Tampil kongsi tips elak selipar dicvri pada solat jumaat, kali ni gambar Fadzil Zahari tarik perhatian ramai

Viral

Bagi sesiapa yang mengenali dan mengikuti media sosial Fadzil Zahari, pasti akan terbiasa dengan ‘posting’nya di media sosial yang kadangkala seolah-olah memerli sesuatu tindakan dan mempunyai maksud yang ingin disampaikan.

Memuat Naik Gambar Selipar

Terbaru, Fadzil telah memuat naik satu gambar di Instagram miliknya mengenai situasi ketika dia pergi solat jumaat di salah satu masjid di Sarawak. Dalam gambar tersebut, kelihatan Fadzil menunjukkan satu pasang selipar wanita yang bewarna biru dan dihiasi dengan sekuntum bunga bewarna merah jambu.

Berterima Kasih Kepada Isteri

Bukan itu saja, dalam ‘posting’ terbaru itu, Fadzil telah berterima kasih kepada isterinya, Yana Samsudin kerana telah memberinya meminjam selipar isterinya itu. Malah dia juga seolah-olah bergurau dengan menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu ikhlas melakukan solat, pasti selipar tidak akan hilang di masjid. Thanks sayang @yanasamsudin pinjamkan selipar… kalau ikhlas solat, betul selipar tak hilang kat masjid

Mendapat Reaksi Pelbagai Dari Warganet

Gambar tersebut telah mendapat perhatian warganet kerana ada yang berpendapat membawa selipar isteri ketika menunaikan solat Jumaat merupakan salah satu tips untuk elak selipar dicvri di masjid. Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dan ada juga warganet yang berpendapat, sekiranya selipar tersebut hilang, pasti golongan ‘shemale’ yang mengambilnya. Sumber, Murai.my

Dedah Hampir Setahun Ikat Perut, Yana Samsudin Sanggup Makan RM3 Sehari Dan Rupanya Ini Yang Dia Buat

Yana kongsi pengalaman dan manfaat simpan wang dalam pelaburan. Satu perkongsian milik pelakon dan hos jelita, Yana Samsudin di Instagramnya tentang isu kewangan dan pelaburan menarik perhatian orang ramai.

Setahun Ikat Perut

Aktres berbakat ini berkongsi pengalaman dia mula menyimpan melalui pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) di usia muda dengan menggunakan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Menurut Yana, dia pernah terpaksa mengikat perut selama setahun dan berbelanja untuk makan sebanyak RM3 sehari sebelum berjaya mendapat hasil dari pelaburannya. “Yana mula menyimpan di tempat pelaburan dalam masa yang sama guna duit PTPTN yang pertama ! Selepas tu setahun ikat perut makan RM3 je sehari.. Huhuhu alhamdulillah syukur..” tulisnya

Dedah Jadi Artis Tak Banyak Duit

Dalam pada itu, Yana juga mendedahkan menjadi seorang selebriti, pendapatan yang dimiliki tidak sebanyak yang orang ramai sangkakan. Namun dengan melakukan pelaburan di tempat yang betul, pelakon ini memiliki simpanan sendiri. “Sebut je nak menyimpan mesti orang akan cakap ala boleh lah kalau duit kau banyak, kau kan artis.. Hakikatnya artis pun tak banyak duit, cukup-cukup makan je kalau masa mula-mula sekali nak bertapak. Sama seperti pekerja kontrak.

Tapi percayalah, jika ada azam, ilmu, perancangan dan tempat kita nak melabur tu tempat yang betul insyaAllah menjadi. Yana ada berkongsi pengalaman masa dulu-dulu macam mana Yana menyimpan di tempat pelaburan terus. Hasilnya Alhamdulillah..” tulisnya lagi. Ada yang dah buat pelaburan macam Yana Samsudin? Ingatlah, atur perbelanjaan dengan bijak dan pentingkan simpanan untuk masa hadapan. Sumber, Murai.my

Level-level otai! Diam-diam dah 2 tahun Yana Samsudin jadi ‘streamer’, antara wanita terawal terjun dunia eSport

Sedar tak sedar rupa-rupanya sudah lebih dua tahun pelakon Yana Samsudin terbabit dengan dunia streamer atau penstriman permainan video atas talian. Menjadi antara wanita terawal terbabit dalam dunia eSport, Yana, 37, berkata dia mula menyukai karier baharunya ini yang dilihat lebih mencabar dan menyeronokkan.

“Alhamdulillah pejam celik dah dua tahun setengah saya jadi streamer, buat content game… sebenarnya saya ada kolaborasi dengan Facebook gaming, ada talent network. Selain bergelar pelakon menjadi seorang streamer juga merupakan karier baharu saya. Nak kata otai tu lebih kurang otai la juga… dalam industri stream ada yang dah empat tahun lebih, saya pula dah dua tahun lebih dan antara perempuan yang awal. Dalam komuniti streamer kebanyakan mereka datang daripada pelbagai bidang tapi tak banyak orang industri kita. Streaming ni bukan setakat on dan main game, kita pun macam stesen TV… kita kena stream tapi dalam masa sama kita la technician, kita la director, kita la kena fikir content dan sebagainya,” katanya.

Yana seronok bergelar streamer.

Perkongsian Yana itu dilakukan pada sesi IG Live berjudul Pengarah Tanpa Gagal anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada malam Jumaat. Sesi yang diadakan melalui akaun Instagram Wartawan Hiburan itu adalah bagi menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM-31) yang akan diadakan pada 10 Disember depan. Moderator yang terlibat dalam sesi berkenaan ialah bekas wartawan Melodi, Nik Syafik serta bekas wartawan Melodi dan mStar, Farhan Ikram.

Leave a Reply

Your email address will not be published.