Ayam dah ada di pasaran, tapi harga dia buat ramai yang terkedu

Viral

KUALA LUMPUR, Bekalan ayam di Lembah Klang dilihat semakin pulih apabila peniaga di Pasar Borong Selangor kembali menerima bahan mentah itu. Tinjauan Astro AWANI mendapati peniaga kembali berniaga seperti biasa sejak pagi ini dan tidak berlaku keadaan bersesak pembeli untuk membeli ayam. Seorang peniaga, Khairul Mat Kamarudin, 32, berkata, dia lega kerana dapat berniaga seperti biasa setelah peniaga di pasar itu kembali menerima bekalan ayam. “Alhamdulillah, sekarang bekalan pulih. Tidak seperti minggu-minggu lalu, bekalan amat perit dan getir. “Baru minggu ini okay, sebelum ini bekalan tidak mencukupi. Kalau kita minta (dari pembekal) 2,000 ekor, kita cuma dapat 300 hingga 400 ekor sahaja, Sekarang kalau order 2,000 ekor, kita dapat 2,000 ekor juga,” katanya ketika ditemui di sini, pada Rabu.

Sementara itu, Nurul Shafieqkh Zamri, 26, berkata, ketika negara mendepani krisis bekalan itu dua minggu lepas, bekalan ayam habis seawal pukul 8 pagi. “Tapi sekarang, pukul 3 petang pun masih ada lagi. Orang pun dah tak buat pembelian panik seperti sebelum ini sebab mereka tahu bekalan mencukupi,” ujarnya. Dalam pada itu, seorang lagi peniaga ayam yang dikenali sebagai Nurul Shazila Eliana, 32, berkata, sejak Ramadan lalu, bekalan agar terhad dan terpaksa dihadkan kepada pembeli. “Sekarang keadaan dah kembali seperti sebelum ini, kalau nak katakan sepenuhnya belum lagi, tapi setakat ini bekalan okey,” jelasnya. Pun begitu, tinjauan mendapati harga ayam masih kekal pada RM11.40 sekilogram, sama seperti minggu lalu, walaupun bekalan itu sudah semakin pulih.

AYAM ADA STOCK TAPI HARGA MASIH TINGGI

(Dari kiri) Nurul Shafieqkh Zamri, Nurul Shazila Eliana dan Khairul Mat Kamarudin berkata, bekalan ayam semakin pulih. – Gambar Astro AWANI

“Harga yang dibeli melebihi harga siling, jadi kami tiada pilihan lain. Harga kami jual pada harga RM11.40 seperti minggu lalu. “Kami harga kerajaan akan mengambil inisiatif untuk mengurangkan harga ayam kerana ia memberi impak kepada pengguna,” katanya. Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, pihaknya mendapati bekalan ayam di pasar raya seluruh negara stabil dan tidak berlaku kekurangan ketara sejak 10 hari lepas. Sumber, Astro Awani

Ramai Runsing Stok Bekalan Ayam Segar Di Malaysia Semakin Berkurang, Kini Boss Mydin Dedah Ke Thailand Untuk Cari Stok Ayam. Susulan isu kekurangan bekalan ayam segar, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin sanggup ‘turun’ ke Don Mueang, Thailand untuk mencari pembekal yang didkwa menawarkan harga lebih murah. Menerusi ciapan di Twitternya, Ameer memaklumkan tindakan itu dilakukan untuk memastikan bekalan ayam di MYDIN mencukupi selain mampu menawarkan harga diskaun kepada pelanggannya.

“Saya ke Don Mueang, Thailand sekejap cari bekalan ayam. Katanya kos kat sana lebih murah, betul ke? Guna syarikat penerbangan murah terbaik dunia @airasia @tonyfernandes kos flight rendah jadi tak membazir dan duit lebih tu boleh bagi diskaun lebih kat pelanggan MYDIN,” katanya. Pada masa ini, isu kekurangan ayam segar di pasaran masih lagi membelenggu rakyat Malaysia terutamanya kepada penjual dan pengguna. Media melaporkan, kekurangan bekalan ayam segar menyebabkan kebanyakan peniaga ayam di beberapa negeri kehabisan stok dan terpaksa menutup awal perniagaan mereka.

Di beberapa negeri, peniaga terpaksa mencatu jumlah ayam untuk dijual kepada pelanggan disebabkan masalah sama. Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan aktiviti eksport 3.6 juta ekor ayam akan dihentikan mulai 1 Jun ini sehingga harga ayam dan pengeluaran dalam negara stabil. Ia sebagai langkah jangka pendek mengatasi isu bekalan serta harga ayam. Sumber, Malaysiapost.

Ramai Terhibur Lihat Cara Pengarah Urusan Mydin Nak Promosi Ayam, Sekali Ini Isyarat Tangan Yang Dia Buat Sampai Tarik Perhatian Ramai. Pengarah Urusan Mydin, Dato Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin sekali lagi menjadi tumpuan dan fokus orang ramai di media sosial. Umum sedia maklum pemilik gedung pasaraya terbesar Malaysia ini bukan saja kelihatan sempoi dan bersahaja tatkala merakam video promosi barang jualan pasarayanya, malah beliau juga sangat mengikuti trend semasa. Melihat video promosi yang dimuatnaik di Instagram rasmi Mydin, orang ramai tertarik melihat isyarat tangan yang dilakukan Dato Ameer dalam video promosi tersebut. Rata-rata ramai yang memuji Dato Ameer sangat mengikut trend dan berasa terhibur melihat video tersebut.

“Aku tak boleh belah lah dengan Dato Mydin ni.. Ikut stail semasa. Memang sempoi. Dah lama aku perati Dato ni.. Rajin buat promosi up to date macam ni.. Comel je. Wah bos kita ikut trend lah !!! Sporting habis Dato Haji Mydin ni” komen mereka. Ada juga yang menegur di ruangan komen Mydin dengan mempersoalkan sama ada pemilik pasaraya gergasi itu mengetahui maksud isyarat tangan tersebut. “Dia tahu tak.. Apa maksud isyarat tangan. Di Itali, orang tak buat isyarat tangan seperti itu ikut suka mereka. Bahaya.” Tegur warganet.

Melihat teguran seperti itu, ramai pula yang memberi komen balas bagi memberi penjelasan bagi pihak pemilik Mydin itu. “Nasib baik kita dekat Malaysia dan Itali separuh dari glob. Di Malaysia isyarat ini mempunyai banyak maksud, tapi yang paling terkenal saya fikir “Anda nak makan?” Lol.. Kerana kami makan guna tangan kebanyakan masa berbanding sudu dan garfu” jelas warganet. Berdasarkan carian, isyarat tangan seperti itu membawa maksud “Apa yang anda mahu” atau “Apa maksud anda”, namun ada yang menggunakan isyarat tangan seperti ini bagi membawa maksud yang kurang sopan di Itali. Sumber, Murai.my

Mungkin Memang Itu Yang Diamalkan Selama Ni, Kali Ni Cara Boss Mydin Berbuka Puasa Tarik Perhatian Ramai. Merendah diri dan bersederhana! Mungkin Itu yang diamalkan oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin setiap kali tibanya Ramadan. Menerusi satu posting di Instagram, Ameer memaklumkan dia lebih menikmati makanan yang ringkas dan sederhana. Malah, Ameer akui dia lebih cenderung untuk memilih makanan sedemikian berbanding menu mewah seperti buffet di hotel lima bintang. “Selepas tarawih, saya menikmati thosai dan teh tarik kurang manis. Perkara yang simple dalam kehidupan lebih enjoy. Menikmatinya lebih dari buka puasa buffet 5 bintang (satu pun tak pergi tahun ini, rasa membazir)” tulisnya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, kebanyakan warganet bersetuju dengan pandangan pemilik gedung pasaraya Mydin itu. Menurut mereka, adakalanya makanan yang ringkas dan murah lebih seronok dinikmati kerana lebih puas. “Merendah dirinya datuk, selamba je lepak kedai mamak. Buffet memang membazir, senak perut tapi tak sedap. Tarawih ke laut. Betul setuju tu Datuk, saya pun suka simple-simple. Membazir amalan syaitan,” tulis beberapa warganet. Sumber, GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published.