Jual pizza murah, kini muncul individu ni kantoikan sticker kotak pizza Wak Doyok

Viral

Bila sebut saja nama Wak Doyok, warga Malaysia mesti akan kenal dengan usahawan dan personaliti fesyen ini. Yela, dengan penampilan berjambang siap dengan pakai suit, trademark bergaya yang dibawa oleh Wak Doyok memang lain dari yang lain. Baru-baru ni, Wak Doyok dah ceburkan diri pula dalam bidang perniagaan pizza. Katanya, dia buat jenama baru Pizza Setujuh sekadar nak cuba nasib je, tak sangka dapat sambutan ramai. Siap berbaris panjang lagi semata nak tapau pizza.

Paling gila harga pizza yang Wak Doyok jual ni RM7 je. Murah betul?

Bila tengok feedback, semua cakap rasa pizza sangat sedap, tak berbaloi dengan harga yang murah.

Wak Doyok kantoi?

Tapi, ada satu benda yang ‘tak best’ jadi bila terdapat pelanggan yang jumpa brand pizza lain atas kotak Pizza Setujuh. Lepas koyak sticker, rupa-rupanya Pizza Setujuh adalah Pizza Hut. Confirm lah ramai yang terkejut! Bukan Wak Doyok je, Youtubers Auntie Siow (SoImJenn) yang juga buat perniagaan pizza dengan jenama Pizza8, juga ‘kantoi’ menggunakan Pizza Hut untuk dijual kepada peminatnya. Paling best, ramai yang dah tapau dan siap makan kat situ lagi. Meriah betul dengan pelanggan sebab satu Pizza8 dengan rasa yang tasty dijual dengan harga RM8 je.

Apa sebenarnya yang jadi ni?

Rupa-rupanya, Wak Doyok dan SoImJenn tengah buat eksperimen Syiok! Tapau Je untuk prank peminat mereka. Maksud prank itu adalah semata-mata bagi membuktikan bahawa jika pembeli merasakan pizza RM7 dan RM8 yang dijual mereka itu sudah menjadi deal atau tawaran yang baik, jadi pizza RM6 yang ditawarkan oleh Pizza Hut adalah pilihan paling terbaik dari semua yang tak dapat disangkal lagi! So, sekarang ni semua peminat dan pelanggan Pizza Setujuh dan Pizza8 dah tahu deal terbaik untuk mendapatkan pizza sedap dan berbaloi adalah dari promosi Syiok! Tapau Je oleh Pizza Hut yang boleh dibeli dengan harga RM6 je di Pizza Hut seluruh Malaysia. Alahai! Sumber, Siakap keli

Mengadu Tak Puas Hati Baju Melayu Wak Doyok, Kini Wak Doyok Sendiri Tampil Balas Balik

Baru-baru ini, viral sebuah video yang memaparkan seorang pelanggan lelaki meng.4muk dengan pelakon dan pempengaruh, Wak Doyok selepas menerima warna dan saiz baju melayu yang salah. Menurut Wak Doyok, 42, dia ‘aware’ dengan rakaman ketidakpuasaan hati yang dimuat naik di media sosial. Bagaimanapun, dia menyifatkan ‘sikap suka viral’ ini keterlaluan kerana kesalahan bukan sepenuhnya dari pihak ‘headquarters’ atau ibu pejabat.

Kata pemilik nama Mohd Azwan Md Nor, pelanggan seharusnya bijak dalam membeli dan berurusniaga agar tidak timbul isu kemudian hari. Kadang-kadang customer ni, minta baju yang dia pun tak tahu ukur badan dia. Saya dah bagi measurement, tapi dia tak ukur dan mungkin dia ingat baju Melayu sama dengan ukuran baju kemeja. Bila dia ambil yang body fitted sikit, itu yang jadi macam tu. Bila dia hubungi HQ, kena tunggu turn sebab terlalu banyak mesej yang masuk.

Kalau dia tak puas hati dan datang sendiri ke HQ, bawalah jangan nak viralkan. Daripada sudut positifnya, kedua-dua parti ada keuntungan, sales naik, WhatsApp masuk tak henti-henti macam meter air! Bulan baik settle betul-betul. Sekarang ni platform nak bergaduh semua guna media sosial. Wak Doyok ditemui di butik vendor popular Starvilion Shah Alam yang hadir untuk mempromosikan happy hour ‘Baju Melayu Wak Doyok’ pada petang Sabtu.

Dalam pada itu, ikon fesyen Malaysia bersyukur kerana tahun ini dapat menjual secara ‘all out’ tanpa kerisauan dan dijamin harga tak ‘cek.1k drh’. Tahun lepas memang terkesan sangat sebab kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama untuk peniaga yang tidak meniaga secara atas talian (online). Kesian la modal dah keluar, tapi tak boleh nak jual. Video, klik link

Tapi tahun ini memang ‘all out’ dari awal hingga akhir Ramadan. Bukan saja saya meniaga baju melayu koleksi tahun ini, ada juga penghabisan stok tahun lepas yang dijual dengan harga diskaun. Koleksi baju raya saya memang tak mahal, pelanggan tak akan rasa terbeban untuk beli dengan situasi sekarang. Sumber, Video Marcell Angkong & OH BULAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.