Terkena srngn jantung, Jasmin Hamid sedang terima rawatan dan ini penjelasan suaminya

Viral

Suami maklumkan Jasmin kini berada di CCU. Pelakon Jasmin Hamid kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) sebuah pusat perubatan akibat sr.4ngan jantung. Berita tersebut dikongsi sendiri oleh suami kepada aktres itu iaitu Nazmir Abd Rahim yang membuat satu hantaran di laman Instagram milik Jasmin pada Rabu. “Sekarang dia berada CCU kerana srngan jantung semalam (Selasa),” tulisnya. Nazmir turut memaklumkan pelakon usia 48 tahun itu mempunyai sejarah penyakit jantung dalam kalangan keluarga.

Jasmin bersama suami dan anak-anak ketika majlis pernikahan.

Keluarga dia ada sejarah sakit jantung

Tekanan darah dan degupan jantung Jasmin juga dikatakan rendah dan pihak hospital memberi rawatan untuk mengepam darah ke bahagian jantung. “Keluarga dia ada sejarah sakit jantung. Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa memberi ubat untuk pam darah ke jantung. Mohon panjatkan doa untuk panjangkan usianya dan diberikan kesembuahn seperti biasa,” ujarnya. Media cuba menghubungi wakil keluarga Jasmin namun tiada sebarang jawapan. Untuk rekod Jasmin dan Nazmir, 36, mendirikan rumah tangga November tahun lalu. Sumber, Mstar

Minta Warganet Jaga Adab, Jasmin Hamid Terasa Hati Bila Baca Komen Sampaikan Ada Yang Label Dirinya Macam Ni

Jasmin bengang komen warganet persoal suami muda. Enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa tersinggung apabila terdapat segelintir warganet yang masih melemparkan kata-kata hinaan terhadap dirinya dan suami, Nazmir Abd Rahim. Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 48, mengakui kata-kata yang menyamakan dia dan suami seperti ibu dan anak sedikit sebanyak melukakan hatinya. “Tolonglah jaga adab, ini suami bukan anak saya! Rezeki saya bersuamikan lelaki muda.

Yang lebih dahsyat orang kata saya lupa diri dah tua tapi taste pada orang muda, kata-kata itu menyinggung perasaan saya dan suami

“Saya terkilan ada beberapa komen warganet yang kata kami macam ibu dan anak sehingga ada yang kata tidak sesuai kerana nampak muda sangat. Ada juga yang ingat suami saya mata duitan yang hanya mahukan duit saya. Yang lebih dahsyat orang kata saya lupa diri dah tua tapi taste pada orang muda, kata-kata itu menyinggung perasaan saya dan suami,” katanya. Untuk rekod, Jasmin berkahwin dengan pengurusnya Nazmir Abd Rahman, 36, pada November lalu.

Jasmin gembira dapat menyambut raya bersama keluarga tercinta.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 3 ini berkata, komen negatif sedemikian hanya merosakkan emosi dan jika ia berlarutan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang. “Perkara ini tidak boleh didiamkan dan jika saya lihat mereka masih lagi komen seperti itu, saya akan ambil tindakan yang sepatutnya,” ujarnya. Dalam pada itu, Jasmin turut mendoakan orang lain yang belum bertemu jodoh agar dipermudahkan urusan dan segera bertemu temu teman hidup.

Dia juga menasihatkan wanita lain yang mengalami nasib yang sama agar mempertahankan hak mereka untuk bahagia. “Semoga Allah kirim jodoh yang baik-baik buat sesiapa yang masih belum bertemu jodoh. Saya juga menasihatkan wanita senasib dengan saya agar mempertahankan hak anda sebagai seorang isteri. Percaya dengan rezeki Allah dan kuatkan semangat kerana semua orang berhak untuk bahagia,” ujarnya. Sumber, Mstar

Jasmin Hamid tak pernah jangka dapat kahwin lagi dengan anak teruna, buka cerita kenapa hanya minta hantaran keperluan solat

Jasmin Hamid bercinta selepas kahwin dengan suaminya. Selepas sehari bergelar isteri kepada pengurus sendiri, pelakon versatil Jasmin Hamid berkata dia masih seperti bermimpi kerana tidak pernah menyimpan perasaan istimewa terhadap jejaka berkenaan. Cerita Jasmin atau nama sebenarnya Jasmiah Abdul Hamid, 47, segala bermula selepas suaminya Nazmir Abd Rahim, 35, berkata mahu terus menjaganya lebih daripada seorang pengurus dan artis.

“Kami tak pernah bercinta, orang kata bercinta selepas kahwin saja. Lagi pun dia dah jaga saya selama lapan tahun sebagai PA (pembantu peribadi), dia tahu baik dan buruk saya. Dia kata daripada saya jaga akak ni sebagai artis, baik saya jaga secara halal. Dia panggil kakak tau… sebab kita awalnya macam adik dan kakak. It’s not easy for me. Sebab sebelum ni saya tidur sendiri sekarang saya kena share everything. Dia tahu saya ni macam harimau, jadi dia je dapat jinakkan saya,” katanya. Pada Jumaat, Jasmin dan Nazmin selamat dinikahkan dalam majlis patuh prosedur operasi standard (SOP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Jasmin Hamid bersyukur anak-anak dapat terima kehadiran orang baru bergelar bapa.

Nazmir dan Jasmin sah bergelar suami isteri kira-kira pukul 3.30 petang disaksikan 10 individu termasuk ibu bapa dan adik-beradik Nazmir serta anak Jasmin. Jasmin meminta sepersalinan kelengkapan ibadat, mas kahwin RM80 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan. Rata-rata warganet juga memuji tindakan pelakon tersebut yang tidak membebankan suami dengan meminta hantaran yang tinggi sebaliknya memudahkan segala urusan.

It’s not easy untuk anak teruna terima saya, yang tak tahu sama ada saya boleh berikan zuriat lagi atau tidak

“RM80 tu saya ikut nilai di Wilayah Persekutuan dan minta sepersalinan alat solat sebab benda tu saya pakai. Kalau dia nak bagi cincin atau benda-benda lain, semua tu saya dah ada… saya tak pakai. Orang kata ukur baju di badan sendiri saya tahu kerja dia sebagai apa. Kalau dia nak ke level saya susah la untuk dia. Rezeki di tangan Allah, dia pun bukan datang daripada keluarga kaya. Malah kalau dia kaya sekalipun saya akan tetap minta itu juga,” ujarnya. Dalam pada itu mengulas mengenai pernikahannya ini, Jasmin bersyukur anak-anak dapat menerima kehadiran orang baharu dalam hidup mereka sebagai bapa. Selain berasa gembira bergelar isteri dia akui terpaksa turut kepada suami.

“Anak semua okay sebab mereka kenal Nazmir. Mereka kata kalau mak happy, mereka pun happyFamily saya pun terima. Sampai sekarang saya tak percaya ni, aku tengok muka dia, dia tengok muka aku… lepas tu tanya betul ke ni? It’s not easy untuk anak teruna terima saya, yang tak tahu sama ada saya boleh berikan zuriat lagi atau tidak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.