Nafi sudahpun berkahwin, MK K Clique kini tampil mohon maaf buat peminat yang telah pun broken

Viral

Sebelum ini, penyanyi MK K-Clique seolah sedang menggambarkan bahawa hatinya kini sudah dimiliki setelah memuat naik foto dengan seorang gadis istimewa beserta kapsyen romantis.

Teman wanita?

MK ditanya adakah wanita yang dikenali dengan nama Hajaar Siti itu teman wanitanya. Tidak mengiyakan atau menafikan, MK, 26, berkata gadis berhijab itu merupakan individu yang dia hargai. Orang boleh cakap appreciation post (sambil senyum). Saya kongsi sebagai tanda hargai seseorang. Saya kongsi personal life sebab media sosial dah penuh sangat dengan kerja. Sedikit sebanyak para peminat ingin tau, jadi saya buat. Saya nak peminat anggap wanita tersebut sebagai orang yang saya hargai. Itu sahaja. MK berkata demikian ketika majlis pratonton filem Rompak yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumput, pada Sabtu.

Masih perbaiki diri

Kemesraan antara pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan dengan gadis itu juga telah menimbulkan dakwaan yang mereka sudah berkahwin. Namun, katanya lagi, itu hanya spekulasi semata kerana dia masih dalam proses memperbaiki diri sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Saya belum berkahwin. Saya masih di fasa memperbaiki dan mengenali diri. Adakah saya mampu untuk menuju ke fasa tersebut? Adakah mampu untuk membina keluarga? Saya masih dalam proses itu.

Seperti yang korang tau saya macam mana sebelum ini. Tapi..alhamdulillah selepas pandemik membawa banyak kesan positif. Dalam pada itu, pelakon drama The Hotel turut memohon maaf kepada peminat yang patah hati dengan menyatakan dia langsung tidak berniat untuk mengecewakan hati mana-mana pihak. Pertama kali saya minta maaf. Saya tidak berniat untuk mengusik hati sesiapa. Saya tidak berniat untuk mengecewakan sesiapa. Sebab saya hargai setiap individu yang ada di belakang untuk memberi sokongan. Saya sangat hargai peminat.. tanpa mereka siapa la saya. Sumber, Instagram @hairiwhuut

Peminat Kecewa, MK K Clique Kini Dedahkan Seorang Wanita Buat Ramai Terkedu

Rata-rata warganet dan rakan artis turut meluahkan rasa teruja, malah ada yang kecewa dan cemburu melihat foto-foto yang dikongsi oleh MK. Penyanyi dan pelakon MK K-Clique telah menarik perhatian warganet di media sosial selepas berkongsi foto romantis bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Hajaar Siti.

“Minta Maaf Atas Semua Sayang”

Menerusi hantaran di Instagram, MK dilihat memuatnaik beberapa keping foto bersama Hajaar berserta kapsyen ‘sweet’ terhadap wanita yang digelar ‘sayang’ itu. “Minta maaf atas semua sayang. Terima kasih sebab masih sabar dengan saya. Saya sayang awak!”-MK K-Clique

Pelbagai Reaksi Warganet & Rakan Artis 

Di ruangan komen, rata-rata warganet termasuklah rakan artis turut meluahkan rasa teruja, malah ada yang kecewa dan cemburu melihat foto-foto yang dikongsi oleh Muhammad Hairi Amin bin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK K-Clique itu. “TUNG AH.”-Sufian Suhaimi “Bukan bishe-bishe ini orang.”-Alif Hadi. “Kenduri saya jaga catering.”-Zynakal. “Saya kiciwaaa.”-Warganet “Nangis wak nangis.”-Warganet Sebagai info, selain MK K-Clique dibarisi oleh 7 penyanyi yang lain iaitu Tuju, Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan Nasty Nas yang kesemuanya berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah. Sumber, Murai.my

Kekasih, tak lagi belajar agama? Ini jawapan MK K-Clique

Sering kali diasak pertanyaan tentang teman wanita, penyanyi dan pelakon, MK K-Clique mempunyai alasan tersendiri mengapa perihal tersebut tidak diuar-uarkan kepada umum. MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata, tiada sebab buat untuk sorok kisah kekasih namun banyak hati yang perlu dijaga demi kepentingan bersama.

“Sekarang ini, saya bekerjasama dengan banyak pihak. Jadi, saya perlu mengawal kelakuan bagi menjaga imej. Setakat ini, saya akan kongsi sahaja kalau ada apa-apa yang perlu dikongsi. Cuma sekarang, saya nak menunjukkan imej yang baik. Menjadi contoh yang baik buat orang ramai, itu sahaja,” katanya.

Anggota kumpulan hip hop, K-Clique itu ditemui pada majlis pra pelancaran telefilem Rompak di ibu negara yang turut dibintangi pelakon hebat lakon seperti Zizan Razak, Tony Eusoff dan Daiyan Trisha. Ditanya sama ada dirinya sudah berpunya atau belum, jawab MK: “Saya belum (berpunya), insya-Allah belum. Kena selidik jauh-jauh sikit.

“Saya sedang dalam proses memperbaiki diri dan menyayangi orang-orang yang ada di sekeliling. Mereka yang berada di belakang saya sekarang. Ibu di kampung pun tiada paksaan (tentang jodoh). Target untuk berumah tangga belum ada tapi insya-Allah tengok rezeki macam mana, kalau ada,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ditanya tentang proses mendekatkan diri ke jalan agama, pelakon drama rantaian The Hotel itu memaklumkan, perjalanan rohani tetap berjalan namun dia takut untuk berkongsi dalam sosial media. “Masih (belajar agama) tapi cuma jarang kongsi dalam sosial media. Bukan apa, saya takut orang label saya riak dan menunjuk-nunjuk. Insya-Allah, masih lagi mendekatkan diri (kepada agama) dan terus memperbaiki diri menjadi orang lebih baik. Sebab saya sedar, sekarang ramai yang jadikan kita sebagai ‘role model’. Dari golongan kanak-kanak dan orang dewasa, menjadi tugas saya tunjukkan contoh yang baik,” ujarnya.

Untuk rekod, MK tidak pernah berkongsi terperinci tentang teman wanitanya kepada umum. Teka-teki mengenai siapa ‘buah hati’nya hampir terjawab tahun lalu apabila dia memeluk erat seorang wanita yang akhirnya didedahkan sebagai kakak kandungnya. Sekitar pertengahan tahun lalu, lelaki berusia 26 tahun itu turut mengejutkan orang ramai apabila mengikuti kelas agama bersama jemaah tabligh di Jerantut, Pahang. MK juga perlahan-lahan berubah dari segi imej, terutama tidak lagi menggayakan fesyen berantai ala mafia atau samseng menerusi kebanyakan hantaran status dalam perkongsian media sosial terutama Instagram. Sumber, K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.