumber, mStar Online

Terkejut Bila Tiba Tiba Syahmi Sazli Umumkan Ini Minggu Akhir Jual Air Balang, Rupanya Ini Punca Buat Ramai Yang Kagum

Selepas Drama Spontan, filem pertama Youtuber dan pengarah filem terkenal, Syahmi Sazli berjudul Mael Totey The Movie dan kini Air Balang, semuanya mendapat sambutan baik ramai dan dengan pantas viral menerima pujian daripada peminat. Walau bagaimanapun, selepas berminggu-minggu Air Balang Syahmi Sazli mendapat sambutan baik selepas dijual sejak bulan Ramadan lalu, Syahmi Sazli mendedahkan bakal menutupnya. Meskipun pendedahan yang dilakukannya di Instagram peribadi mengejutkan ramai, Syahmi Sazli dipuji warganet kerana menutup disebabkan ingin mengelak beberapa faktor dan antaranya disebabkan masalah parking.

Syahmi Sazli dalam posting berkata dia risau terambil hak parking orang lain dan oleh disebabkan faktor lain juga, dia memutuskan untuk mengakhiri jualan Air Balang pada minggu ini yang mana hari terakhir jualannya itu adalah esok (Khamis) bagi menaik taraf kedainya supaya lebih besar dan selesa. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sedih kerana tidak sempat merasa air jualannya yang boleh dikatakan sangat viral mendapat perhatian media manakala sikap Syahmi Sazli yang mengambil kira faktor parking turut membuatkan warganet kagum. “Terbaik Mi, bagus berfikiran begini. Saya tabik spring ke Mi. Moga ada rezeki lain di masa hadapan”

Sumber, HCL

Ramai Yang Beratur, Warganet Puji Syahmii Sazli Walaupun Dah Jadi Jutawan Tapi Masih Sanggup Nak Jual Air Tepi Jalan. Sepanjang ramadan tahun 2022, banyak makanan yang dijual untuk juadah berbuka puasa viral dikongsikan oleh pembeli. Ada pelbagai kisah menarik yang dikongsikan dan juga sebaliknya. Antara yang begitu hangat mendapat sambutan merupakan nasi Arab daripada Cef Ammar Ali dimana ramai pelanggan sanggup beratur panjang demi mendapatkan nasi Arab dijualnya. Namun begitu itu cerita mengenai nasi, Youtuber dan pengarah terkenal Syahmi Sazli pula tidak semena-mena hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini kerana air yang dijualnya juga antara yang menjadi ‘tersohor’ sehingga mendapat pelanggan yang sanggup beratur panjang.

Terdahulu, Syahmi Sazli tular dengan menerima pujian ramai kerana berniaga air meskipun ramai mengetahui kejayaannya di Youtube mahupun sebagai pengarah filem lalu menyebabkan dia dipuji seorang yang sangat humble. Dalam pada itu, menyaksikan pula hantaran video terbaru Syahmi Sazli di Instagram, dia meluahkan rasa syukur apabila jualan air mendapat sambutan sehingga habis 860 tin susu. Warganet puji Syahmi Sazli jual air tepi jalan walaupun dah bergelar jutawan. Pengarah dan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli sekali lagi mendapat perhatian ramai selepas tularnya dia bersama isteri, Anissa Faizul dilaman sosial. Ini kerana, mereka dilihat humble berniaga air di bulan puasa.

Sikap mereka ketika berniaga juga menerima pujian oleh warganet apabila Syahmi Sazli juga digelar sebagai Youtuber paling humble meskipun kejayaannya kini bukanlah rahsia lagi. Menerusi satu perkongsian video menunjukkan gelagat Syahmi Sazli dan isteri dirakam ketika menjual air bersama. Air yang dijual mereka juga dalam pada masa yang sama difahamkan telah viral. Perkongsian video oleh akaun bernama, Milobenggg di aplikasi tersebut dihujani dengan ratusan reaksi memuji sikap Syahmi Sazli dan isterinya disamping hantaran terbabit ditinggalkan ribuan tanda suka yang setakat ini sahaja sudah meraih lebih 55,000 tanda suka.

Rata-rata warganet tinggalkan ratusan komen positif dengan sikap pasangan bahagia tersebut yang begitu humble. “Dah kaya tapi masih tetap berniaga sebab dia memang minat berniaga, orang paling humble” Hantaran video oleh Syahmi Sazli tersebut tidak sekadar menarik perhatian ramai dengan sikap humble dirinya malah air yang dijual juga dipuji apabila tidak mudah tawar malah boleh diminum sehingga ke sahur. “Menangis orang Terengganu tengok ni…” “Kau ni memang betul-betul inspirasi la, berjalan saja otak kau ya” “Selangor ada chef Ammar, Kelantan ada Syahmi Sazli” “Boleh bagi peluang perniagaan pada anak-anak” Apa kata anda? Kongsikan bersama kami. kredit, hcl

Leave a Reply

Your email address will not be published.