Haritu dah elok bertudung, Ameera Khan kali ni jadi bualan warganet lagi lepas muat naik gambar dah tak bertudung

artis

Adik kepada selebriti terkenal, Neelofa yang juga usahawan dan pengaruh media sosial, Ameera Khan telah memuat naik satu gambar yang menjadi perhatian warganet. Baru-baru ini Ameera Khan telah memuat naik satu gambarnya memakai baju bewarna putih berserta dengan jaket denim bewarna biru. Ameera Khan yang ketika itu berada di Dubai, telah berkongsikan kepada peminat mengenai pakaian, makanan dan aktiviti yang dilakukannya ketika berada di negara tersebut.

Dalam gambar tersebut, Ameera kelihatan tidak menutupi keseluruhan bahagian kepalanya dengan tudung, tidak seperti gambar-gambarnya sebelum ini dimana dia seringkali dilihat akan menutupi sebahagian dari rambutnya. Meninjau diruangan komen, gambar tersebut telah mendapat perhatian oleh warganet. Ramai yang terkejut dengan penampilan tersebut dan ada juga yang menasihati Ameera untuk terus kekal istiqomah dalam berhijab. Sebelum ini, Ameera Khan pernah mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi gambarnya hampir berhijab penuh dan dia juga mengakui merasa lebih tenang dan sempurnya dengan imejnya ketika itu.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sumber, https://murai.my/

Kalini Tampil Dengan Hanya Bandana Tutup Rambut, Warganet Kritik Ameera Khan Buat Main Soal Hijab. Adik kepada selebriti Neelofa yang juga merupakan pempengaruh, Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya apabila mengenakan bandana sebagai pengganti hijab bagi menutup bahagian atas rambutnya. Menerusi laman sosial Instagram, Ameera atau lebih mesra disapa sebagai Little Miss Khan (LMK) berkongsi foto tersebut bagi mempromosikan sebuah jenama mewah terkenal antarabangsa. Menerusi perkongsian itu lagi, Ameera yang selama ini berhijab hanya mengenakan bandana dan mempamerkan rambutnya yang panjang mengurai. Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan teguran buat Ameera untuk istiqomah menutup aurat di bulan Ramadan ini, mengikut jejak langkah kakaknya. Tidak kurang juga ada yang turut menyatakan rasa keliru dengan imej ‘on-off berhijab’ gadis berusia 22 tahun itu memandangkan dia sendiri mengesahkan dirinya sudah memakai tudung sekitar Mac tahun lalu. Sumber, gempak

Masih Lagi Belum Menutup Aurat, Lama Berdiam Akhirnya Atiisha Tampil Dedahkan Sikap Sebenar Kakak Sendiri Buat Ramai Yang Terkedu. Sebut sahaja nama Neelofa, pasti ramai mengenali pelakon dan pengacara popular itu. Bukan sahaja Neelofa malah adik beradiknya juga turut dikenali ramai. Antara adik beradik Neelofa yang popular adalah Noor Nabila, Ameera Khan dan Atisha Khan. Namun antara ketiga mereka, Atisha antara yang terkenal menerusi saluran YouTube. Meskipun dikenali sebagai adik kepada selebriti terkenal, Namun Atisha berkata dia tidak menjadikan kakaknya sebagai batu loncatan untuk membina nama. Ujarnya, tiada guna berpaut pada populariti kakak semata-mata, tetapi diri sendiri tidak berusaha menghasilkan sesuatu yang berbaloi.

“Tak sangka percubaan pertama menjadi sehingga ahli keluarga menyarankan membuka saluran YouTube sendiri, tetapi Sha pula enggan terburu-buru. “Sha ambil inisiatif menggali ilmu suntingan dan teknik angle rakaman video serta mencuba bermacam-macam aplikasi terlebih dahulu,” katanya. Gadis berusia 22 tahun yang melanjutkan pengajian di United Kingdom (UK) itu sering menghasilkan video berkisarkan kehidupan, pengalaman melanjutkan pelajaran, persahabatan, keluarga, budaya dan tutorial solekan. Ditanya soalan adakah dia terbeban memiliki kakak bernama Neelofa yang mempunyai pengaruh yang besar, Atisha berkata dia amat mengagumi kakaknya yang mesra disapa Kak Lofa itu.

“Sha amat mengagumi Kak Lofa (Neelofa). Beliau bukan sahaja bijak dalam akademi dan penampilan, bahkan bijak berbisnes dan menyusun perjalanan karier dengan baik. Pelbagai ujian dan cabaran yang datang, Kak Lofa hadapi semua itu dengan sabar dan tabah. “Kak Lofa sedikitpun tidak melatah, apatah lagi perlu melayan warga maya yang melemparkan kata-kata sinis. Ketenangan Kak Lofa mengendalikan apa jua situasi cukup luar biasa,” katanya. Dalam pada itu, Atisha mendedahkan Neelofa tetap sama meskipun dia kini sudah berniqab. Malah, tidak pernah memerli mereka adik-beradik walupun belum berhijab. “Walaupun kini memakai niqab, personaliti Kak Lofa tetap sama. Beliau tidak pernah memerli apa lagi memaksa kami adik-beradik untuk turut sama memakai hijab sepertinya,“ luah Athisha. Sumber, SinarPlus via gulapop

Leave a Reply

Your email address will not be published.