Leona praktikal di Airasia pakai kabel atuk, tak boleh berdiam sekali ini respon dari tuan badan buat ramai yang terdiam

Viral

Pempengaruh yang juga akan kepada aktor Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona tampil menjawab dakwaan segelintir wargamaya yang berpendapat kemasukannya sebagai pelatih industri di syarikat penerbangan popular AirAsia adalah kerana adanya ‘kabel’. Seperti yang diketahui umum, datuk Leona iaitu Datuk Pahamin Abdul Rajab KJmerupakan Pengasas Bersama serta bekas Pengerusi AirAsia Berhad. Menurut Leona, dia menafikan dakwaan menggunakan ‘kabel’ untuk menjalani latihan industri di syarikat penerbangan tersebut. “Saya beritahu datuk tentang latihan industri tersebut selepas saya dapat masuk,” ujarnya. Leona menjawab dakwaan tersebut dengan satu hantaran video di laman TikToknya. Difahamkan, Leona baru sahaja tiga hari memulakan latihan industri di syarikat penerbangan berkenaan dan banyak menghasilkan video-video TikTok untuk kegunaan laman sosial rasmi.

Nama sebenarnya, Kasih Iris Leona binti Azhar. Menggunakan nama komersial, Iris Leona. Berumur 18 tahun (2020). Berasal dari Kuala Lumpur. Lahir pada 13 Mac 2002. Anak kepada pasangan Azhar Sulaiman (bapa) dan Chempaka Emalin Pahamin (ibu). Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Hartamas, Kuala Lumpur. Menempa populariti menerusi aplikasi video TikTok. Laman sosial Instagramnya atas nama akaun @kasihirisleona sehingga kini mencatatkan lebih 206,000 pengikut. Anak kepada pelakon popular, Azhar Sulaiman. Kakaknya bernama Kasih Leia Ixora, manakala abangnya yang juga kembarnya bernama Andika Rees Pahamin. Mengumpul lebih 200,000 pengikut di TikTok. Aktif di TikTok pada Disember 2019 selepas selesai mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Mempunyai 50 buah video TikTok yang mana kebanyakannya merupakan video tarian dengan iringan lagu-lagu bertempo pantas.

Tidak menjangka akaun TiktTok diwujudkannya secara suka-suka menjadi tular di kalangan warganet. Mengambil masa 15 minit untuk menyiapkan sebuah video tarian TikTok yang berdurasi 20 saat. Rata-rata video dikongsi mencecah hingga ratusan ribu tontonan. Video TikTok dengan tontonan tertinggi sebanyak 2.6 juta adalah video tarian bersama bapanya. Mengidolakan Charli D’amelio dan Avani. Mendapat perhatian pengarah filem dan drama yang menawarkannya watak lakonan, namun ditolak buat masa ini kerana tidak begitu selesa dengan cabang seni itu. Mendapat keputusan cemerlang 7A 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). KREDIT, MSTAR,https://iluminasi.com/

Tak Mudah Nak Tegur Anak, Kini Azhar Sulaiman Jelaskan Sesuatu Lepas Minta Tegur Kelakuan Anak. Video anak Azhar Sulaiman, Leona menari bersama rakannya mengundang kritikan. Apa saja yang dikongsikan oleh anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona di laman sosial pasti menarik perhatian warganet terutamanya penampilan yang dikatakan terlalu seksi. Sudah menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan menegur kesilapan, Azhar berkata dia hanya mampu berdoa agar anaknya berubah menjadi lebih baik. Kata pelakon berusia 50 tahun ini, anak-anak yang sudah meningkat dewasa tidak sesuai lagi untuk dirotan dan perlu ditegur secara berhemah.

“Saya macam Kaza dan Normah Damanhuri… kami adalah ibu bapa, anak-anak kita bukan kecil lagi. Macam anak mereka pun dah besar juga. Sebagai ibu dan bapa, sudah tentu kita beri teguran. Tetapi apa sahaja yang kita tegur itu, bukan mudah… kita mengharapkan anak-anak akan fikir lebih jauh mengenai impak terhadap keseluruhan bukan hanya pada diri mereka tapi keluarga dan ibu bapa. Sebagai bapa, saya ambil tanggungjawab untuk menegur apa yang tidak boleh dilakukan. Tapi kalau dia masih lakukan, saya hanya berdoa semoga dia akan cepat berubah. Kita tak boleh merotan atau menjerit kepada anak-anak sekarang… apatah lagi mereka sudah besar. Jadi kita doakan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.

Azhar ditemui ketika majlis tayangan dan pelancaran filem terbaharu berjudul Rompak yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Sebelum ini, video Leona bersama rakannya sedang menari dengan memakai gaun ketat dan terdedah pada bahagian dada mengundang kritikan warganet. Rata-rata warganet menegur gadis itu supaya mengingati agama dan tidak tampil dengan pakaian yang terlalu seksi. Berkongsi mengenai perkembangan tiga orang anaknya, Azhar memberitahu mereka tidak akan mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni. Menurut Azhar, anak-anaknya mempunyai pilihan kerjaya sendiri dan kejayaan mereka juga atas usaha keras isterinya iaitu Chempaka Emalin Pahamin.

“Saya tak rasa anak-anak akan ikut jejak langkah saya masuk industri… Leona bakal menjadi seorang peguam, apa yang dia lakukan sekarang kerana ikut trend semasa orang main TikTok. Leona pun akan sambung belajar dalam bidang perundangan. Kembar dia pun dah mula bekerja. Kakaknya pula dah habis belajar dan mahu jadi ahli politik. Tiada anak-anak yang akan ikut jejak langkah saya. Bagi saya, isteri antara punca utama kejayaan anak-anak kerana ini hasil usaha kerasnya,” ujarnya. Untuk rekod, Azhar dan Chempaka Emalin Pahamin mempunyai anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora. Sumber, Mstar

PERHATIAN, Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.