Sedihnya bila tengok Talita menangis sebab kena ejek di sekolah, tak sangka kawan cakap sampai macam ni sekali

artis

Tidak dinafikan, pemergian penyanyi berbakat dan juga isteri kepada Shuib Sepahtu iaitu Siti Sarah Raisuddin masih tetap dirasai sehingga ke hari ini walaupun sudah hampir 10 bulan Siti Sarah pergi tinggalkan kita semua. Ahli keluarga Sarah pastinya sangat rindu dengan beliau kerana hubungan mereka sekeluarga sememangnya akrab dan kehilangannya tinggalkan kesan yang sangat mendalam. Terbaru menerusi laman instagram, anak perempuan Shuib iaitu Talita jadi perhatian ramai apabila luahannya membuatkan ramai sebak. Menerusi video tersebut, dapat dilihat Talita yang mesra disapa Dekta menangis dan memeluk neneknya selepas pulang dari sekolah.

Apabila ditanya, Dekta menyatakan bahawa dirinya diejek oleh salah seorang rakan, dengan berkata “padan muka ibu dia dah tiada”. Mendengar luahan tersebut, neneknya iaitu Siti Fatimah Suberi lantas menenangkan Dekta, dan menasihati kanak tersebut supaya banyakkan bersabar. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 79k tontonan, 11,909k tanda suka dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata turut sebak mendengar luahan Dekta. Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat Covid19. Allahyarham menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos tahun lalu yang diberi nama Ayash Affan. Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Klik sini untuk lihat video

Komen warganet:

Sumber, instagram suciuwais

Selamba Je Rosyam Nor Boleh Tanya Dekat Shuib Pasal Kahwin, Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Respon Shuib. Ekoran keceloparan mulutnya yang disifatkan tidak sensitif berhubung status duda pelawak Shuib pada siaran langsung Anugerah Meletop Era 2022 (AME2022) malam tadi, pelakon Datuk Rosyam Nor menerima kritikan hebat warganet. Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin yang bertindak sebagai penyampai anugerah bersama dilihat melakukan provokasi sepertinya memaksa Shuib, 38, untuk menamatkan status duda sekali gus menimbulkan situasi kurang menyenangkan di atas pentas. “Rosyam Nor tanya Shuib dalam stesen televisyen nasional ‘kau duda terhangat sekarang. Dah lapan bulan ni kan, ada pengganti?’. “Shuib nampak sangat tak selesa (dengan soalan yang ditanyakan) tetapi berjaya menangani situasi berkenaan secara profesional namun Rosyam terus memaksa untuk jawapan,” ciap seorang pengguna Twitter.

Sementara itu, ada dalam kalangan warganet yang menyifatkan perbuatan Rosyam, 55, sebagai biadab. “Tidak berniat untuk tidak menghormati Rosyam Nor tetapi dia biadab atau bagaimana? Kasihan Shuib kena jawab dan terpaksa senyum. Ingat kelakar ke? Tolonglah matang sikit,” coret seorang warganet. Malam tadi, disebabkan acap kali diasak soalan tentang status duda, diminta ‘move on’ dan mencari pengganti isterinya, Siti Sarah, Shuib secara spontan berkata: “Kau apa hal? Lu ingat lu gangster ke?” Bagaimanapun, barangkali untuk meredakan suasana tegang, Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhammad menerangkan, bahawa dia hanya berseloroh atau berlakon di atas pentas. Kehidupan Shuib bersama empat anaknya sering menjadi perhatian umum selepas Siti Sarah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan Covid-19. Klik sini untuk lihat video.

Shuib Sedang Mengenali Seseorang

Shuib Sepahtu, 37, mengakui sedang mengenali seseorang, namun, hubungan belum tahap serius. Baginya, soal jodoh diserahkan kepada urusan Allah. Namun, enggan membuang masa, memandangkan usia bukan muda lagi. Bagaimanapun, Shuib berkata, dia bimbang orang luar meletakkan jangkaan tinggi terhadap wanita yang bakal menjadi calon isterinya, selain membandingkan dengan isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. “Saya takut wujud perbandingan yang sepatutnya tidak berlaku kerana Sarah duduk dalam kelas yang tersendiri dan teratas. Orang baharu pula adalah buku baharu yang tidak boleh dibuat sebagai perbandingan.“Jujurnya, saya sedang mengenali seseorang, namun, setakat kawan-kawan sahaja, hubungan tidak serius. Kali ini, perhubungan berbeza kerana saya bukan orang bujang yang tidak perlu fikir banyak perkara. “Saya kini berstatus duda anak empat, jadi saya tidak mahu membuang masa. Saya lebih suka bersikap ‘straight to the point’ jika kalau jumpa calon sesuai. “Tetapi, jika tidak sesuai, kena cepat-cepat cari yang sesuai. Banyak benda besar berlaku dalam hidup membuatkan saya semakin matang. Sekiranya wanita ini ingin mengenali saya, saya terpaksa gerak dahulu kerana tidak mahu membuang masa,” katanya. Sumber, KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.