Kecoh pasal Ashira menyanyi di kelab, akhirnya tuan badan tampil dedahkan sebab dia sanggup buat macam tu

artis

SeIepas dua tahun Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) berakhir, penyanyi Ashira kecewa apabila program itu tidak mampu melonjakkan namanya dalam industri seni tanah air. Akui pada awalnya dia enggan menyertai pertandingan tersebut, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, bagaimanapun tetap mencuba nasib dengan harapan ia kembali dikenali setelah sekian lama menyepi. “Sebenarnya saya sudah lama tidak berhajat untuk kembali aktif dalam industri seni. Ketika menerima tawaran GV7 pun hati saya berbelah bahagi. Namun ketika itu hanya mencuba nasib untuk kembali” “Tidaklah terlalu mengharap nama akan kembali ‘meletop’ seperti dahulu. Cuma ada sedikit rasa kecewa apabila percubaan untuk melakukan perkara yang saya minat tidak menjadi,” katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Di Ombak Resah ini juga memberitahu dia tidak banyak menerima tawaran menyanyi selepas menyertai program tersebut seperti mana yang diharapkan. Dalam kekecewaan tersebut Ashira terpaksa akur rezeki tidak berpihak kepadanya untuk mengekalkan momentum populariti dalam bidang nyanyian. “Jika ada tawaran menyanyi pun hanya sekadar bertanya. Saya memang tidak menerima banyak undangan dalam mana-mana majlis. Saya faham ramai lagi artis dalam industri seni dan ini bukan rezeki saya” “Perkara yang sama terjadi lagi kepada saya. Rezeki sebagai penyanyi bagaikan tak ‘lekat’. Dari dahulu lagi saya sudah biasa begini,” ujarnya.

Tidak mahu meletakkan harapan tinggi, Ashira dalam masa sama enggan terus tinggalkan minatnya terhadap bidang nyanyian. Justeru dia merebut segala peluang dan menerima tawaran kerja menyanyi di sebuah restoran pub seperti mana yang dia lakukan sebelum ini. “Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini memang susah hendak cari kerja. Jadi apabila ada peluang menyanyi di restoran seperti sekarang ini saya terima sahaja” “Sebelum ini pun saya menyanyi di kelab. Ini sudah menjadi kerjaya dan saya tidak akan tinggalkan bidang nyanyian kerana minat yang mendalam,” jelasnya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, mstar

Gambar Buka Tudung Menyanyi Di Kelab Tersebar, Sekali Ini Pulak Pengakuan Daripada Ashira. Bekerja sebagai penyanyi di restoran kelab setiap hujung minggu, penampilan Ashira Aziz dilihat tidak lagi mengenakan tudung menimbulkan pertanyaan dalam kalangan peminat. Menjawab kekeliruan itu, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, meminta orang ramai tidak menjadikan hal tudung sebagai isu kerana sebelum ini dia tidak pernah mengumumkan sudah berhijab penuh. “Saya tidak pernah beritahu bahawa sudah memakai tudung sepenuhnya. Sebelum ini apabila tampil bertudung saya hanya mohon doa supaya ia berkekalan. Sekarang memang saya on and off bertudung” “Dalam aktiviti harian pun, ada ketika saya keluar rumah tidak memakai tudung. Kalau dilihat cara pemakaian tudung saya pun masih belum sempurna lagi” Soal berhijab ini bagi saya bergantung atas diri sendiri. Semestinya saya mahu menjadi seorang yang lebih baik suatu hari nanti, cuma mungkin saya belum sempurna

“Mungkin disebabkan saya jarang berkongsi gambar atau video aktiviti harian menyebabkan orang ramai keliru,” katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini menolak dakwaan penampilan tidak bertudung itu adalah demi memenuhi tuntutan kerja sebagai penyanyi di restoran berkenaan. Ashira mohon doa agar menjadi lebih baik. Dalam hal ini, Ashira berkata soal berhijab adalah pilihan masing-masing dan terpulang kepada orang ramai untuk menilai penampilan tersebut.. “Bukan kerana menyanyi di tempat sebegitu saya perlu membuka tudung. Ada juga masanya saya tampil berhijab semasa membuat persembahan di sana” “Soal berhijab ini bagi saya bergantung atas diri sendiri. Semestinya saya mahu menjadi seorang yang lebih baik suatu hari nanti, cuma mungkin saya belum sempurna” “Kalau saya tampil berhijab dan menyanyi di tempat sebegitu pasti akan ada orang mengata juga,” ujarnya. Sumber, mStar/Achikdia

Leave a Reply

Your email address will not be published.